CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sama Ada Mati Kebulur Atau Bunuh Diri" - Francissca Peter

25-8-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2739| Komen: 12

Penyanyi bersuara emas, Francissca Peter, 60, meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat begitu banyak kes kematian akibat kelaparan selain bunuh diri yang berpunca daripada tekanan hidup dalam situasi pandemik kini.


Menurut Francissca, perkara ini tidak seharusnya berlaku dan perlu ada jalan penyelesaian segera daripada pihak kerajaan ekoran dibimbangi semakin meruncing.


Kredit foto: IG Francissca 

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita. Hal seperti ini sudah jelas menggambarkan situasi sekarang. Tiada kerja, tiada pendapatan.

“Sama ada anda mati disebabkan kelaparan atau kes kematian akibat bunuh diri menjadi semakin meningkat. Saya sangat sedih melihat keadaan kita semua sekarang,” katanya.


Kredit foto: Twitter


Francissca berkata demikian menerusi satu ciapan di Twitter dengan menyertakan sebuah berita mengenai gelandangan yang ditemui mati di dalam kereta yang disiarkan oleh sebuah akhbar Tamil semalam.

Menerusi rantaian ciapan lain, Francissca juga berpendapat, ramai yang terjejas teruk akibat pandemik kini sehingga ada yang terpaksa tinggal di dalam kereta akibat tiada pilihan lain setelah kehilangan rumah.

“Ia sangat menyedihkan untuk menatap gambar-gambar tersebut. Tetapi jika ada yang menganggap ia tidak berlaku, maka mereka sangat silap. Kita perlu lakukan lebih lagi daripada cuma memberi sumbangan makanan.

“Bantuan berbentuk kewangan juga dilihat perlu bagi mereka yang benar-benar terjejas. Ramai yang mati setiap hari bukan cuma kerana Covid-19 tetapi juga kerana tiada duit untuk membeli keperluan perubatan dan berjumpa dengan doktor di klinik jika tidak sihat.

“Tiada siapa patut mati seperti itu walau apa pun keadaan yang mereka sedang lalui,” katanya.



Ciapan Francissca tersebut telah mendapat perhatian ramai para pengikut dan peminatnya.

Rata-rata melahirkan emosi dan rasa yang sama dan menganggap perkara seperti itu tidak wajar dibiarkan tanpa ada langkah yang proaktif daripada kerajaan.

Tidak kurang juga ada yang turut menanda nama Perdana Menteri negara yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai isyarat agar perkara ini segera mendapat perhatian dan tindakan daripada pihaknya.


Sumber: Utusan
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 25-8-2021 01:28 PM
Edited by KIM.K at 25-8-2021 01:39 PM

Shah Alam section 20.
Mungkin tak pakcik ni matpet..tanya je
Quote bulalof 25-8-2021 01:32 PM
kalaulah pemimpin yg berkaitan mendengar dan bertindak.......
Quote Thunderclouds 25-8-2021 01:43 PM
Agk2 kalau every multi millionaire / billionaire dlm neg ni sedekah 1jota sorg kt tiap rakyat yg tgh tkesan skarang, rasa depa akn jatuh miskin dak? Kita ada like 35j org rakyat la ni kan? Mcm musa aman tu reta biliyun2. Tu baru musa aman. Rasa kalo dpt 1jota sorg boleh selesai masalah dak?
Quote Belibis 26-8-2021 07:25 PM
Thunderclouds: Agk2 kalau every multi millionaire / billionaire dlm neg ni sedekah 1jota sorg kt tiap rakyat yg tgh tkesan skarang, rasa depa akn jatuh miskin dak? K ...

Depa kalau boleh nak lagi,dan lagi dan lagi sampai la tanah masuk mulut..
Quote LaRRa. 26-8-2021 07:30 PM
Thunderclouds replied at 25-8-2021 05:43 AM
Agk2 kalau every multi millionaire / billionaire dlm neg ni sedekah 1jota sorg kt tiap rakyat yg tgh ...

Kalau sedekah sejuta seorang and keta ada 35 juta will be like berapa orang je yg dapat sistur? Kalau rata iols ada 35 juta and i sedekah sejuta seorang baru 35 orang sistur
Quote LaRRa. 26-8-2021 07:34 PM
Thunderclouds replied at 25-8-2021 05:43 AM
Agk2 kalau every multi millionaire / billionaire dlm neg ni sedekah 1jota sorg kt tiap rakyat yg tgh ...

Or you mean every bollionair di malaysia bawak keluar sedekah sejuta per person dan bahagi kepada 35juta rakyat? Hihi.. on my calculation, if 10 millionair spend 1 million and we got 10,000,000, devide to 35,000,000 people then every of us will get 28 ringgit.
Quote jas7512 26-8-2021 07:37 PM
Thunderclouds replied at 25-8-2021 01:43 PM
Agk2 kalau every multi millionaire / billionaire dlm neg ni sedekah 1jota sorg kt tiap rakyat yg tgh ...

Akan berlaku inflasi cuma mmg jurang kaya dan miskin skrg ni makin menjauh..kasihan yg miskin sdgkan yg kaya berpoya2 menghabiskan duit
Quote Burong_Hantuk 26-8-2021 08:03 PM
Dh 60 umur Dia..suara dia dulu sedap
Quote Thunderclouds 26-8-2021 10:43 PM
jas7512 replied at 26-8-2021 07:37 PM
Akan berlaku inflasi cuma mmg jurang kaya dan miskin skrg ni makin menjauh..kasihan yg miskin sdgk ...

Yup. Inflation. *sigh*
Quote Thunderclouds 26-8-2021 10:45 PM
LaRRa. replied at 26-8-2021 07:34 PM
Or you mean every bollionair di malaysia bawak keluar sedekah sejuta per person dan bahagi kepada  ...

Ya ampuunnn..gigih nya u..hahahahaha.appreciate ur effort kaka!
Quote annadonna 26-8-2021 10:47 PM
Kat malaysia tak mungkin mati kebulur selagi sanggup keluar cari bantuan. Tak ada covid pun ada je pihak bagi makanan kat homeless tu. Mati bunuh diri yes sebab mental rakyat sekarang di tahap paling lemah.
Quote LaRRa. 26-8-2021 11:12 PM
Thunderclouds replied at 26-8-2021 02:45 PM
Ya ampuunnn..gigih nya u..hahahahaha.appreciate ur effort kaka!

Alaa meols isi mase lapang jew chuolss~

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.115542 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top