CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Keluar Inkubator, Lagi 3 Minggu Bayi Shuib Balik Rumah

26-8-2021 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3441| Komen: 12

Description: Anak bongsu kepada pelawak popular, Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Keb ...
Anak bongsu kepada pelawak popular, Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.


Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, perkembangan yang ditunjukkan Ayash yang kini berusia 20 hari sangat baik selepas dikeluarkan daripada inkubator Isnin lalu.


Foto: IG
“Alhamdulillah, bayi saya dah pun dikeluarkan daripada inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).

“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia dah boleh keluar dan dibawa pulang ke rumah,” katanya.




Terdahulu, Shuib dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.

“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” ujarnya.

Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar dan bukan dalam kalangan keluarga sendiri.




Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas ditidurkan selama tiga hari.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 26-8-2021 11:18 AM
Betul ke orang kata baby biar lahir 7 bulan dari lahir 8 bulan..knp ye?
Quote nakkomenjugak 26-8-2021 02:19 PM
moga dipermudahkan urusan satu keluarga
Quote spicygirl3 26-8-2021 02:27 PM
Moga baby bertambah sihat dan kuat
Quote cap_ayam 26-8-2021 02:29 PM
Alhamdulillah.
Quote iresju 26-8-2021 02:33 PM
Alhamdulillah. Semoga terus kuat dan sihat baby ayash
Quote Ratutulip 26-8-2021 02:50 PM
alhamdullilah moga terus sihat ya
Quote aechae 26-8-2021 03:08 PM
Ank dia yg sulung tu sebiji muka ibu nyaaa.. mmg buat lepas rindu lh. Seronok lh deme ada baby nnt..
Quote Burong_Hantuk 26-8-2021 07:54 PM
Masak la nnti soeb jongos jadikan anak tuh sbg content...Kao tgk jer la nnti
Quote gorjeous 26-8-2021 09:45 PM
Alhamdullilah...
Quote yayarin 26-8-2021 09:59 PM
Alhamdulillah. Semoga Ayash membesar dgn sihat.
Quote lilydandelion77 26-8-2021 10:14 PM
Iols speku Ayash mesti muka mcm arwah ibu.
Semoga membesar dengan sihat ye baby....
Quote chahippo 27-8-2021 02:36 PM
Semoga membesar disayangi semua baby Ayash

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.289338 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top