Azwan Ali atau lebih popular sebagai Diva AA merupakan pengacara terkenal yang tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi kerana "bermulut laser". Terbaru, nama pengacara berusia 55 tahun itu sekali lagi menjadi buah mulut dan menjadi sasaran kecaman netizen apabila didakwa biadap dan seolah mempermainkan agama apabila diajukan soalan mengenai malaikat Munkar dan Nakir. Menerusi video yang dikongsikan di Twitter Que Sign No Vek yang mana merupakan video "podcast" terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO, Azwan ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, "Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir"
Dengan bersahaja Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dan disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut. "Aku akan "sound" Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu," jawabnya selamba. Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai dan turut di muat naik oleh personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya di Instagramnya yang terkejut dengan soalan dan jawapan yang diberikan. "Lawak yg tak sesuai.tak kena tempat.yg jawab tu lagi lah.bila nk sedar tak tau..benda cmni di buat main.tak da akai btol" tulisnya. Selain Fedtri Yahya, beberapa rakan artis turut terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Azwan. Video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara tersebut. Netizen yang kurang senang dengan soalan yang diberikan dan juga jawapan biadap pengacara itu turut berharap Azwan Ali akan segera bertaubat. Diharapkan perkara-perkara mengenai agama janganlah dipersenda atau dijadikan bahan jenaka kerana ia amat sensitif serta berkait dengan soal akidah. - CARI |
siq replied at 15-8-2021 01:39 AM
boleh tak banned je so-called diva aa ni? its not funny anymore, but eh, memang tak pernah funny pun ...
prettyuglybabe: abis yang satu retis tu kata malaikat pun malas nak soal bini dia tu apa pulak?
prettyuglybabe replied at 15-8-2021 01:30 AM
abis yang satu retis tu kata malaikat pun malas nak soal bini dia tu apa pulak?
aduh2sayang replied at 15-8-2021 01:58 AM
sedap la nak melawak macam tu sebab hidup masih senang dan masih sihat walafiat. jgn sampai Allah mu ...
ADVERTISEMENT