CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cef Mati Dipatuk Ketika Masak Sup Ular

26-8-2021 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9079| Komen: 94

Description: Seorang cef maut dipatuk seekor ular tedung ketika menyediakan hidangan sup ular tersebut di sebuah restoran di China, lapor akhbar Daily Star semalam.
Seorang cef maut dipatuk seekor ular tedung ketika menyediakan hidangan sup ular tersebut di sebuah restoran di China, lapor akhbar Daily Star.

Ketika kejadian, Peng Fan dari bandar Foshan telah menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyediakan juadahnya dan memotong kepala ular tedung berbisa tersebut.

Ketika mencapai kepala haiwan itu untuk dibuang ke dalam tong sampah, ia secara tiba-tiba mematuk lelaki itu.


Kredit foto: Getty Images


Menurut seorang pelanggan, Lin Sun, 44, dia sedang makan di restoran tersebut bersempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya apabila suasana tiba-tiba menjadi kecoh.

“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku, namun mendengar jeritan dari arah dapur.


“Pekerja restoran kemudiannya menghubungi doktor namun sebaik sahaja bantuan perubatan tiba, lelaki itu dilaporkan sudah mati. Selepas mendengar berita itu, kami terus berhenti makan,” katanya.

Bisa daripada ular tedung itu mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit, mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut. 

Terdapat penawar bagi bisa tersebut, namun ia perlu diberikan kepada mangsa secepat mungkin. 

Sementara itu, menurut seorang pakar, ular dan beberapa reptilia lain masih boleh bergerak sehingga satu jam selepas dibunuh.

“Tidak mustahil haiwan itu masih hidup dan menggigit tangan Peng Fan. Selepas kepalanya dipotong, ia dianggap telah mati namun masih terdapat pergerakan reflektif.

“Ini bermakna ular masih boleh mematuk meskipun selepas kepalanya cedera teruk,” kata pakar tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 26-8-2021 08:36 AM
Ambik.ko...dlm byk2 binatang ulau jgk ko pilih...
Quote miszclassique 26-8-2021 08:36 AM
Shooooottttt masih boleh membunuh walaupun dah dipotong, scary betul... Dahlah memang takut dengan ular, lepasni maunye lagi takut {:cryrun
Quote Tinot7 26-8-2021 08:37 AM
Takziah kpd keluarga..
Tak voley ka mkn sup ikan ka sup ayam ka..
Quote bulalof 26-8-2021 09:09 AM
serves you right!
Quote Nenolen 26-8-2021 09:13 AM
Tu sebb ular berbisa nie haram utk dimakan...ada sebb kena Allah swt haramkan...lebih byk keburukan dari kebaikan...
Quote Fly_over 26-8-2021 09:17 AM
tak serik2 nak makan benda pelik2
Quote Kurex 26-8-2021 09:19 AM
anjing, kelawar, sirip yu, kucing, monyet, tenggiling.....
Quote exclusive_vvip 26-8-2021 09:26 AM
teringat pulak citer ‘Keeping Up With The Joneses’..part kene gigit kepala ular masa makan kat chinese restaurant tu..
Quote sarah82 26-8-2021 09:30 AM
Kes kedua kan.. Bbrp tahun lepas aku baca pun kes yg sama.. Chef ingat ular tu dah mati.. Pegang kepala terus kena patuk
Quote TomyamPuteh 26-8-2021 09:52 AM
Nasib baik tak kena sondol dgn babi.
Quote shiraloveyou 26-8-2021 09:54 AM
Baca artikel pun rasa ngeri...
Quote rainbowrainz 26-8-2021 09:56 AM
Kalau cite omputeh Dan dan tu je terus ok...
Quote jebatmaspunyer 26-8-2021 10:00 AM
potong kepala pun kantung bisa masih berisi.. bila gerakan reflektif macam tu taringnya masih boleh inject bisa tu.. tak pasal-pasal hilang nyawa.
Quote any42 26-8-2021 10:01 AM
mkn la lg binatang bbisa
Quote green~tea 26-8-2021 10:02 AM
Takleh ke makan makanan yang normal orang makan

Nape nak kena makan ular tedung
Quote acikbrown 26-8-2021 10:03 AM
Banyak lagi binatang lain yang boleh dimakan. Yg memudaratkan juga yang dicari. Teruja lain maciammm kot.
Quote grouper 26-8-2021 10:05 AM
Ada tgk cite ladang ternak ular utk hidangan eksotik ni mmg mcm ladang ternak ayam...
Quote akies 26-8-2021 10:07 AM
Makan haiwan berbisa lagi..hurmm
Quote jfq 26-8-2021 10:09 AM
Siapa la tu yg order sup ular tedung
Kang sebar virus apa la pulak

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.062623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top