CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cik Manggis Dedah Detik Penghijrahannya

14-8-2021 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5247| Komen: 25

Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis, 31, mendedahkan dia telah melalui proses penghijrahan lebih awal sebelum membuat keputusan untuk berhijab sekitar Februari tahun lalu.

Empunya nama sebenar Nurshazwani Samsuddin ini menceritakan proses penghijrahannya itu ketika tampil dalam rancangan The Amin Idris Show yang dikelolakan pakar motivasi terkenal, Amin Idris.

Katanya, sejak dahulu dia sudah merancang dan memulakan perubahan dalam dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Kredit foto: IG

“Dari awal lagi saya cuba untuk menjadi seorang yang lebih baik, tidak semestinya dengan bertudung.

“Setiap hari saya berhijrah sedikit demi sedikit. Daripada seorang yang kurang sabar kepada yang lebih penyabar.


“Sampaikan satu masa tiba-tiba saya rasa nak bertudung, jadi saya pakai sahajalah,” katanya.



Bercerita lanjut, Cik Manggis mengakui ramai yang tidak menyedari perubahan awal dalam dirinya sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berhijab.

“Mungkin penghijrahan lain orang tidak nampak. Oleh kerana berhijab ini sesuatu yang ketara barulah orang melihat penghijrahan saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini memberitahu niat berhijab itu sudah dipasang sejak awal namun terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu.



“Sebenarnya ada satu masa itu saya sudah merancang untuk berhijab. Tetapi terpaksa dilupakan kerana terikat dengan kontrak yang sudah dipersetujui dengan sebuah jenama. Saya rasa tidak adil untuk mereka.

“Sebaik tamat tempoh (kontrak) saya tidak banyak bercakap. Kebetulan ketika itu saya dalam proses menyiapkan sebuah kandungan (media sosial) yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada bulan seterusnya.




“Saya berkata, macam mana kalau tidak pakai (tudung) sekarang. Jadi ketika itu juga saya terus bertudung,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roserouen 14-8-2021 03:21 PM
Iols suka tgk rumah sheols. Kitchen lawa.
Quote Skuau 14-8-2021 03:37 PM
Memula td..igt ..penghijrahannya...dia dh tak terlibat lg ngn dunia 'artis meretis' ni.....rupanya hijrah hijab...(jer)
Quote SR4tahun 14-8-2021 04:16 PM
jadi? hmm noted with thanks je lah
Quote Whitepinkrider 14-8-2021 06:37 PM
muka dia mcm elia  di zaman kegemilangan.. ahahaha
Quote Fortiori02 14-8-2021 10:37 PM
Manis cik manggis ni bila berhijab
Quote Suchi 14-8-2021 11:02 PM
Kenapa nama dia cik manggis? Takde iras ngn manggis pun
Quote hyie 14-8-2021 11:49 PM
Suchi replied at 14-8-2021 11:02 PM
Kenapa nama dia cik manggis? Takde iras ngn manggis pun

sheols cerita, masa zaman belajar kat uitm dulu, sheols duduk rumah sewa. So, dalam rumah tu ada 2 orang nama yang sama dengan sheols. So, untuk taknak bagi keliru, sheols letak nama cik manggis jerrr. Tapi kenapa pilih manggis tu iols lupelak...
Quote misuke 15-8-2021 12:06 AM
Cantiknya dia ni..nampak wangiii
Quote biozipstar 15-8-2021 12:08 AM
moga istiqamah! okay...............
Quote kiah_mai_pulak 15-8-2021 12:11 AM
cik manggis berhijrah jadi cik duku ke pulak?
Quote cha-cha 15-8-2021 12:15 AM
Manis betul senyuman hubby sheols i rasa cik manggisteen ni seorang yang cool
Quote barto 15-8-2021 12:38 AM
hyie replied at 14-8-2021 11:49 PM
sheols cerita, masa zaman belajar kat uitm dulu, sheols duduk rumah sewa. So, dalam rumah tu ada 2 ...

Sebab bola mata sheols bulat macam biji manggis katanya…ni tak silap iols dia memang cakap masa interview…gitew iols explain
Quote auntyonion 15-8-2021 07:54 PM
Ok baiklah nexttt {:shy
Quote woven11 15-8-2021 08:00 PM
Mcm jadi wajib pulak artis bila baru bertudung kena cerita detik2 penghijrahan.. Lain la kalau betul2 bertudung litup tinggal semua benda lagha macam mizznina tu… pelik iols…
Quote cmf_premierleag 15-8-2021 08:07 PM
aku rs dlm defam manggis je la nmpk wangi sket
yg azira dgn sofea tu mcm busuk sket.plg busuk si azira la.apsal tah
Quote cmf_premierleag 15-8-2021 08:08 PM
manggis ni kezen lailer riena diana tu kan
Quote rayray28 15-8-2021 08:11 PM
cmf_premierleag replied at 15-8-2021 08:08 PM
manggis ni kezen lailer riena diana tu kan

oh laa patot ada iras bila senyum tang mulut tuu
Quote cmf_premierleag 15-8-2021 08:13 PM
rayray28 replied at 15-8-2021 08:11 PM
oh laa patot ada iras bila senyum tang mulut tuu

umah nenek diorg kt selayang
sama kampung dgn atuk samsul usop sebegitu
Quote ElmoRed 15-8-2021 08:25 PM
Semoga istiqomah

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057952 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top