CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengandung Pun teruk Kena Kecam, Tua Sangat Ke Hamil Umur 53 Tahun?

26-8-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4578| Komen: 34

Description: Pennsylvania: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang hamil anak keempat pada usia 53 tahun berdepan kecaman yang mengatakan wanita itu sudah terlalu tua untuk menimang cahaya mata.
Pennsylvania: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang hamil anak keempat pada usia 53 tahun berdepan kecaman yang mengatakan wanita itu sudah terlalu tua untuk menimang cahaya mata.


Mirror UK melaporkan, Lan Man adalah ibu tunggal dan mempunyai dua anak Thomas, 19, dan Tyler, 17.

Dia kemudian melahirkan anak ketiganya, Toby pada Jun 2019 dengan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dengan menggunakan benih Kaukasia (keturunan kulit putih).

Menurut keluarga itu, kaum bukannya perkara utama dalam mencari penderma yang sesuai.

Foto: Agensi

Memandangkan kekurangan penderma berketurunan Asia, dia memutuskan untuk menggunakan benih daripada penderma lelaki Kaukasia untuk melahirkan Toby.


Lan kini hamil 26 minggu dan dia juga merancang untuk membesarkan bayi itu sebagai ibu tunggal.

Sebelum ini, wanita itu merancang untuk hamil anak ketiga kerana bimbang apa boleh dilakukannya tanpa Thomas and Tyler yang merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti.

Dorongan untuk hamil anak keempat pula datang selepas Thomas dan Tyler bertanya kepada Lan bila mereka akan mendapat adik lagi.

"Saya fikir ia mustahil dan tidak berasa untuk hamil lagi kerana sudah berusia 50 tahun.

"Bagaimanapun, anak adalah teman baik saya dan mungkin berdoa secara diam-diam supaya saya hamil dan berikan adik kepada Toby," katanya.

Menurut Lan, proses kehamilan anak keempat itu berjalan lancar malah dia teruja untuk menyambut kelahiran anak keempatnya.

Insurans kesihatan swasta Lan menanggung sebahagian besar kos tetapi dia turut mengeluarkan wang sebanyak AS$25,000 (kira-kira RM102,363) termasuk untuk mendapatkan sperma, benih dan kos ubat penderma.

Oleh kerana masih belum menopaus, Lan tidak mengalami masalah dengan sistem reproduktif.

Bagaimanapun, Lan dinasihatkan doktor supaya tidak menggunakan benihnya sendiri kerana faktor usia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lwyl 26-8-2021 08:39 AM
Kalau sunyi bela la anjing, kucing atau buat gardening.
Quote Dorotheas 26-8-2021 08:49 AM
Bole la makcik ni dpt anak mix kokezen satu..
Quote lurve82 26-8-2021 08:52 AM
Comel anak caucasian dia..
Quote midori_katana 26-8-2021 09:13 AM
maksudnya anak keempat ni anak org lain la (ovum +sperm mat saleh). anak ketiga mungkin anak sheols kot (ovum sendiri+sperm matsaleh)
Quote Thunderclouds 26-8-2021 09:25 AM
midori_katana replied at 26-8-2021 09:13 AM
maksudnya anak keempat ni anak org lain la (ovum +sperm mat saleh). anak ketiga mungkin anak sheols  ...

Yup. I pn paham mcm tu. Yg ke4 ni bukan ovum dia.
Quote Thunderclouds 26-8-2021 09:27 AM
Dia mampu la tu. Physically, financially. Xdak hal lah
Quote supermum 26-8-2021 09:38 AM
Ni macam dia ambik anak angkat tapi dia ambik dari bentuk embrio lagi ahahaha
Quote xtahumenahu 26-8-2021 09:41 AM
kalau larat lantak dia laaaa
Quote awanysss 26-8-2021 09:45 AM
53 belum menopause tanpa pregnant.
hebat acik..
byk betul ovum sheols.
Quote Samerosie 26-8-2021 10:02 AM
Ok je kalau dia larat economically and fit tubuh badan to jaga, why not.  Baru baca thread sebelah nenek 68 tahun pregnant.
Quote any42 26-8-2021 10:06 AM
dah tua pun ggih nk beranak. kuat btul semngat nk jaga ank kecik. semoga dpermudah proses klahiran
Quote kelip2_07 26-8-2021 10:17 AM
ckup lah ade ank kecik sorang..umur dh mcm tu rht2 lah
Quote Whitepinkrider 26-8-2021 10:20 AM
mentally & physically penat kalau takde helper
Quote bottombikini 26-8-2021 10:40 AM
dok kat US negara omputih pun kena kecam

kalo kat malaysia ni tak tau la camne nasib acik ni menerima kecaman demi kecaman
belum lagi acik2 misi punya pandangan mata
Quote scorpionkiki 26-8-2021 10:46 AM
Dia ni ibu yang baik...anak2 sayang dan confident dgn dia...
Quote sukacactus 26-8-2021 10:46 AM
Kalau dia rajin dan mampu, lantak dia la
Yg bising2 tu, ada ke dia mintak tlg jagakan anak dia?
Takde kan
Quote Redskin 26-8-2021 11:04 AM
Ramai pompuan umur 50 thn dah menopos.

Subur pompuan ni, masih ada telor lagi.
Quote twins 26-8-2021 11:06 AM
midori_katana replied at 26-8-2021 09:13 AM
maksudnya anak keempat ni anak org lain la (ovum +sperm mat saleh). anak ketiga mungkin anak sheols  ...

maknanya dia ibu tumpang jer la gitu... guna rahim dia jer....
tapi anak pompuan dia manissssss......
Quote Artemesiaa 26-8-2021 11:12 AM
Dia sanggup kenapa orang lain nak memperkatakan mengenainya bukan dia suruh orang lain tu tanggung sama pun.  Badan manusia lain2 ada yang seusia tu dah tak daya sana sini ada pulak masih kuat dan bertenaga.  Tak boleh label semua yang seusianya sama.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054710 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top