Tindakan obses seorang wanita yang terlalu berjimat cermat mengundang pelbagai reaksi sehingga ada yang mengatakan ia sangat keterlaluan. Memetik laporan Mirror, wanita yang dikenali sebagai Kate Hashimoto mendedahkan tabiat peliknya yang sangat membenci untuk membelanjakan wangnya.
Walaupun menetap di New York iaitu salah satu bandar termahal di dunia, Hashimoto hanya membelanjakan AS$200 (RM850) sebulan untuk keperluan hariannya sedangkan purata kos untuk hidup di bandar itu adalah AS$1,341 (RM5,690). "Saya menetap di New York sejak tiga tahun lalu. Hidup di sini memerlukan perbelanjaan yang besar, jadi saya mencari jalan untuk menempuhnya.
“Jika saya perlu membelanjakan wang, saya cuba untuk mengelak dan seboleh-bolehnya hanya akan membayar dengan jumlah yang sedikit. “Saya tidak pernah membeli baju sejak lapan tahun lalu dan kali terakhir membeli seluar dalam pada 1998,” katanya menerusi program TLC’s Extreme Cheapskates. Tambahnya, ketika mencuci tangan di tandas awam, dia akan mengambil tuala yang disediakan dan menggunakannya berulang kali. Hashimoto juga tidak akan membelanjakan wangnya untuk membeli perabot sebaliknya hanya mendapatkannya di jalanan. Tilamnya juga diperbuat daripada beberapa lapisan tikar yoga dan menggunakan majalah sebagai meja makan. Dia juga tidak akan terlepas daripada pelbagai promosi dan hadir di mana-mana jualan yang membolehkannya untuk mendapatkan produk mandian. Lebih mengejutkan, dia juga tidak akan berbelanja untuk makanan dan hanya mendapatkan sisa-sisa dan lebihan makanan daripada restoran dan pasar raya. -CARI Sumber: mStar Online
|
Buritan replied at 23-8-2021 12:05 PM
Kalo aku duk new york pun aku beli spenda dgn bra je.. yg lain aku korek dr baju terpakai.. koh koh. ...
uda replied at 23-8-2021 12:32 PM
Yes, boleh beli drp tag sales or kat kedai salvation army or church pun selalu buat tag sales.
...
uda replied at 23-8-2021 12:32 PM
Yes, boleh beli drp tag sales or kat kedai salvation army or church pun selalu buat tag sales.
...
Buritan replied at 23-8-2021 12:42 PM
Tang perabot aku tak tau laa.. tang bajuuu yesss.. aku akan jd pengorek tegar. Koh koh
uda replied at 23-8-2021 12:51 PM
I pernah ambil sofa 1 seater tepi jalan dan barang mainan . Bersih lagi sofa tu.
Mainan selalu be ...
Buritan replied at 23-8-2021 01:02 PM
Depa kan suke buat store sale ape tah dr rumah je kan.. jual barang yg depa tak mo..
Sis duk ma ...
Buritan replied at 23-8-2021 01:02 PM
Depa kan suke buat store sale ape tah dr rumah je kan.. jual barang yg depa tak mo..
Sis duk ma ...
uda replied at 23-8-2021 01:09 PM
Newington, Connecticut, USa
uda replied at 23-8-2021 01:10 PM
Di New England ni panggil tag sale. Tempat lain panggil garage sale. Europe panggil flea market.
any42 replied at 23-8-2021 12:56 PM
kli terakhir bli seluar dlm tahun 1998? smpai skrng xreput lusuh blubang2 ke
any42 replied at 23-8-2021 12:56 PM
kli terakhir bli seluar dlm tahun 1998? smpai skrng xreput lusuh blubang2 ke
uda replied at 23-8-2021 12:51 PM
I pernah ambil sofa 1 seater tepi jalan dan barang mainan . Bersih lagi sofa tu.
Mainan selalu be ...
ADVERTISEMENT