Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menziarahi kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah di sini. Perdana Menteri tiba di tanah perkuburan berkenaan pada pukul 11.30 tengah hari dan terus ke kubur kedua ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat.
Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk membacakan tahlil dan doa untuk kedua ibu bapanya. Hari ini Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan ke Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di pesisir Sungai Pahang berhampiran Kampung Batu Bor di Bera. Selain itu beliau juga dijadual menyampaikan bakul makanan kepada penduduk di sekitar Bera. -CARI
Sumber: Kosmo
|
noor2 replied at 28-8-2021 01:08 PM
Ingat kan pasal nak menangani covid.....
stingerlympics replied at 28-8-2021 01:10 PM
komsep serta nilai serta roh kekeluargaan iteww mesti diwar war kheunz?
Bluweekkkk
noor2 replied at 28-8-2021 01:12 PM
Yela...rakyat duk tgh tunggu apa action....
edayildiz replied at 28-8-2021 01:21 PM
xhbs lg..pasni apa pulak
ezacbee replied at 28-8-2021 01:01 PM
Boleh ziarah kubur ke time pkp ni
Firenzza replied at 28-8-2021 01:25 PM
Kesian kat 1 pacit tu bawak anak sedara ziarah kubur raya haji lepas sbb mrk rindu kt mak ayah, ba ...
ezacbee replied at 28-8-2021 01:27 PM
Itulah ada yg kena saman ziarah kubur.
PM xde kena saman lak. Xkan xtau musim PKP xblh ziarah kub ...
Firenzza: Kesian kat 1 pacit tu bawak anak sedara ziarah kubur raya haji lepas sbb mrk rindu kt mak ayah, balik2 polis terus samannnn xdak budibicara pun
noor2 replied at 28-8-2021 01:08 PM
Ingat kan pasal nak menangani covid.....
ADVERTISEMENT