CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Rasa Besi, Wanita Jadi ‘Manusia Magnet’ Selepas Terima Vaksin Pfizer

16-8-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2304| Komen: 7

Description: Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat mendakwa bahawa barangan besi melekat pada badannya seperti magnet selepas dia menerima suntikan vaksin Pfizer, lapor laman berita HuffPost semalam.
Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat mendakwa bahawa barangan besi melekat pada badannya seperti magnet selepas dia menerima suntikan vaksin Pfizer, lapor laman berita HuffPost semalam.


Amelia Miller  yang ditemu bual dalam saluran berita One America News berkata, dia berubah menjadi ‘manusia magnet’ selepas menerima vaksin Covid-19 pada Jun lepas.


Kredit foto: Agensi

“Mulut saya mula berasa seperti rasa besi yang amat kuat.

“Saya kemudianya teringat akan beberapa laporan sebelum ini bahawa terdapat sebilangan orang yang mendakwa mereka mempunyai kebolehan magnetik selepas menerima suntikan vaksinasi.

“Pada awalnya, saya tidak mempercayainya kerana menyangkakan kesemua video itu satu penipuan  dan orang melakukannya kerana ingin mendapatkan populariti dalam  media sosial,” katanya.


Bagaimanapun, gadis itu mendakwa, dia secara tiba-tiba boleh melekatkan pelbagai jenis besi pada kulitnya dan dalam beberapa minit, dia dapat merasa seperti rasa besi di dalam mulutnya.

Ketika ingin menunjukkan kebolehan magnetiknya dalam sesi temu bual tersebut, Miller berjaya melekatkan sekeping besi pada badannya, namun malangnya, besi kedua terjatuh.

Pembaca berita yang menemu bualnya, Dan Ball kemudiannya secara spontan mengakui dia tidak tahu bagaimana untuk memberi respons kepada aksi Miller itu.

“Saya hilang  kata-kata dan ingin menamatkan temubual ini setakat ini.

“Saya mengucapkan terima kasih atas cerita anda kerana terdapat lebih banyak maklumat di luar sana dan orang ramai bertanya mengenai kesahihan video tersebut serta bagaimana ia boleh berlaku,” ujar Ball.

Dalam pada itu, saintis-saintis memberitahu bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa vaksin Covid-19 boleh menjadikan seseorang itu magnetik.

Sekiranya keadaan itu berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh keadaan kulit yang melekit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 16-8-2021 07:20 AM
[youtube]7tY9E2Pmnq8[/youtube]
Quote susukambingbest 16-8-2021 08:30 AM
Lps member iol laki bini yg vaksin sinovac buat eksperimen ni mnjadi. Sudu garfu melekat lpas vaksin tu. Hsbennya buat lps smpai umah n wife nya buat slps dah siap mndi. 2,2 pun melekat. iol pun try buat tp xmelekat. Msa tu iol dah 2 ari vaksin. 2nd dos lps blik dr vaksin, i cpt2 try lg isi sudu, hasilnya melekat uol. Tp ada rasa sakit mcm mncucuk, tndak blas tmpat vaksin n sudu tu, trus i sgera cabut sudu. N x ulang dah. Selang bbrapa jam lbih kurg 5 jam los tu, i try lg tp hasilnya dah xmelekat n dah xde rasa tndak blas kt tmpat vksin tu dgn sudu. Skjp je la melekatnya. Mgkin dm trmpoh 2,3 jam lps vaksin. Review jujur dr iol
Quote CARI-MRO 16-8-2021 08:47 AM
Seorang wanita dari California, Amerika Syarikat mendakwa bahawa barangan besi melekat pada badannya seperti magnet selepas dia menerima suntikan vaksin Pfizer, lapor laman berita HuffPost semalam.


Amelia Miller  yang ditemu bual dalam saluran berita One America News berkata, dia berubah menjadi ‘manusia magnet’ selepas menerima vaksin Covid-19 pada Jun lepas.




Kredit foto: Agensi




“Mulut saya mula berasa seperti rasa besi yang amat kuat.


“Saya kemudianya teringat akan beberapa laporan sebelum ini bahawa terdapat sebilangan orang yang mendakwa mereka mempunyai kebolehan magnetik selepas menerima suntikan vaksinasi.


“Pada awalnya, saya tidak mempercayainya kerana menyangkakan kesemua video itu satu penipuan  dan orang melakukannya kerana ingin mendapatkan populariti dalam  media sosial,” katanya.


Bagaimanapun, gadis itu mendakwa, dia secara tiba-tiba boleh melekatkan pelbagai jenis besi pada kulitnya dan dalam beberapa minit, dia dapat merasa seperti rasa besi di dalam mulutnya.


Ketika ingin menunjukkan kebolehan magnetiknya dalam sesi temu bual tersebut, Miller berjaya melekatkan sekeping besi pada badannya, namun malangnya, besi kedua terjatuh.


Pembaca berita yang menemu bualnya, Dan Ball kemudiannya secara spontan mengakui dia tidak tahu bagaimana untuk memberi respons kepada aksi Miller itu.


“Saya hilang  kata-kata dan ingin menamatkan temubual ini setakat ini.


“Saya mengucapkan terima kasih atas cerita anda kerana terdapat lebih banyak maklumat di luar sana dan orang ramai bertanya mengenai kesahihan video tersebut serta bagaimana ia boleh berlaku,” ujar Ball.



Dalam pada itu, saintis-saintis memberitahu bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa vaksin Covid-19 boleh menjadikan seseorang itu magnetik.


Sekiranya keadaan itu berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh keadaan kulit yang melekit. -CARI


Sumber: Kosmo
Quote pukulrata 16-8-2021 10:40 AM
manusia magnet...kat kopek pun melekat ke sbb melekit ?
Quote RatuDunia94 16-8-2021 12:23 PM
susukambingbest: Lps member iol laki bini yg vaksin sinovac buat eksperimen ni mnjadi. Sudu garfu melekat lpas vaksin tu. Hsbennya buat lps smpai umah n wife nya buat  ...



Iols dpt sinovac try lekat sudu x boleh pun.. dua2 dos buat pun x melekat.
Quote anony-mous 16-8-2021 12:35 PM
susukambingbest replied at 16-8-2021 08:30 AM
Lps member iol laki bini yg vaksin sinovac buat eksperimen ni mnjadi. Sudu garfu melekat lpas vaksin ...

Mgkin uols antara yg terpilih utk dijadikan experiment oleh NWO
Quote _blackbird 17-8-2021 12:03 AM
RatuDunia94: Iols dpt sinovac try lekat sudu x boleh pun.. dua2 dos buat pun x melekat.



Siapa yg experiment sudu melekat ngan claim jadi iron man ke magneto tu satu je iols nak ckp dia mmg bangang.. sudu yg kita guna utk makan tu kat buat dari stainless steel, silver atau gold bg yg kaya. Sejak bila pula metal jenis ni melekat pada magnet. Kalau guna gam atau double side tape tu iols percaya juga melekat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.457497 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top