CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Tertekan Dan Resah Tuan Sentiasa Berada Di Rumah Ketika Pandemik

28-8-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11530| Komen: 158

Description: Satu kajian yang dilakukan pakar-pakar haiwan mendapati kucing berasa tertekan dan resah kerana tuannya berada di rumah sepanjang hari semasa pandemik Covid-19 kerana dianggap mengganggu tabiatnya ya ...
Satu kajian yang dilakukan  pakar-pakar haiwan mendapati kucing berasa tertekan dan resah kerana tuannya berada di rumah sepanjang hari semasa pandemik Covid-19 kerana dianggap mengganggu tabiatnya yang gemar bersendirian, lapor laman Mirror UK kelmarin.


Memandangkan ramai pekerja yang terus bekerja dari rumah semasa pandemik, semakin banyak haiwan peliharaan  dibawa ke klinik haiwan disebabkan oleh masalah mental.

Pusat kebajikan haiwan Cats Protection menyatakan,  banyak haiwan yang berdepan kesukaran untuk tinggal bersama tuannya pada waktu siang.


Foto: Getty

“Perubahan kepada rutin harian kucing berpotensi menyebabkan haiwan itu tertekan kerana kucing merupakan makhluk yang suka membuat tabiat sama.


“Selain itu, kawasan senyap dan selamat yang digunakan kucing di dalam rumah mungkin telah diubah menjadi ruang pejabat, menjadikan ia tidak lagi mempunyai ruang bersendirian,” kata jurucakap pusat kebajikan itu. 

Tambahnya, sekiranya kucing peliharaan sensitif dengan bunyi bising, jumlah manusia yang ramai di dalam rumah akan meningkatkan lagi tekanan terhadap haiwan itu.

“Tanda-tanda kucing yang tertekan termasuk mengiau secara berlebihan, kerap menjilat badannya, kerap mencakar, kencing di kawasan yang tidak sepatutnya dan kerap bersembunyi,” kata Daniella Dos Santos yang merupakan Timbalan Presiden Kanan Cats Protection.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 28-8-2021 10:50 AM
[youtube]6bkS2Lj08oM[/youtube]
Quote makadek 28-8-2021 10:50 AM
Kucing aku lak menangis tadi
Dia igt semua tk de kat rumah
Bila anak aku pnggl terus dia dtg melekat tk mau g mana2.sian laa dia cri kiteorg pusing rumah
Quote TravellingBear 28-8-2021 10:51 AM
tak boleh nak tunjuk alim…. show true colours….. akhirnya
Quote bakingsoda 28-8-2021 10:59 AM
kucing mmg bossy, kita kena cucuk hidung ikut ape yg dia nak. kalau protes tak nak habiskan makanan bermakna dia suruh tukar perisa lain. kalau time dia bersendirian gi kacau mmg mintak penampar, tapi best pulak kena tampar bila dorang tak bukak kuku, mcm dab2 powder puff tu je kot rasa gebu2
Quote adelea 28-8-2021 11:08 AM
bakingsoda replied at 28-8-2021 10:59 AM
kucing mmg bossy, kita kena cucuk hidung ikut ape yg dia nak. kalau protes tak nak habiskan makanan  ...

Mak aku kata kucing kitorg selalu masuk bilik time aku takde .. .aku balik rumah seminggu sekali .. padahal bila aku balik dia x nak pon aku peluk2 dia ... Saja gatai ... Klu bagi mandi dia punya keriau macam kan aku dera dia .. sabor je laaa
Quote trexxxxxi 28-8-2021 11:09 AM
Kikiki dah paham dah
Lelagi kalau bebulus meol tu buat muka

Say.. nak duduk dalam bilik or lepak luar? Kucing paham jur kita cakap apa.

So meol masuk bilik buat kerja
We got each other own privacy githuuuu

Tapi dalam demanding theyol nehhh
Hangpa jangan lupa bagi makan.. nanti kena potong gaji
Quote trexxxxxi 28-8-2021 11:10 AM
kemaruk replied at 28-8-2021 11:50 AM

Bideo apa ni bangkem
Bangkem jangan bukan2
Quote AbukRokok 28-8-2021 11:13 AM
sedangkan org rumah pun rimas inikan pula kuceng
Quote KIM.K 28-8-2021 11:15 AM
Aku beli 10kg kibbles niat nak berjimat, sekali jadi pembaziran
Quote miszclassique 28-8-2021 11:23 AM
KIM.K replied at 28-8-2021 11:15 AM
Aku beli 10kg kibbles niat nak berjimat, sekali jadi pembaziran

Sejak covid ni i pun beli 10kg punya untuk 3 bos berbulu kat rumah i.. Nasib baik tak demand sgt kalau dry food, wet food jehh dorang demand lebih.. 10kg tu bolehla tahan 2.5 bulan, jimat pun jimat

Kucing uol taknak makan ke? Cari buyer sis mesti ada je yang nak beli
Quote noor2 28-8-2021 11:26 AM
Balik jogging tadi kucing jiran yg cantik ekor kembang bulu panjang berloceng dileher ikut akak masuk rumah...udah dia menyiasat setiap ceruk rumah...halau keluar dia x mau.. siap cakar sofa asah kuku beliau...adoii...terpaksa dukung angkat letak kat luar...hilang kena culik baru tahu...
Quote KIM.K 28-8-2021 11:27 AM
miszclassique replied at 28-8-2021 11:23 AM
Sejak covid ni i pun beli 10kg punya untuk 3 bos berbulu kat rumah i.. Nasib baik tak demand sgt k ...

Diorg tak cerewet drywood sebab snacking je kan. Real meal mesti memilih sangat hehe.

Nanti iols cuba jual. Rasa ragu2 sebab kucing sendiri tak suka, kera tak suka, kucing org pun tak makan. Semut tak naik. Takut kibbles berkulat.. iols beli shopee jenama siam
Quote kemaruk 28-8-2021 11:28 AM
trexxxxxi replied at 28-8-2021 11:10 AM
Bideo apa ni bangkem
Bangkem jangan bukan2

[youtube]J6qykzLib58[/youtube]
Quote kucingitam 28-8-2021 11:29 AM
ingat lagi someone  quot org tua2 kata, jangan bela kucing sebab kucing doakan tuan dia takde anak sbb nak penuh perhatian dari tuan. bela la ayam, ayam doakan tuan dia murah rezeki supaya dapat lebihan makanan dr tuan..camtu lah lebih kurang..

tapi dulu masa aku bujang, bawa kucing gi vet, ada pakcik ni tanya brp bnyk kucing aku. bila aku bagitau dia kata jgn bela kucing bnyk2 nanti jadi andartu... eee mulut dia kan..nak cepuk je aku rasa masa tu
Quote Firenzza 28-8-2021 11:49 AM
kemaruk replied at 28-8-2021 11:28 AM

X menahan tengok kucing tu smackdown babi pink tuh.....
Quote miszclassique 28-8-2021 11:53 AM
KIM.K replied at 28-8-2021 11:27 AM
Diorg tak cerewet drywood sebab snacking je kan. Real meal mesti memilih sangat hehe.

Nanti iol ...

Oo kadang2 stok lama pun mmg kucing taknak... Pandai kucing2 ni... Sabo jelahh sis
Quote damsel_fiji 28-8-2021 11:53 AM
Rmh yg korg duduk tu kucing anggap rumah dia sebenarnya.. korg jah yg menumpang kt rumah tu
Quote imanjannah 28-8-2021 12:02 PM
takut kantoi letewwe
Quote noor2 28-8-2021 12:06 PM
kucingitam replied at 28-8-2021 11:29 AM
ingat lagi someone  quot org tua2 kata, jangan bela kucing sebab kucing doakan tuan dia takde anak s ...

.....lawak baca

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061766 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top