CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Tiga Reptilia Tak Bercakap, Lelaki Diculik Dan Dibogelkan Makhluk Aneh

26-8-2021 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2789| Komen: 18

Description: Seorang lelaki dari Bedfordshire, England mendakwa pernah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang menyerupai haiwan reptilia dan dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum dib ...
Seorang lelaki dari Bedfordshire, England mendakwa pernah diculik oleh sekumpulan makhluk asing yang menyerupai haiwan reptilia dan dibawa masuk ke dalam objek terbang tidak dikenali (UFO) sebelum dibogelkan di atas katil, lapor akhbar Daily Star semalam.


Philip Kinsella mendakwa, dia telah berjumpa dengan makhluk asing pada tahun 1989 ketika terjaga pada tengah malam sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah UFO.

“Saya mendapati diri saya berada dalam satu suasana seperti bilik perubatan yang kelihatan suram dan amat panas. Saya juga sedang berbogel.

“Apabila saya berpusing ke arah kanan, saya melihat tiga reptilia yang berada dalam keadaan berkabus dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.


Foto: Getty Images


Tambah Kinsella, dia ketakutan apabila menyedari ada sesuatu yang telah ditampal pada bahagian bawah tubuhnya.

“Saya menjerit ketakutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.

Kinsella kemudiannya didakwa diselamatkan oleh suatu ‘benda hidup’ yang kecil dan berwarna kelabu.

Ketika ia muncul, alat yang ditampal pada badannya secara tiba-tiba hilang dan talinya tertanggal sebelum ketiga-tiga reptilia tersebut hilang.

“Terdapat kesan fizikal pada tubuh saya keesokan harinya. Abang saya menjumpai tiga kesan berbentuk segi tiga pada belakang telinga kanan, tiga kesan pada lengan kanan dan pendarahan pada lubang hidung kanan saya yang berhenti selepas dua tahun,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lipans 26-8-2021 09:41 AM
kaki tengok vcr ni
Quote dua_chzy 26-8-2021 09:48 AM
“Saya menjerit ketakutan kerana saya mahu alat itu ditanggalkan dari badan saya,” katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan dan tiada sifat belas kasihan.


Kalau mahkluk asing tu maknosia, dah kena belah perut kau kena jual organ kau di pasaran gelap.
Quote Kurex 26-8-2021 09:56 AM
mesti orang bunian ni
Quote shiraloveyou 26-8-2021 10:01 AM
Dulu pernah baca dkt benang konspirasi yg ratu boleh bertukar jadi reptile..ntah2 sheols yg culik tak
Quote green~tea 26-8-2021 10:03 AM
Cosplay rogayah ke
Quote noor2 26-8-2021 10:05 AM
Masuk CI terus berdekah gelak baca topic ni....
Quote jfq 26-8-2021 10:07 AM
Reptilia dari teori iluminati kah? ahaks
Quote ninja9 26-8-2021 10:24 AM
jfq replied at 26-8-2021 10:07 AM
Reptilia dari teori iluminati kah? ahaks

reptilia tu bukan asal dari kisah2 tamadun purba spt babylon kah.... tetapi kisah reptile ini juga ada diceritakan oleh nenek moyang afrika. pernah tengok seorang reporter interview orang2 tua diafrika cerita pasal ni pada zaman 70an. tak taulah pulak iluminati pun ambik cerita ni dan jadikan asas tindakan mereka, sebab ilmuninati ni bukan anggotanya terpelajarkah?

Quote husna_amal 26-8-2021 10:28 AM
Kaki dadah ni tengah khayal.
Quote Dwdrum 26-8-2021 11:31 AM
Since UK defense ministry reveal documents tentang Ufos and aliens ramai brits ngaku jumpa alien.... Before americans saja yang cerita
Quote cap_ayam 26-8-2021 11:32 AM
nak percaya ke tak..
Quote edee_91 26-8-2021 12:01 PM
Lepas tu makhluk asing tu pulangkan balik tak baju ko?
Quote salimrock 26-8-2021 01:30 PM

haha, aku pn fikir begitu
Quote any42 26-8-2021 01:42 PM
yooo lahhh. ntah2 khyal mndadih
Quote Decaffeinated 26-8-2021 09:13 PM
katanya yang turut menyifatkan makhluk asing sebagai tidak berperikemanusiaan
tadi ko juga yang kata mereka reptilia. nak amik ketum lenkali rebuslah dulu, minum air ja.

Quote kakikuDibibirmu 26-8-2021 09:23 PM
Demiurge tersenyum sinis atas 'Arasy
Quote whadda 27-8-2021 11:19 PM
Dan2 tiba2 hilang.. takde pulak cerita cemane di bawak turun dari ufo tu
Quote kaedahnya 29-8-2021 12:47 AM
dah macam sketch SNL

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top