CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Tertekan- Bakar Baju Dalam Bilik, Habis Rumah Hangus

27-8-2021 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2151| Komen: 12

Description: Georgetown: Akibat membakar pakaian di dalam rumah, seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kebakaran di Blok Bakau Street, Solok Sungai Pinang di sini.
Georgetown: Akibat membakar pakaian di dalam rumah, seorang wanita warga emas nyaris maut dalam kebakaran di Blok Bakau Street, Solok Sungai Pinang di sini.

Tindakan wanita berusia 77 tahun itu dipercayai berlaku akibat tekanan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Fadzil Mohamad berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.40 malam.

Foto: Harian metro

Katanya, ketika di lokasi, didapati kepulan asap tebal keluar dari tingkap bilik rumah mangsa di tingkat tiga flat berkenaan.

"Asap tebal memenuhi ruang rumah ketika anggota bomba menyelamatkan mangsa.

"Api berjaya dikawal pada jam 11 malam dan kebakaran itu membabitkan 50 peratus kemusnahan, " katanya.


Mangsa yang berada dalam keadaan lemah akibat terhidu asap dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

"Api dipercayai berpunca daripada baju yang dibakar warga emas itu sendiri di dalam biliknya akibat mengalami tekanan," kata Fadzil lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 27-8-2021 07:13 AM

ANGGOTA penyelamat membawa mangsa keluar dari rumahnya yang terbakar di Blok Bakau Street, Solok Sungai Pinang.
Quote edayildiz 27-8-2021 07:17 AM
Api dipercayai berpunca daripada baju yang dibakar warga emas itu sendiri di dalam biliknya akibat mengalami tekanan

dia mmg nk bunuh diri ke mksdnya
kesiannya nenek ni..dh la dk sorg umo 77 mana xtertekan..kita yg muda lama xkeluar pun rasa nk meletup jgk..sibaik pjg umo lg nek..hargai nyawa anda
Quote trexxxxxi 27-8-2021 07:32 AM
Kesiannya
Mesti tertekan dengan keadaan semasa

Mohon pihak berwajib tolong pantau dan kalau boleh, masukkan sheol ke umah penyayang ke..

Lelewbit tak payah kalut!!
Quote krustykrab 27-8-2021 07:47 AM
Dah tua2 hidup sorang2 mesti tertekan....
Aku syak sheol.mmg dah tak nak hidup lagi tu..tp percubaan sheol tu menyusahkn org2 keliling  pulak
Quote xpdckelate 27-8-2021 07:48 AM
krustykrab replied at 27-8-2021 07:47 AM
Dah tua2 hidup sorang2 mesti tertekan....
Aku syak sheol.mmg dah tak nak hidup lagi tu..tp percubaa ...

kesian kan
Quote batmana 27-8-2021 07:54 AM
Kalau kat kampung..org tua selalu main bakar2 kat luar. Bakar sampah,bakar daun, ranting pokok , rumput bagai2...psl bakar membakar ni bole hilangkan stress..
Quote LadyCarefree 27-8-2021 02:12 PM
trexxxxxi: KesiannyaMesti tertekan dengan keadaan semasaMohon pihak berwajib tolong pantau dan kalau boleh, masukkan sheol ke umah penyayang ke..Lelewbit tak pay ...


Eloklah Ebit Irawan ambik buat bini no 2. Besar pahala.
Quote noor2 27-8-2021 02:15 PM
Marahkan nyamuk kelambu dibakar last2 terbakar rumah...
Quote Artemesiaa 27-8-2021 02:32 PM
Dah tua2 macam tu selalunya mereka suka duduk bersembang dengan kawan2 ni pkp tak boleh bersembang lama2 jadi stress.  Nak main video call pun kadang bukannya pandai nak guna telepon tu.  Akhirnya main bakor2 tapi  lupa dia ditinggal dirumah bertingkat perbuatannya boleh membahayakan diri dan menyusahkan jiran sama
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 02:41 PM
haiyaaaa nekkkk
jangan buat macam tuuu...
Quote Adrif 28-8-2021 07:55 PM
kesiannya..

atok nenek aku dua2 dah 80 lebih kat kampung.
itupun 24 jam kena ada someone kat sisi. takut kena tinggal katanya.
kami kena gilir-gilir la ulang alik jaga, ikut turn.

kawan2 semua dah takde, diorang berdua je tinggal, generasi paling tua kat kampung tu.

takleh bayangkan nenek ni umo 77, tinggal sorang.. mental dia mesti terganggu gila
Quote gideoncross 2-10-2021 12:08 PM
batmana replied at 27-8-2021 07:54 AM
Kalau kat kampung..org tua selalu main bakar2 kat luar. Bakar sampah,bakar daun, ranting pokok , rum ...

Kinda asmr-ish jugak, sbb bunyi krik2x time mmbakar tu mmg best.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.373081 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top