CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas Tiga Tahun Di Suria FM, Kini Issey Bergelar Deejay Gegar FM

16-8-2021 05:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6506| Komen: 41

Description: Pelakon, Pelawak dan Bekas penyampai radio segmen Team Pagi Suria, Issey Fazlisham, 34, membuat keputusan tidak menyambung kontrak bersama stesen Suria FM pada Julai lalu selepas tiga tahun berkhidmat ...



Pelakon, Pelawak dan bekas penyampai radio segmen Team Pagi Suria, Issey Fazlisham, 34, membuat keputusan tidak menyambung kontrak bersama stesen Suria FM pada Julai lalu selepas tiga tahun berkhidmat.

Baru menamatkan kontrak di radio Suria FM pada 31 Julai lalu, kini Issey atau nama sebenarnya, Issey Mat Hussin kembali bertugas menemani pendengar namun telah berubah angin ke stesen radio Gegar FM.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya semalam, Issey  dengan rasminya mula bersiaran ditemani rakan penyampai, Shah mengendalikan slot Gegar Pagi dari hari Ahad sehingga Khamis.

“Bismillahirrahim. Hari ni bermula satu perjalanan baru dalam hidup saya. Issey mula bersiaran di @gegar.my dalam segmen Gegar Pagi bersama @shahgegar,” tulisnya.


 
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah buat Issey sempena bertugas di tempat yang baru. Turut kelihatan komen dari Ajak Shiro yang merupakan pelawak popular dan juga rakan lama Issey yang masih kekal bertugas di Suria FM bersama Fizi Ali.


Terdahulu, sebelum menyertai Team Pagi Suria, Issey pernah bergelar penyampai radio Hot FM mengendalikan segmen Jam Hot selama dua tahun pada 2016, sebelum dilamar stesen Suria FM dan kini di Gegar FM.


Tahniah Issey, selamat bertugas dan diharapkan dapat menghiburkan pendengar setia Gegar FM yang kebanyakannya tertumpu kepada pendengar di negeri Pantai Timur. 


Maklumlah, Issey pun berasal dari Kelantan, jadi mungkin lebih selesa jika berinteraksi dengan pendengar yang menggunakan loghat dan budaya yang sama. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 16-8-2021 07:09 AM
Aku dah berzaman tak dengar radio.layan lagu pendrive je. Banyak sangat iklan, cakap merepek buat lawak tak lucu gelak sendiri
Quote mijot 16-8-2021 07:17 AM
radio sskjp..sewai lah
Quote annadonna 16-8-2021 07:20 AM
Eloklah radio pantai timur. Sesuai dgn lidah dia yg susah nak buang dialek tu
Quote takayama 16-8-2021 07:28 AM
dj perempuan gegar tu dah xde ke? lama dah x dgr gegar, lagu dia okay dan Penyampaian si shah dgn mek Zura pun okay xdelah melawak merepek meraban
Ni dah msk pelawak plk
Quote MrsVeneer 16-8-2021 07:57 AM
Doh mek zura gi manne? Jeng ah
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 10:17 AM
haaa da pulang pun issey ke ganggang.
Quote MISZZZ 16-8-2021 10:21 AM
elok la tu bru kena dgn lidah dia kan,
Quote wanawina 16-8-2021 10:32 AM
mmg gegar ni radio pantai timur ke? patutla meols dulu2 masa naik bas pegi pantai timur, pacik bas akan pasang channel ni. thr gegar. sama ke?
Quote Cleocatra 16-8-2021 10:55 AM
Aku pernah la bukak gegar ni
Banyak pendengar sskjp kol, tak paham apa cakap
Ganu pun ada
Yang tak bole blah ada main lagu dikir barat
Neelopa tak nak try ke jadi dj gegar

Quote belacan_gurl 16-8-2021 11:59 AM
Sesuai lah...dok ckp bahasa kelantan....mmg radio tu sesuai lah...maaf bukan aku x suka kelantan tapi agak2 ar...kecek kelate sesaja
Quote mamasaffiya 16-8-2021 12:09 PM
MrsVeneer replied at 16-8-2021 07:57 AM
Doh mek zura gi manne? Jeng ah

Kata pair ngan mek zura si Issey ni
Quote RatuDunia94 16-8-2021 12:27 PM
Pi mai pi mai tang tu..
Quote princessmiang 16-8-2021 12:28 PM
bingit nak mampos dia ni. menaympah tengok dia dalam icsyv. bajet bagus
Quote jajahoney 16-8-2021 12:46 PM


apa tu


Quote jajahoney 16-8-2021 12:48 PM
belacan_gurl replied at 16-8-2021 11:59 AM
Sesuai lah...dok ckp bahasa kelantan....mmg radio tu sesuai lah...maaf bukan aku x suka kelantan tap ...


dah nama pun thr gegar permata pantai timur tak kan cakap key ell pulak sis

Quote MrsVeneer 16-8-2021 12:54 PM
mamasaffiya replied at 16-8-2021 12:09 PM
Kata pair ngan mek zura si Issey ni

Dop. Mek gi ke segmen pukul 10. I is bosang dgn mat shah tu.
Quote MrsVeneer 16-8-2021 12:56 PM
wanawina replied at 16-8-2021 10:32 AM
mmg gegar ni radio pantai timur ke? patutla meols dulu2 masa naik bas pegi pantai timur, pacik bas a ...

Yup. Mmg target utk org pantai timur. Segar mata iols dengar org kecek tranung. Issey is sireh pulang ke gagang. Sis suke
Quote Mopiko 16-8-2021 01:17 PM
tak minat..baik ambil izzue islam
Quote Lavender_Violet 16-8-2021 01:24 PM
Memey dia dapat offer awal2 dah lah ni dari Gegar, tu sebab x nak sambung dgn SUria. Tapi meols suka dia pair dgn fizi ali & Ajak. Ada chemistry gak lah diorang

Tapi masalahnya ni memang nama sebenar dia ke

kini Issey atau nama sebenarnya, Issey Mat Hussin

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.393251 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top