Seorang lelaki sanggup berjalan kaki sejauh hampir 200 kilometer dari Bogor ke Bandung bagi mencari pekerjaan demi membelikan telefon bimbit untuk anak perempuannya.
Kisah lelaki itu didedahkan seorang pengguna media sosial yang memuat naik videonya ketika dia tiba di kedai untuk membeli telefon. Berdasarkan video tersebut, lelaki bernama Tikno itu membawa wang berjumlah 600,000 rupiah (RM174) untuk membeli telefon bimbit bagi memudahkan pembelajaran dalam talian anaknya. Lebih menyedihkan, lelaki itu pekak serta bisu dan hanya berkomunikasi dengan menulis atas kertas.
Katanya, duit tersebut adalah hasil dia bekerja sebagai buruh binaan di Bandung sejak sebulan lalu. Terdahulu, dia cuba mencari pekerjaan di Bogor, namun nasib tidak menyebelahinya menyebabkan dia berjalan kaki ke Bandung bagi mencari duit untuk membeli telefon bimbit anaknya. Selepas membeli telefon untuk anaknya, lelaki itu memberitahu dia akan pulang ke rumahnya di Surabaya juga dengan berjalan kaki. Jarak dari Bandung ke Surabaya dianggarkan sejauh 779 kilometer. Katanya, dia sanggup berjalan kaki sejauh itu untuk menghantar telefon tersebut kepada anaknya, asalkan dia dapat belajar dengan mudah. Sementara itu, orang ramai yang prihatin dengan kisah lelaki tersebut memberinya sedikit duit untuk dibuat belanja. Sumber: Utusan
|
kelapaparut replied at 27-8-2021 08:52 AM
susahnnye jd org miskin kat indonesia, untung jd org miskin kat malaysia, ramai bg bantuan dan perde ...
gideoncross replied at 28-8-2021 12:29 AM
Suhaimi Saad bapak yg pling x brguna.
azwanaliori replied at 27-8-2021 06:21 PM
Harap anak lepas dapat tepon jangan bertiktok je pulak
ADVERTISEMENT