CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kena Merangkak Nak Masuk Warung, Kalau Runtuh Macam Mana?

19-8-2021 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3045| Komen: 12

Description: Sebuah warung tepi pantai di kota Jogjakarta menjadi tular di media sosial kerana keunikannya yang berada di celahan batu besar sehingga memaksa pelanggan yang ingin menjamu selera merangkak untuk mas ...
Sebuah warung tepi pantai di kota Jogjakarta menjadi tular di media sosial kerana keunikannya yang berada di celahan batu besar sehingga memaksa pelanggan yang ingin menjamu selera merangkak untuk masuk, lapor portal berita Liputan 6 hari ini.


Menerusi rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, laluan masuk ke warung di Pantai Sadeng tersebut  sempit dan memerlukan pengunjung untuk merangkak dan menunduk.


Kreedit foto: TikTok

“Ada warung yang dibina di bawah batu. Perlu merangkak jika ingin masuk,” kata keterangan video tersebut.

Selepas masuk ke bahagian dalam, barulah pengunjung boleh berdiri seperti biasa dan duduk menikmati makanan yang sering dijual di tepi pantai.

Video yang dimuat naik itu menjadi tular dan menerima lebih tiga juta tontonan dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum dan takut melihatkan keadaan warung tersebut.




“Tidak dapat dibayangkan jika tiba-tiba ia runtuh,” komen seorang pengguna.

“Di Indonesia, semuanya boleh. Di darat, laut, gunung atau udara,” komen seorang lagi.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote any42 19-8-2021 11:36 PM
smpai je kt dlm dh kenyang dgn pasir msuk mlut
Quote ninnamina 19-8-2021 11:47 PM
Makan kenyang2 lepastu x larat nak menunduk time keluar nanti
Quote che-cikL 20-8-2021 12:52 AM
Mungkin ada pintu lain juga kut tak?
Quote anony-mous 20-8-2021 09:59 AM
Kesian org gemok x dpt merasa makan kat situ
Quote kucingitam 20-8-2021 10:29 AM
ni yg org kata...nak makan pun susah..
Quote Ciktiekus 20-8-2021 06:40 PM
Pelik2 aje..janji viral..
Quote Supersirap 21-8-2021 04:07 AM
Aneh2 je tempat makan tersebut, kalau Port main sabung ayam lain cerita
Quote mijot 21-8-2021 05:55 AM
kt indo byk kedai yg pelik2...
seronok gi jjcm kt indo..
Quote kakikuDibibirmu 21-8-2021 04:49 PM
Wahai batu belah batu bertangkup telanlah aku, aku kempunan nak makan telur ikan tembakul
Quote Burong_Hantuk 21-8-2021 05:56 PM
Mcm meriah jahh
Quote Burong_Hantuk 21-8-2021 05:56 PM
Mcm meriah jahh
Quote puanbintang 13-12-2021 03:21 PM
gigih benar ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055688 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top