CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Dijangkiti Varian Delta, Hilary Duff Bersyukur Dah Ambil Vaksin

25-8-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1451| Komen: 11

Description: Bintang sensasi Hollywood, Hilary Duff mengumumkan dirinya positif COVID 19 baru baru ini.
Bintang Hollywood, Hilary Duff mengumumkan dirinya positif COVID 19 baru baru ini.

Menerusi pengakuan yang dibuat di media sosialnya, Duff juga mendakwa dia mendapat virus dari jenis varian Delta yang didakwa sebagai salah satu varian yang boleh merebak dengan pantas iaitu hanya 15 saat kepada pesakit.



Kredit foto: IG Hilary

"Varian Delta ini sangat jahat. Simptom; sakit kepala yang sangat teruk, tidak boleh merasa makanan atau bau. Dan tekanan sinus juga," tulis Duff dalam Insta Storynya.



Dalam kemas kini yang sama, Duff bagaimanapun mengaku berasa selamat kerana telah melengkapkan pengambilan suntikan vaksin.

"Tapi saya bersyukur kerana sudah mengambil vaksin," tulisnya lagi seperti dilaporkan Billboard.


Kredit foto: Glamour

Duff kini dikatakan masih positif virus tersebut dan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Ironi, beberapa hari sebelum memaklumkan dirinya dijangkiti COVID 19, Duff telah memberi khabar tentang projek terbaharunya.

Dia sempat berkongsi beberapa foto dirinya yang terbabit dengan spin off How I Met Your Mother yang berjudul How I Met Your Father.


Kredit foto: People

Sebelum ini, pelakon Mellisa Joan Hart juga mengaku telah dijangkiti COVID 19 walaupun sudah melengkapkan dos vaksin.

Justeru dia mengingatkan masyarakat agar tidak lalai dan jangan menyebarkan virus tersebut kepada orang lain kerana ingkar SOP.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 25-8-2021 02:04 PM
Tgk dia terus teringat lizzie mcguire
Sukanyer dgn sheols ni, moga baik2 sajerr

Hey now, hey noww
this is what dreams are made offffff ~
Quote edayildiz 25-8-2021 02:10 PM
suka sgt kt dia dulu
Quote nakkomenjugak 25-8-2021 02:19 PM
hilaryyyyy
iols ngefans uuuuuu!
dari zaman lizzie mcguire lagiiii!!
Quote husna_amal 25-8-2021 02:56 PM
Syukurlah tak jadi kesan lebih teruk terkena varian delta ni.
Quote makneng 25-8-2021 08:26 PM
So yesterday.. So yesterday... So yesterday
Aman2 dia berpinak skrg
Quote Fortiori02 25-8-2021 09:30 PM
Tome lotey anak2 nya
Quote alesandra 25-8-2021 10:26 PM
penah tgk kat architectural digest..umah dia sempoi je
Quote RatuDunia94 25-8-2021 11:25 PM
Syukur sheols x jd mcm Lindsay Lohan
Quote Mini.Me 26-8-2021 12:17 AM
Suka gilerr zaman die chubby dolu2
Quote syakuntala 26-8-2021 08:12 AM
Masih lg comel... X byk berubah... Suka sgt tgk citer2 dia dl....
Quote mama_neko 26-8-2021 01:08 PM
eh.. eh... 3 dah anak dia... pas dia beranak yang first tu, lama dia tak preggy, nampak happy ngan laki baru dia.. suka tgk dia..

Lihat semua komen(11)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 11:17 AM GMT+8 , Processed in 6.145051 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top