CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki England Tolak Troli Dijangka Tiba Ke Mekah Sebelum Musim Haji Tahun Depan

19-8-2021 10:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2371| Komen: 13

Seorang lelaki dari England menjadi sensasi internet kerana melakukan misi untuk mengerjakan haji di kota suci Mekah dengan berjalan kaki secara solo sejauh 6,437 kilometer, lapor portal berita Birmingham Mail kelmarin.


Adam Mohammed yang berasal dari bandar Wolverhampton,  melakukan misi tersebut dengan hanya berbekalkan sebuah ‘troli’ yang dibinanya sendiri yang berfungsi sebagai ‘rumahnya’.


Kredit foto: UGC

Troli seberat 200 kilogram hingga 250 kilogram itu mengandungi makanan dan peralatan memasak serta akan menjadi tempat tidurnya untuk pengembaraan selama setahun itu.

Berdasarkan akaun TikToknya, @peacejournyfromuktomecca, Adam memulakan perjalanannya pada 2 Ogos lepas. Pada awal minggu ini, seorang pengguna memberitahu bahawa dia meihat  lelaki itu berjalan di  bandar Coventry, England.

Ketika melalui negara itu sahaja, Adam berjaya mengumpul lebih 400,000 pengikut di TikTok dan 2.8 juta tanda suka daripada pengguna yang kagum dengan semangatnya.


Meskipun terpaksa meninggalkan isteri dan dua anaknya, lelaki itu tetap bersemangat tinggi dan berkongsi kisah perjalanannya setiap hari secara live.

Ketika dalam perjalanan, dia turut menerima pelbagai  bantuan termasuk makanan daripada penduduk setempat selain sumbangan wang tunai daripada orang ramai yang dibuat menerusi  kutipan dana.

Berdasarkan keterangan pada laman web kutipan dana tersebut, seorang individu yang pernah bercakap dengan Adam memberitahu, lelaki itu melakukan misi tersebut bukan kerana wang atau populariti.

“Dia ingin memberitahu kepada semua orang di seluruh dunia bahawa kita semua adalah sama dan tiada sesiapa yang lebih baik daripada orang lain,” katanya.

Adam dijangka tiba di Mekah sebelum musim haji pada tahun 2022.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-8-2021 10:19 PM
Kalau dia boh basikal.. Lagi cepat sampai..
Quote MissyMolly 19-8-2021 10:32 PM
Aku yg pemalas ke dia yg terlebih rajen nih? Smg sampai bang. Jgn putus asa ye!!
Quote TeropongThaico 19-8-2021 10:33 PM
Takkan dia nak tolak dengan tangan gitu je?
Quote edayildiz 19-8-2021 10:36 PM
nape xsambung jd motor je bang..semoga abg ni sampai dgn slmt ye nnti..takde sjr pulak ye kt sana..kan covid ni.
Quote caca_eric 19-8-2021 10:42 PM
edayildiz replied at 19-8-2021 10:36 PM
nape xsambung jd motor je bang..semoga abg ni sampai dgn slmt ye nnti..takde sjr pulak ye kt sana..k ...

Klau motor nanti kena ada roadtax kat setiap negara tak..

Tp berat betul troli tu..
Quote edayildiz 19-8-2021 10:55 PM
caca_eric replied at 19-8-2021 10:42 PM
Klau motor nanti kena ada roadtax kat setiap negara tak..

Tp berat betul troli tu..

xtau la chuols..xpeenah pulak naik mitor keliling dunia..tp heols lalu jalan mana? kena turun p belah turki dulu ke?
Quote JunkMail 19-8-2021 10:57 PM
edayildiz replied at 19-8-2021 10:36 PM
nape xsambung jd motor je bang..semoga abg ni sampai dgn slmt ye nnti..takde sjr pulak ye kt sana..k ...

Kalau bermotor kena ada carnet de passage nak cross negara2 teluk tu susah.
Tapi ni besor sangat troli nya bawa apa sampai 200kg bang??
Quote edayildiz 19-8-2021 11:01 PM
JunkMail replied at 19-8-2021 10:57 PM
Kalau bermotor kena ada carnet de passage nak cross negara2 teluk tu susah.
Tapi ni besor sangat ...

oh kena byr jgk la kn..tp berat tu..xtau bila nk sampai..sblm ni pnh baca ngn muto jer
.
Quote Nenolen 19-8-2021 11:04 PM
Semoga dipermudahkan urusan. Amin.
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 11:25 PM
Gigih tapi moga urusan heol dipermudahkan
Quote any42 19-8-2021 11:27 PM
semoga selamat smpai ke destinasi
Quote matchstick 20-8-2021 08:35 AM
Berat troli tu..agak2 smpt kurus tak brader ni sblm sampai mekah. Balik nt bini terkejut tgk laki nye dh kurus sado
Quote ahlisihircute 20-8-2021 09:11 AM
Semoga dipermudahkan urusannya...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top