CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

526 Hari Terkandas Di Malaysia, Yuna Balik Semula Ke Los Angeles

27-8-2021 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6895| Komen: 31

Description: Selepas 526 hari ‘terkandas’ di Malaysia akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu, penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai akhirnya selamat tiba di kediamannya di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat s ...
Selepas 526 hari ‘terkandas’ di Malaysia akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu, penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai akhirnya selamat tiba di kediamannya di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat sekitar pukul 12 tengah hari (waktu LA) atau sekitar pukul 3 pagi tadi, waktu Malaysia.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Yuna yang ditemani suami, Adam Sinclair berkongsi beberapa video ketika dia tiba dikediamannya di LA dan membuat lawatan ‘home tour’ dalam kediaman yang telah ditinggalkan lebih daripada setahun itu.


Foto: IG

“Kami akhirnya di rumah! Hi dapur saya. Rindunya!” ujar Yuna.

Dalam perkongsian itu juga, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 35, turut menunjukkan pokok hiasan yang ditanamnya di dalam rumah telah membiak dengan subur sehingga terjuntai ibarat ‘hutan mini’.


Walaupun mengakui penat selepas menempuh perjalanan berjam-jam menaiki kapal terbang, Yuna tidak dapat berehat kerana perlu mengemas rumahnya yang telah ditinggalkan sekian lama.



“Penat, tapi saya harus uruskan dahulu keadaan rumah,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu turut mengucapkan terima kasih kepada kenalannya di LA, kerana menjaga rumahnya sepanjang dia berada di Malaysia.

“Terima kasih kepada sahabat yang datang menjenguk rumah ini sepanjang kami berada di Malaysia. Anda tahu siapa anda,” katanya.

Terdahulu, Yuna meluahkan hasrat untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi meneruskan survival kerjaya muziknya di sana.



Yuna yang ditemani suaminya, Adam Sinclair pulang ke Malaysia untuk urusan pada tahun tidak menyangka sudah lebih setahun rupa-rupanya ‘terkandas’ di Malaysia disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya akan kembali ke Los Angelas dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, album terbaharu saya akan dilancarkan pada hujung tahun ini.




“Saya akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eragon 27-8-2021 10:05 AM
Terkandas ?
Quote bulalof 27-8-2021 10:08 AM
tak patriotic langsung di bulan Kemerdekaan ni.
Quote Meiizu 27-8-2021 10:10 AM
Laaa dia ada kat sini kaaa setahun ni hahahah
Quote slyfynx 27-8-2021 10:10 AM
Telinga dah hampir abis dah kuar.
Buat panas kepala je pakai camtu
Quote Ciktiekus 27-8-2021 10:12 AM
eragon: Terkandas ?

Ahaha..exactly dlm kpala otak aku..terkandas di tanah ayer sendiri..husnuzon..dh jd org sana kot..
Quote laksmanabentan 27-8-2021 10:38 AM
siapa la reporter nih... terkandas apa pulakkk
lain ler si yuna ni da tukar kewarganegaraan ker....
Quote dejure 27-8-2021 11:02 AM
Yuna pon dah berambus balik LA..kesian aciii nourul deep yg masih terkandas kat kl ni..hahahaaha..tu lahh acii p bayar dulu hutang2 yg tertunggak baru berambus dari kl ni dulu..xpayah la nak buat cerita yg bali x open tu semua tu.
Quote imanjannah 27-8-2021 11:12 AM
alhamdulillah sudah sampai ye Yuna
Quote md_nana 27-8-2021 11:19 AM
dejure replied at 27-8-2021 11:02 AM
Yuna pon dah berambus balik LA..kesian aciii nourul deep yg masih terkandas kat kl ni..hahahaaha..tu ...

nyampah baca cerita acik nurul yg nak pindah tp x pindah2.
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 03:04 PM
moga sheol dapat luaskan wilayah glamer di sana
kat sana pun yang kenal she cuma peminat2 lagu ala2 sade, india arie, erykah badu etc
Quote famri7 27-8-2021 04:51 PM
Hawa telinga masih tiada menerima nyanyian yuna. Siti nurijah maintain top singer - acik kepam bau tumis kopek 40F
Quote 4cupcakes 27-8-2021 06:15 PM
Kalau aku pakai mcm ni dah lama kene lahar.. bila yuna pakai netizen boleh terima gamaknya.. sbb retis yinternational level
Quote Levespa 27-8-2021 06:21 PM
lawa gak yuna ni
Quote mijot 27-8-2021 06:22 PM
yuna dah balik US...
acik nurul masih meratip tak boleh berhijrah ke bali lg
Quote mendeluk 27-8-2021 07:49 PM
slyfynx replied at 27-8-2021 10:10 AM
Telinga dah hampir abis dah kuar.
Buat panas kepala je pakai camtu

hehe aku rasa dia ini pun on off tudung kot.
Quote siasia 27-8-2021 09:36 PM
Apa la guna kain ngirai ngirai panjang terbazir mcm tu tak mampu menutup apa yg perlu ditutup.
Quote annadonna 27-8-2021 10:08 PM
Walaupun bukan pengikut muzik sheols tapi i happy dia progresif dalam kerjaya. Eloklah yuna dok luar. Susah dok malaysia sebab org sini hanya concern perkembangan tudung you aje. Nanti kalau tudung you dah perfect pun dorang cari pula benda lain nak caci. Tak ada siapa nak appreciate muzik you pun sini.
Quote menjad 27-8-2021 10:28 PM
Rimas nengok kain ala rambut tuh...
Quote newyork 27-8-2021 10:45 PM
Pelik2 dah fesyen serkup dia .. so internesenell lah katakan..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.205891 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top