CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak Tak Datang Anak Kahwin Sebab Tak Sanggup Divaksin

27-8-2021 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2125| Komen: 9

Description: Seorang bakal pengantin kecewa apabila ibu bapanya memaklumkan lebih sanggup tidak hadir ke majlis perkahwinannya daripada perlu mendapatkan suntikan vaksin, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Seorang bakal pengantin kecewa apabila ibu bapanya memaklumkan lebih sanggup tidak hadir ke majlis perkahwinannya daripada perlu mendapatkan suntikan vaksin, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Amy Bettys menerusi laman sosial Twitter berkata, ibu bapanya perlu menunjukkan sijill vaksinasi Covid-19 untuk menghadiri majlis perkahwinannya kelak.

Namun, mereka yang merupakan golongan antivaksin lebih rela tidak menerima suntikan itu daripada menyaksikan anak perempuan mereka berkahwin.

Foto: Kosmo

“Ibu dan bapa saya memaklumkan lebih rela tidak divaksin daripada menghadiri majlis perkahwinan saya,” katanya di laman Twitter.

Status  itu menjadi tular dan memperoleh lebih 56,000 tanda suka dan ribuan komen.


“Saya minta maaf atas perkara itu. Saya harap hari bahagia awak nanti tetap indah,” tulis seorang netizen.

“Saya tidak dapat membayangkan kesedihan yang awak rasakan apabila ibu bapa awak menganggap semua teori konspirasi ini lebih penting daripada perkahwinan anak mereka sendiri,” tulis seorang lagi.

Bettys kemudian mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakannya.

“Saya terharu dan sudah tentu saya mahu mereka divaksin, namun ketika ini saya sedang cuba menerima sesuatu yang tidak boleh diubah,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 27-8-2021 12:48 AM
well, nak buat majlis majlis or summer wedding ball  / party pun susah la ni sebab risiko jangkitan tinggi.  yg vaccine kena jaga SOP juga. mungkin keputusan parents tu nampak zalim tapi itulah yang sebaiknya untuk depa, depa pun sedar yg dea berisiko dijangkiti and lebih baik tak payah pi majlis anak depa.

dah depa pilih tak nak vaccine...nak buat camne. depa kena sedar risiko itulah.
Quote krustykrab 27-8-2021 07:11 AM
Mujur sedar diri tak vaksin n tak nak risiko kan org lian.meanwhile kt msia ni dah la malas nak vaksin lps tu terlalak2 kata kena diskriminasi la..kna menganjing la...
Kata tak kisah duk diam2 kt rumah, tp ujung2 tergedik2 jgk nk ke mall mcm org yg dah vaksin
Quote edayildiz 27-8-2021 07:57 AM
cool parents.they have their own mind and stick with it
Quote MelahJanda 27-8-2021 08:03 AM
kat london tu org tak pakai mask langsung. tapi kena cucuk vaksin
Quote brego 27-8-2021 08:55 AM
Quote Buritan 27-8-2021 08:59 AM
krustykrab replied at 27-8-2021 07:11 AM
Mujur sedar diri tak vaksin n tak nak risiko kan org lian.meanwhile kt msia ni dah la malas nak vaks ...

Omputih pum ramai geng sohai
Quote Cece1234 27-8-2021 09:07 AM
Kesian anak dia..
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 02:28 PM
haha makpak dia senang je
we won't go
deal with it gitu
Quote TomyamPuteh 27-8-2021 02:35 PM
Apakah@cikguchazey akan mcm tu jugak? Sanggup tak pegi kawin ank2 sbb fucksin

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.273562 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top