CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizan Razak Persoal Kenapa Namanya Tiada Dalam Kabinet

28-8-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3359| Komen: 19

Description: Pelawak dan pelakon, Zizan Razak sekali lagi membuatkan netizen pecah perut apabila ‘mempersoalkan’ mengapa namanya tiada dalam pengumuman Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ha ...
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak sekali lagi membuatkan netizen pecah perut apabila ‘mempersoalkan’ mengapa namanya tiada dalam pengumuman Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.


“Nama-nama Kabinet sudah keluar. Nama saya tiada. Datuk (Seri) Aliff (Syukri Kamarzaman) pun tiada.

“Mungkin nama kami disimpan dalam almari dahulu buat sementara. Pilihan raya seterusnya @aliffsyukriterlajaklaris,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.


Foto: IG

Hantaran itu mendapat 12,000 tanda suka dengan kebanyakaan netizen memberi reaksi emoji ketawa terbahak-bahak.



“Tunggu Zan. Insya-Allah PRU (Pilihan Raya Umum) tujuh hingga lapan kali lagi. Usaha tangga jaya. Jaga kesihatan saja,” usik Nafie Zi.

“Ajak Datuk Aliff pergi buat kabinet dekat Planet Pluto,” gurau Hafiz Rani.

“Zizang akan dilantik menjadi duta hiburan rakyat Malaysia bertaraf menteri,” ujar Mahadi Hamid.



“Salam Adinda Zizan Razak. Hendak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kena ada parti politik. Emak saya pun dulu ada ‘parti’ dan tiap kali mesyuarat ada bihun, karipap, agar-agar. Undilah ‘party Tupperware’,” usik Ahmad Kamal Othman. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 28-8-2021 12:09 PM
"Mu...banyak makang ikang"-Asdan
Quote Guccibamboo 28-8-2021 12:16 PM
{:nose{:nose{:nose
Quote KIM.K 28-8-2021 01:04 PM
Jgn muncul dlm komik dah la. Sukor banyak
Quote kivio 28-8-2021 01:49 PM
Dia disupport alipkeri ke patutla semacam je
Quote helicornia 28-8-2021 02:11 PM
kivio: Dia disupport alipkeri ke patutla semacam je

dia menghanjing alep sokri tu.jgn le pembaris sgt
Quote slyfynx 28-8-2021 02:33 PM
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak sekali lagi membuatkan netizen pecah perut apabila ‘mempersoalkan’ mengapa namanya tiada dalam pengumuman Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.


Ko hidup kt universe mana ni?
Sape yang pecah perut?
Quote nakkomenjugak 28-8-2021 08:16 PM
last aku tengok heol dalam tv time jozan
lama sungguh

comel kucing itew.
Quote MsIda 28-8-2021 08:20 PM
Nak jugak dia mencabub,,,,sikit pun tak kelakar.... apa lagi sampai pecah perut
Quote YomiuriLandMae 28-8-2021 08:21 PM
dah2 la tu lawak kabinet ni.. dah basi hokeyy x kelakar langsung..
Quote katakauu 28-8-2021 08:24 PM
bebodohhh je
Quote LaRRa. 28-8-2021 08:42 PM
Not funmy at olll hokkey zizang
Quote supernaturalee 29-8-2021 01:05 AM
Cuba lagi ye

Quote che-cikL 29-8-2021 01:45 AM
Spt biasa, editor cari buka thread dari insta saja
Quote spicygirl3 29-8-2021 03:28 AM
Ko salah kabinet la zizan
Quote Timortimur 29-8-2021 03:59 AM
Better lagi alip syukri drpd kabinet pak mail
Quote Fafaaisa 29-8-2021 07:12 AM
Cerita mcm ni pn boleh buka benang..
Quote Buritan 29-8-2021 11:05 AM
Guccibamboo: {:nose{:nose{:nose

Aku pung frust nama aku tadak dlm kabinet mail ni.. penat je aku
Quote cmf_premierleag 29-8-2021 11:21 AM
Tak kelakar pon
Quote miss_perfect 29-8-2021 11:44 AM
Apa yg kelakar sangat.... peliknya humor org malaysia ni

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.202416 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top