Selari dengan pembukaan semula 11 sektor di negeri Fasa 1, chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Cef Wan tidak terlepas daripada menyatakan perasaan terujanya. Walaupun banyak sektor termasuk pusat beli-belah kembali beroperasi, Cef Wan meminta orang ramai untuk sama-sama membantu peniaga. Ujarnya walaupun tidak terdesak untuk berbelanja, tetapi membantu dengan membeli daripada mereka dapat memulihkan semula ekonomi. Tambahnya, keterujaan terhadap pembukaan pelbagai sektor boleh menyebabkan ramai terlupa dan tidak patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Dia juga menggesa setiap individu menjaga dan menghormati hak asasi manusia. Kongsinya lagi, jika ada individu yang sakit atau memiliki anak yang lemah sistem imun, sebaiknya mereka tidak merisikokan diri sendiri serta ahli keluarga dengan keluar rumah. Cef Wan juga menasihati agar setiap orang bertanggungjawab dan tidak memntingkan diri sendiri sehingga mendatangkan bahaya pada orang lain. Sumber: Murai
|
TabletSusu replied at 18-8-2021 01:20 PM
tiap tahun ke chepwan beli baju basahan?
aku ni selagi bleh pakai aku pakai, yg lusuh tu lah yg sed ...
arffa replied at 18-8-2021 06:58 AM
Dia kaya kot, kita yang marhaen mmg beli kalau dah teruk kot condition dengan harapan benda kat da ...
TabletSusu replied at 18-8-2021 03:25 PM
kaannnnn. huntong sgt jadi org kaya
aku ni.. baju basahan aku adalah tshirt2 running event yg aku ...
arffa: Dia kaya kot, kita yang marhaen mmg beli kalau dah teruk kot condition dengan harapan benda kat dalam takde sapa tengok
ADVERTISEMENT