CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir Dekat Gunung Jerai Bukan Akibat Pembalakan Katanya

19-8-2021 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14413| Komen: 153

YAN – Banjir yang berlaku di beberapa kawasan dekat Gunung Jerai di sini hari ni bukan berpunca daripada aktiviti  pembalakan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tiada pembalakan berlaku di kawasan itu.


“Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana kawasan itu telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

“Sebaliknya kejadian itu berlaku akibat fenomena kepala air yang turut membawa kayu-kayu balak berikutan arus terlalu deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Foto: Bomba

Kejadian banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.


Selain itu, berlaku juga kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai yang mengakibatkan beberapa individu cedera manakala beberapa orang lagi dilaporkan terperangkap di atas gunung tersebut.

Kejadian itu dipercayai merupakan yang terburuk pernah dialami di kawasan tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelana36 19-8-2021 08:17 AM
Kayu kayu balak tu menumbangkan diri sendiri ker apa.. kalau tak kerana pembalakan air tu tak la macam teh tarik warnanya,,
Quote bulalof 19-8-2021 08:18 AM
boleh percaya ke alasan MB ni?
Quote cap_ayam 19-8-2021 08:26 AM
Penduduk kampung menafikan ada pembalakan. Hmmm.. teringat dulu insiden hampir sama berlaku di Gunung Pulai, Johor. Habis kampung kat kaki gunung tu kena sapu dek air.. Dan ada pembalakan pun berlaku kat situ.. cuma tak tau le halal ke haram..
Quote zamzam 19-8-2021 08:37 AM
Pernah naik sampai atas gunung jerai? Jln atas ngam2 untuk sebiji kereta kat selekoh2 siap kena tekan hon. Celah mana lori balak nak turun naik tiap hari. Unless angkut balak guna helikopter tu aku tak tahu lah. Jiran aku buat project menara telekomunikasi kat puncak tu dan kekadang aku ikut dia ke sana.
Quote Acikgomen 19-8-2021 09:00 AM
zamzam replied at 19-8-2021 08:37 AM
Pernah naik sampai atas gunung jerai? Jln atas ngam2 untuk sebiji kereta kat selekoh2 siap kena teka ...

Ko ingat tu je ke jalan nak naik pi gunung jerai tu
Quote kotakominami 19-8-2021 09:10 AM
Bukan pembalakan ye? Hmmm.....abih tu balak balak tu dtg dr mana? Kawasan hutan simpan sepatutnya ada pokok2 yg berfungsi sebagai tadahan air......bila ujan lebat takkan selaju tu air melimpah...tgoklah kaler air tu........kesian kt penduduk kg......rugi beribu robu alih2 nanti dpt beras, minyak, sadin je
Quote zamzam 19-8-2021 09:16 AM
Acikgomen replied at 19-8-2021 09:00 AM
Ko ingat tu je ke jalan nak naik pi gunung jerai tu

Ya mungkin ada jalan lain yg aku tak tau. Kalau kau tahu sila buktikan jalan mana ceruk mana. Silakan berkongsi. Kami  di sg petani ni xtau. Kawan2 aku yg tinggal di yan sg limau gurun kaki gunung jerai tupah merbok tak pernah citer ada jln lain untuk pembalakan. Mungkin dorang ada masalah penglihatan.
Quote kakikuDibibirmu 19-8-2021 09:34 AM
Bukan ke Nabi Adam turun dekat Gunung Jerai katanya
Quote axl_bach 19-8-2021 09:36 AM
zamzam replied at 19-8-2021 08:37 AM
Pernah naik sampai atas gunung jerai? Jln atas ngam2 untuk sebiji kereta kat selekoh2 siap kena teka ...

Tu laluan awam tu utk ke puncak.  Xtau lah ada pembalakan ke x yg tu tgu siasatan tp biasanya kalau ada pembalakan dorg akn buat laluan lain
Quote cyber_mania 19-8-2021 09:36 AM
Harap nya dia xtipu la ye MB Kedah ni.
Dikatakan taburan hujan kali ni luar biasa dpd selalu tu yg jadi mcm tu. Ntah la boleh percaya ke tidak

Apa pun kebinasaan terjadi atas sebab tangan2 manusia juga
Quote Acikgomen 19-8-2021 09:51 AM
kelana36 replied at 19-8-2021 08:17 AM
Kayu kayu balak tu menumbangkan diri sendiri ker apa.. kalau tak kerana pembalakan air tu tak la mac ...

Boleh CSI gambaq kayu balak yg tegolek2 tu adakah tecabut dan patah secara alami atau ada bekas gergaji
Jeng jeng jeng
Quote testly 19-8-2021 09:57 AM
Ni sbb dok tgk org share satellite view dr google maps lah ni.. kwsn kuari kot yg mcm ditarah tu..atas gunung jerai mungkin betul xde.. aku xpenah sampai belah gunung jerai lg..
Kdg klau hujan berterusan 2-3 hari n setiap kali hujan lama baru berenti, tanah xdpt tampung kapasiti air hujan tu, end up air bertakung lama turun n jd tanah runtuh, mungkin pokok semua tumbang lah, kata hutan simpan confirm ada pokok yg dah mati n mcm2,  lgpun nampak mcm bukanlah btg balak besar pun dlm gambar(tapi xtaulah in real besar mana). Sebab tu juga air yg turun tu berlumpur sbb ada tanah runtuh semua,  bukan air jernih sejernih kristal tu, adoiii lah.... Kat luar negara banjir pun airnya keruh...
Aku percaya ja xdak aktiviti pembalakan belah situ... Kedah bukan byk sgt pembalakan pun...klau x, mesti lama dah kaya.
Quote zamzam 19-8-2021 09:58 AM
Edited by zamzam at 19-8-2021 10:01 AM
axl_bach replied at 19-8-2021 09:36 AM
Tu laluan awam tu utk ke puncak.  Xtau lah ada pembalakan ke x yg tu tgu siasatan tp biasanya kala ...


Kat atas tu mmg ada air terjun dan tadahan hujan. Dulu selalu pi ambik angin di jerai hill resort sambil mandi air terjun. Pegawai hutan dah sahkan xder pembalakan harap2 betul. Dua tiga hari ni mmg hujan lebat sgt di kedah. Tp still nak tau ada tak jln alternative untuk pembalakan.
Quote julia5094 19-8-2021 10:41 AM
zamzam: Ya mungkin ada jalan lain yg aku tak tau. Kalau kau tahu sila buktikan jalan mana ceruk mana. Silakan berkongsi. Kami  di sg petani ni xtau. Kawan2 ak ...

Kalau ikut pandangan atas google map...memang gondol dah gunung tu. Memang biasa takkan loti balak nak naik laluan sama dengan kenderaan biasa..
Quote julia5094 19-8-2021 10:47 AM
julia5094 replied at 19-8-2021 10:41 AM
Kalau ikut pandangan atas google map...memang gondol dah gunung tu. Memang biasa takkan loti balak ...

Tapi tak tau la org share tu tempat lain..kena pastikan jugak berapa jauh dari kawasan tu...kesian, ada satu mayat yg katanya kena hempap dengan kayu balak..
Quote pearl.silver 19-8-2021 10:51 AM
julia5094 replied at 19-8-2021 10:41 AM
Kalau ikut pandangan atas google map...memang gondol dah gunung tu. Memang biasa takkan loti balak ...

Bole share sini screenshot maps.
Quote zamzam 19-8-2021 10:59 AM
julia5094 replied at 19-8-2021 10:41 AM
Kalau ikut pandangan atas google map...memang gondol dah gunung tu. Memang biasa takkan loti balak ...


Gambar google tu kuari kat bawah. Bukan atas gunung jerai.
Quote kemaruk 19-8-2021 11:05 AM
HAARP lettew
Quote darkness 19-8-2021 11:07 AM
Pernah dulu di kampung hujan ssngat lebat, berlaku kepala air yg sangat besar juga..menakutkan bila ingat balik

Lihat semua komen(153)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.132203 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top