CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Ditegur Abang, Wanita OKU Terjun Jejantas

27-8-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1961| Komen: 7

Akibat ditegur oleh abangnya kerana sering merayau dan menghilangkan diri, seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) bertindak terjun daripada jejantas dalam satu kejadian di Lebuh Raya Damansara Puchong menghala ke Shah Alam di sini.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, mangsa yang berusia 44 tahun ditemui oleh pengguna jalan raya kira-kira pukul 5.25 petang dalam keadaan terbaring serta cedera parah di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada pegawai perubatan, mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata kiri, cedera pada bahagian mulut akibat patah gigi dan bibir mangsa hampir koyak serta kedua-dua kaki mangsa disyaki patah.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang dan kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Merah namun keadaannya dilaporkan stabil dan pegawai perubatan berpendapat bahawa kecederaannya selari dengan kesan akibat terjunan atau jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Foto: Kosmo

Menurut Anbalagan, mangsa dikatakan mempunyai masalah mental dan bertindak demikian selepas berlaku perselisihan faham dengan abangnya lalu mengalami tekanan dan cuba untuk membunuh diri.

“Punca perselisihan faham adalah kerana mangsa selalu merayau dan menghilangkan diri sehingga ditegur oleh abangnya dan selepas kejadian tersebut wanita berkenaan turut menyatakan mengalami tekanan dan ingin mati.

“Mangsa sebelum ini mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Teluk Intan, Perak namun datang ke Selangor empat bulan lalu untuk dijaga oleh abangnya dan dia akan mendapatkan suntikan untuk rawatan psikiatri di Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong,” ujar beliau. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 27-8-2021 06:57 AM
hurmmm semoga dipermudah urusan
Quote bakingsoda 27-8-2021 07:00 AM
tak pasal2 jd oku fizikal lak
Quote Lengkong 27-8-2021 07:02 AM
Susah jugak abang dia nak jaga lepas ni

Quote edayildiz 27-8-2021 07:03 AM
untung la ada abg baik hati nk jaga adik oku..ptt la abg mrh sbb awk tu oku pastu skrg org xmerayap..merayap pastu balik umah bwk virus ke apa..abg nya berhak la mrh sbb dh hakak ni dk bwh jagaan dia..kalau hakak ni adik i xkoser nk jaga kalau jnis degil tamo dgr ckp..
nsb la hakak ni ada mslh mental..so i faham la jgk tindakan dia tu..syg gigi patah
Quote KIM.K 27-8-2021 07:04 AM
bakingsoda replied at 27-8-2021 07:00 AM
tak pasal2 jd oku fizikal lak

Berdekah   
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 02:38 PM
haihhhh nak marah lebih2 pesakit oku
Quote zehra2 27-8-2021 02:57 PM
dah patah kaki, susah ler sikit nak merayap lps ni..
tapi mungkin, kat rumah pun asyik kena marah.. kena sindir.. oku ni sensitif..
pi la mohon dok rumah kebajikan. oku ada elaun.. asal  lps diri sendiri ok la..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.108203 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top