CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sedar Diri Kurang Ilmu, Ayu Damit Sambung Ijazah

28-8-2021 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3682| Komen: 20

Description: Ayu Damit kini bergelar penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif.
Ayu Damit kini bergelar penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit yang memulakan sesi pengajian sejak 2 Ogos lalu berkata, ini adalah peluang berharga dalam hidupnya untuk memperbaiki ilmu pengetahuannya dalam muzik.



Foto: IG

"Alhamdulillah, ini satu peluang yang susah untuk saya lepaskan. Sebelum mengikuti pengajian dalam program ini, saya hadir ke sesi temuduga. Syukur saya diterima untuk menyambung pengajian selama tiga semester. Saya tak malu untuk mengaku diri ini kurang pengetahuan asas dalam muzik dan 'main' menyanyi saja sebelum ini," katanya.

Menurut Ayu, ini adalah impiannya yang menjadi kenyataan dan dia akan mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya dalam memantapkan lagi karier seninya.


"Sekurang-kurangnya ilmu yang dipelajari itu boleh saya aplikasikan dalam kerjaya seni saya selepas ini. Impian untuk menyambung pengajian memang sudah lama ada, cuma rasanya sekarang adalah waktu paling sesuai memandangkan banyak aktiviti perniagaan dilakukan dari rumah," katanya.



Penyanyi lagu Hanya Di Mercu itu juga berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa menyokong setiap keputusannya.

"Suami tidak menghalang, sebaliknya dia yang paling banyak memberikan kata-kata semangat. Cuma pesannya, perlu pandai membahagikan masa," katanya.



Selain bergelar penyanyi, Ayu juga aktif dalam bidang perniagaan dan giat mengusahakan ladang cili dan perniagaan bahulu serta kek pisang. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 28-8-2021 12:57 PM
Contradict jugak nama course tu. Sarjana muda asasi. Gimana tuh. Sarjana muda ke asasi. Ke lepas asasi auto naik degree ke seni kreatif
Quote slyfynx 28-8-2021 04:47 PM
Chop
bukan dah ade ke thread ni 2 minggu lepas.
And die amik course asasi, 2 semester



Ayu Damit Sambung Belajar Di Aswara Sebab Tak Nak Dicop ‘Penyanyi Kosong’
Quote fadz84 28-8-2021 06:06 PM
supermum replied at 28-8-2021 12:57 PM
Contradict jugak nama course tu. Sarjana muda asasi. Gimana tuh. Sarjana muda ke asasi. Ke lepas asa ...

Asasi setahun.. pastu sambung degree rasanya.. Ayu dh tepek offer letter tu terang2 tulis asasi seni kreatif tp reporter tulis Sarjana Muda.. huhuhu
Quote nakkomenjugak 28-8-2021 08:04 PM
moga berjaya capai menara gading!
Quote beta_carotene 28-8-2021 10:03 PM
Alhamdulillah, never too late to learn..
Quote MoneyMatters 28-8-2021 10:05 PM
Alhamdulillah tahniah Ayu. Semoga dipermudahkan urusan bergelar pelajar
Quote supernaturalee 29-8-2021 01:03 AM
Moga dipermudahkan ayu

Btw power die perform dlm 2 video tu

Quote spicygirl3 29-8-2021 03:18 AM
Moga berjaya
Quote miamiot 29-8-2021 07:35 AM
iols suka org nk sambung belajar ni ... tahniah Ayu ..
Quote ahlisihircute 29-8-2021 08:36 AM
Tahniah...ada gak berita positive ttg retis msia nie
Quote redz85 29-8-2021 10:49 AM
good luck ayu.. fighting!!

lepas ni ambil pula kursus fesyen.. boleh belajar reka, pilih warna sesuai untuk badan sendiri
Quote xAthenax 29-8-2021 11:27 AM
Kaka suka sangat orang2 yang suka belajar dan tambah ilmu ni
value added gitu
never too late
Quote sukacactus 29-8-2021 11:42 AM
Bagus ada usaha memajukan diri
Semoga sukses
Quote wana89 29-8-2021 11:46 AM
Semoga dipermudahkan
Quote genUmi 29-8-2021 01:51 PM
good luck Ayu

semoga berjaya
Quote kitmal9545 29-8-2021 01:58 PM
tahniah atas usaha
Quote ghalibboy 29-8-2021 09:59 PM
Bagus Ayu ni...rajin
Quote awenda507 30-8-2021 11:30 PM
Gudluck ayu
Quote codenamedream 30-8-2021 11:37 PM
Good Luck Ayu! Patut dicontohi

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.206153 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top