CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berebut Nasi Kotak, Anggota Unit Polis Sampai Bertumbuk Bergaduh

19-8-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1965| Komen: 3

Description: Surabaya: Hanya disebabkan nasi kotak, dua anggota Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) bergaduh sesama sendiri.
Surabaya: Hanya disebabkan nasi kotak, dua anggota Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) bergaduh sesama sendiri.

Kejadian itu berlaku selepas upacara memperingati Hari Kemerdekaan Indonesia ke-76 di Ronggosukowati, Pamekasan, Pulau Madura, kelmarin.


Kompas melaporkan seorang saksi di lokasi kejadian memaklumkan sebaik selepas acara berkenaan pihak urus setia mengagihkan nasi kotak kepada petugas.

Gambar Hiasan

Menurut saksi, ketika nasi kotak berkenaan diagihkan, seorang anggota mengambil lima nasi kotak.

Tindakan lelaki itu ditegur seorang lagi anggota Satpol PP yang memberitahu masih ramai petugas belum mendapat nasi itu.

Saksi berkata, teguran terbabit menyebabkan anggota berkenaan mengajak rakan setugasnya itu bergaduh.


"Rakan setugasnya itu yang diajak bergaduh kemudian memukul anggota berkenaan sehingga tercetus pergaduhan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 19-8-2021 07:56 AM
Menurut saksi, ketika nasi kotak berkenaan diagihkan, seorang anggota mengambil lima nasi kotak.


tamak atau ambil utk rakan?
Quote kakikuDibibirmu 19-8-2021 07:56 AM
Sudabaya pun mau gaduh-gaduh
Quote miznora 19-8-2021 07:57 AM
Ambik 5 nak tapau untuk anak bini sekali ke. Atau ambikkan kawan2 lain

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046156 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top