CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sengsara Diserang 7 Penyakit Kronik Sekaligus, Dulu Pegawai Teknologi Maklumat Kini Masa Depan Gelap

26-8-2021 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5309| Komen: 49

Description: Tujuh penyakit kronik dihidapi serentak menyebabkan dia hanya terlantar sakit dan tidak dapat meneruskan tugas sebagai pegawai teknologi maklumat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.
Tujuh penyakit kronik dihidapi serentak menyebabkan dia hanya terlantar sakit dan tidak dapat meneruskan tugas sebagai pegawai teknologi maklumat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya.


Situasi itu membuat Khairuddin Harun, 41, melihat masa depannya kini gelap berikutan penyakit dihidapinya itu tidak menampakkan perubahan untuk sembuh.

Khairuddin menghidap masalah pernafasan yang kronik, asma, radang pada salur makanan, pendengaran di telinga kiri, saraf, sendi dan yang terbaharu disahkan mengalami bengkak pada usus.


Foto: Harian Metro

Dia kini tidak boleh bergerak dan terpaksa diuruskan isterinya, Nur Haniza Ibrahim dan ahli keluarga lain.

Menurutnya, penyakit itu dialami sejak dua tahun lalu secara berperingkat sebelum mencapai tahap kronik.

"Saya mula kena penyakit asma pada 2015 tetapi tidak serius, bagaimanapun selepas bertukar tempat tugas dari Seremban ke Putrajaya, penyakit asma ini semakin serius.

"Pada Ogos 2018, beberapa penyakit lain muncul antaranya masalah radang pada salur makanan, masalah paru-paru, saraf dan sendi, masalah pendengaran di telinga dan yang terkini bengkak pada usus.

"Saya sendiri tidak pasti punca penyakit berkenaan, namun terus berusaha bagi mendapatkan rawatan terbaik," katanya ketika ditemui di rumah ibunya, di Taman Bukti Ampangan di sini, tadi.



Menurut Khairuddin, penyakit dihidapinya itu menyebabkan dia sukar untuk menelan makanan, malah kerap mengalami muntah sehingga menyebabkan berat badannya menurun sangat ketara.

Bapa kepada tiga orang anak berusia antara lima hingga 11 tahun itu berkata, setiap minggu dia perlu mendapatkan rawatan sebanyak tiga kali di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bangi Selangor dan Hospital Putrajaya.

Katanya, dia juga sudah menjalani lebih 40 pemeriksaan dan uji kaji oleh pihak hospital di pelbagai jabatan selain di klinik swasta berhampiran bagi merawat penyakit itu, namun belum dapat mengenal pasti punca sebenarnya.

"Situasi itu membuatkan saya menjadi resah dan bimbang sepanjang hari kerana tidak dapat meneruskan kerja dan tidak memperolehi gaji lagi. Saya hanya terlantar di rumah ibu," katanya.

Menurut Khairuddin, sudah dua tahun gaji bulanannya diberhentikan dan kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Seremban.

Katanya, isterinya juga terpaksa menanggung hutang termasuk masalah ansuran bulanan rumah dibeli di Taman Warisan Puteri di Sikamat di sini.

"Saya berharap dapat berpeluang menerima pencen walaupun tidak penuh, bagi meringankan beban isteri," katanya yang sebelum ini dibantu Baitulmal dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ampangan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi ditalian 012-3069481 atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB 7010703588 atas nama, Nur Haniza Ibrahim. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 26-8-2021 10:38 AM
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi ditalian 012-3069481 atau menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB 7010703588 atas nama, Nur Haniza Ibrahim. -CARI

semoga Allah permudahkan semua urusan
Quote wana89 26-8-2021 10:41 AM
Semoga Allah permudahkan urusan semua
Quote nononcrux 26-8-2021 10:43 AM
Ya Allah kesiannye.. semoga dipermudahkan segala urursannya
Quote naina 26-8-2021 10:46 AM
Kesiannya..semoga dipermudahkan..diberi kesembuhan..muda lagi tu
Quote gigahertz 26-8-2021 10:48 AM
biasanya kerja dengan mesin ni stress.
jabatan kerajaan pakai mesin lama2.
lebih 20 tahun. selalu mesin ni bermasalah
waktu cuti atau waktu due date.
kerja mmg x boleh cuti langsung.
u cuti mesin xde org jaga.
bila u stress mmg akan makan lebih.
bila dah lebih makan akan tido lambat.
kalau tidur pukul 2-3 pagi tu perkara biasa.
Quote mclaren 26-8-2021 10:49 AM
Bab loans lah masalah kan bila tak dapat bekerja langsung sebab kesihatan tak izinkan. Mujur hospital kerajaan ada. If harap swasta semata melalui insurans, rasanya bukan 100% setiap penyakit dia cover full kan (tak sure, please share if tahu)?

Moga ada sinar menanti buat family ni. Harap dia juga dapat terima pencen nanti.
Quote immi 26-8-2021 10:54 AM
Ya Allah permudahkanlah mereka. Sembuhkanlah En Khairudin..aamiinnn
Quote MsKathryn 26-8-2021 10:55 AM
Aduh kesiannya
Quote Mikaella 26-8-2021 10:56 AM
ya Tuhan kesiannya.. kadang-kadang genetik puncanya.
Quote kikuri 26-8-2021 10:56 AM
semoga cepat sembuh.. kalo keje gomen sakit2 mcm ni tak boleh pencen awal ke...? kalo boleh pencen awal.. duit pencen dapat ke tak?
Quote darkness 26-8-2021 11:00 AM
Ya Allah..kesiannya...moga diberikan kesembuhan
Quote cap_ayam 26-8-2021 11:31 AM
gomen ada socso tak? sorry tanya sebab tak tau.. kalau kerja swasta boleh dapat pencen socso kan?

besar dugaan encik ni.. semoga isteri dan keluarga tabah..
Quote berusjamban 26-8-2021 12:03 PM
Bodohnya wartawan nehhhh HUKM kat Cheras Bandar Tun Razak la. Dan skrg dah tukar nama Hospital tu. I’m not going to spoon feed wartawan, gi cari sendiri
Quote SweetRehan 26-8-2021 12:10 PM
Kesiannya...berat dugaan encik ni ..moga dpt la pencen...
Quote raxief 26-8-2021 12:11 PM
ini mmg kesian
Quote n3ar 26-8-2021 12:43 PM
Dia ni kontrak ke tetap? Kalau tetap ada kan klausa pencen paksa atas sebab kesihatan... Takkan ko bg cuti tanpa gaji jer... HR jabatan dia tak buat kerja ke
Quote Guccibamboo 26-8-2021 12:51 PM
Semoga dipermudahkan urusan....muda lg...anak2 pun masih kecil. Semoga sembuh drpd penyakit & diberi ganjaran yg lebih baik drpd ujian ini.
Pegawai IT ni stress....I pernah jumpe seorg perempuan resign drpd jd pegawai IT gomen....die ckp sejak tu tidur malam die tenang. Yg masih bekerja...I harap uols manage stress uols...bile stress bdn jd lemah. Apepun segalanye atas izin Allah.
Quote Guccibamboo 26-8-2021 12:56 PM
kikuri replied at 26-8-2021 10:56 AM
semoga cepat sembuh.. kalo keje gomen sakit2 mcm ni tak boleh pencen awal ke...? kalo boleh pencen a ...

Polisi gomen skrg x sama mcm dulu. Skrg dah ade exit policy. Ada jumlah cuti sakit maksimum bergaji penuh. Lpstu separuh gaji. Lpstu I x sure...kene tanye bhgn sumber manusia. Kalau pasal pencen....kalau servis x cukup 30 tahun....pun ade percent pencennye. Ada jumlah minimum servis baru boleh dpt pencen
Quote sayawifenikmie 26-8-2021 12:56 PM
n3ar replied at 26-8-2021 12:43 PM
Dia ni kontrak ke tetap? Kalau tetap ada kan klausa pencen paksa atas sebab kesihatan... Takkan ko b ...


maybe belum masuk medical board lagi ...
sakit di ani macam berkait-kait .. ala ala gerd pun macam ia juga ... kerongkong - perut - usus ..
semoga cepat sembuh ... mud alagi .. anak2 pun kecik lagi ...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056947 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top