CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izuan Fitri Masih Terlantar Selepas Bedah Otak, Ibu Rayu Bantuan Tampung Kos Perubatan

26-8-2021 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4804| Komen: 25

Keadaan kesihatan pelakon remaja, Izuan Fitri yang terlantar selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5 Ogos lalu belum menunjukkan perkembangan positif.


Berkongsi mengenai perkembangan terkini, ibunya iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan pelakon berusia 19 tahun itu kini dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) pada petang Selasa.


Foto: mStar Online

"Selepas pembedahan keadaan dia masih sama. Dia sedar tapi tak mampu bercakap atau menggerakkan badan. Adik (panggilan untuk Izuan) hanya terbaring di katil sahaja.

"Kita pun tak tahu apa yang dia sedang fikirkan, dia hanya diam dan renung setiap orang. Doktor beritahu dia masih perlukan rawatan bagi memantau perkembangan kesihatannya.


"Dia perlu menjalani beberapa ujian kesihatan dan kita semua reda menanti apa perkembangannya selepas ini. Sekarang ini sedang menunggu masa sesuai untuk imbasan CT-Scan.

"Kasihan tengok dia pun dah kurus sangat sebab tak makan dan hanya terbaring di katil," katanya kepada mStar.

Pada 31 Julai lalu, pelakon filem One Two Jaga dan Munafik itu dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor setelah tidak sedarkan dan diserang sawan berikutan penyakit batuk kering atau tibi yang dihidapi.

Selepas hampir sebulan menjaga anaknya di hospital, Nor yang juga merupakan seorang ibu tunggal berkata dia berdepan kekangan kewangan bagi menampung kos perubatan anak bongsunya itu.

Katanya, perbelanjaan bertambah besar selepas Izuan terpaksa dipindahkan ke IPR yang memerlukan penyediaan kelengkapan khas untuk pesakit terlantar, susu dan ubat-ubatan.

Foto: mStar Online

"Sejujurnya memang saya sedang berdepan kesempitan dari sumber kewangan, semenjak dia sakit saya memang tak boleh nak bekerja, dengan keadaan sekarang ni duit banyak digunakan untuk perubatan adik.

"Dia perlu beli tilam khas untuk pesakit terlantar, dia juga hanya bergantung pada susu dan segala ubat-ubatan kena beli sendiri... memang ribuan ringgit diperlukan untuk membayar rawatannya di hospital.

"Mahu tak mahu, saya kena usaha juga cari duit untuk bayar segala kos perubatan ini... demi kesihatan anak, saya akan usaha. Cumanya kalau ada bantuan mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan kami ini," ujarnya.

Untuk rekod, Izuan mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Pelakon filem Butak ini pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 26-8-2021 08:52 AM
Takde maklumat camana nak bantu ka?
Quote Qifaqifa 26-8-2021 08:58 AM
tu la..kalau ada no akaun, boleh la bantu serba sedikit...
Quote syamzana 26-8-2021 08:58 AM
no acc? no telefon?
semoga adik ni cepat sembuh
Quote alieyrina 26-8-2021 09:07 AM
Kesiannya. Ingat ada no. Acc tadi .. cepat sembuh dikk
Quote bulalof 26-8-2021 09:11 AM
kasihan.

semoga ada jalan penyelesaian.
Quote supernaturalee 26-8-2021 09:26 AM
die selalu bwk watak bengkeng kan
bgs lakonan dia
rs nk tenyeh2 je




moga ko cpt sembuh dek

btw x mention ttg ayahnya


Quote Nenolen 26-8-2021 09:26 AM
Allahu semoga adik cepat sembuh dan urusan dipermudahkan, amin.

Sapa2 yg ada no akaun adik Izuan  atau mak adik Izuan  tolong share sini...terima kasih...
Quote eira2310 26-8-2021 09:29 AM
semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan..
Quote matchstick 26-8-2021 10:05 AM
Jarang dh dgr org kena sakit tibi..berjangkit from warga asing ke

Kesian..muda lg budaknya
Quote mama_neko 26-8-2021 10:36 AM
sekarang ni TB mcm menjelma kembali... penat ja program imunisasi, tapi kemasukan warga asing tak dipantau..
Quote LadyCarefree 26-8-2021 10:42 AM
mama_neko replied at 26-8-2021 09:36 AM
sekarang ni TB mcm menjelma kembali... penat ja program imunisasi, tapi kemasukan warga asing tak di ...


Org msia pun ada antivaks. Polio pun dah mula ada kes.
Quote LadyCarefree 26-8-2021 10:43 AM
Hosp kerajaan pun kena bayar ke tilam, alatan  dsb?
Quote green~tea 26-8-2021 10:44 AM
matchstick replied at 26-8-2021 10:05 AM
Jarang dh dgr org kena sakit tibi..berjangkit from warga asing ke

Kesian..muda lg budaknya

I think so.. sbb anak remaja kawan i lebih kurang umur dia ni pun kena tibi... jangkit warga asing, sbb depa tak vaksin TB
Quote Burong_Hantuk 26-8-2021 10:59 AM
Kasehan....moga dipermudahkan
Quote Reira77 26-8-2021 11:55 AM
Sampai sawan patut la kena bedah otak. Moga diberi kesembuhan.
Quote imanjannah 26-8-2021 12:45 PM
syafakallah dik..
Quote ciksaenara 26-8-2021 12:52 PM
semoga dipermudahkan. mohon tempek acc. kita pakat2 bantu.
Quote mama_neko 26-8-2021 01:02 PM
LadyCarefree replied at 26-8-2021 10:42 AM
Org msia pun ada antivaks. Polio pun dah mula ada kes.

tu la... poor those yang kena polio tu.. sengsara.. sepatutnya preventable ngan vaksin ja...
Quote spicygirl3 26-8-2021 01:38 PM
Moga cepat sembuh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061527 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top