CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tujuh Tahun Masih Tak Glamour Elisya Sandha Dibanding-Bandingkan Dengan Fasha Sandha

13-8-2021 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13230| Komen: 101

Tidak keterlaluan andai dikatakan graf populariti pelakon, Elisya Sandha sekadar mendatar dan berada pada tahap statik.

Ibarat sugul dalam mekar, waima sudah memahat nama dan memberi salam perkenalan sejak hampir tujuh tahun lalu, namanya masih kurang menjadi sebutan


Momentum perjalanan karier seninya sebagai pelakon juga boleh dikatakan agak perlahan dan tidak mampu menandingi kehebatan kakak kandungnya, Fasha Sandha.

Foto: IG


Sering dijadikan perbandingan sejak mula menguak jendela seninya, Elisya akui langsung tidak pernah ambil hati apatah lagi menjadikan perbezaan tersebut sebagai asbab untuk angkat kaki meninggalkan dunia glamor.

Gadis kelahiran Pulau Pinang ini menyedari graf popularitinya yang hanya mendatar dan sedikit lewat untuk dikenali.

Menurut Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, dia juga tidak pernah berkecil hati dan menganggap takdir dan perjalanan rezeki setiap orang berbeza-beza.

“Bab populariti dan lambat naik tu memang saya tak dapat nak elak. Pada saya biarlah populariti itu datang sekali dengan bakat yang dianugerahkan.

“Biarlah saya membina tapak secara perlahan-lahan. Tak salah kalau lambat naik asalkan tidak juga cepat merudum,” katanya membuka kata bersama HibGlam.



Menyambung cerita, pelakon yang mula dikenali kehadirannya menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu memberitahu, impiannya untuk mempelbagaikan watak dalam lakonan musnah sekelip mata.

Jelas Elisya, sebagai anak seni pastinya dia mempunyai impian tersendiri untuk membawakan pelbagai watak, sekali gus membuktikan bakat sebenar yang dimiliki.

“Sejak tahun lalu, karier saya memang menurun dan merudum. Saya ada impian dan perancangan untuk membawakan pelbagai watak sekali gus menonjolkan kebolehan sendiri kepada umum.

“Tetapi disebabkan pandemik, impian tersebut musnah. Saya jenis suka cabar diri dan bereksperimen dengan watak yang dibawa.

“Setiap tahun saya ada letak sasaran untuk bawakan variasi watak termasuklah yang jauh lebih mencabar kemampuan diri sendiri,” katanya.



Tambah wanita berusia 22 tahun itu lagi, dia juga seperti anak seni lain yang kini tiada pilihan untuk berbuat apa-apa sementara semua aktiviti penggambaran terhalang disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, industri kini malap dan semua penggiat seni termasuk dirinya tidak dapat berkembang angkara Covid maut yang menerpa.

Tambah pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Bila Chacha Masuk Asrama pada 2014 itu, perkara tersebut secara tidak langsung akan membuatkan golongan sepertinya terpaksa bermula daripada bawah semula jika keadaan sudah kembali normal kelak.

Ditebak mengenai alternatif yang terpaksa dilakukan demi meneruskan kehidupan mendatang, Elisya mengakui dia masih ada tawaran lain yang boleh menyumbang pendapatan kepadanya.



“Walaupun sedikit terjejas dan tidak dapat menjalankan penggambaran, namun tawaran lain tetap kunjung tiba.

“Selain membuat ulasan berbayar dalam media sosial, saya juga aktif dengan kempen-kempen pengiklanan dan daripada situlah saya dapat jana pendapatan,” ujarnya.

Diaju pertanyaan mengenai majlis perkahwinannya bersama anak lelaki sulung penerbit dan pelakon, Sheila Rusly yang terpaksa ditunda dek pandemik, dia reda dengan perkara tersebut.

Akuinya, dia sebenarnya sudah lama dan benar-benar bersedia untuk melangkah ke fasa baharu, sekali gus bertukar gelaran menjadi isteri orang.

Namun, bak kata orang, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan, begitu jugalah yang perlu diterima Elisya dan tunangnya, Uzair Haqimy.



“Kalau cakap soal kecewa, ya memang kecewa dan ralat. Apa yang dirancang terpaksa ditunda dulu. Nak atau tak memang terpaksa ikutkan.

“Kalau bercakap mengenai persiapan, tiada sebarang persiapan besar-besaran dilakukan sebab kita sendiri pun tak tahu bila majlis pernikahan dan persandingan dibenarkan.



“Jadi tak mengapalah, biarlah keadaan reda terlebih dahulu. Nanti kalau dah okey semuanya, barulah kami bernikah,” katanya yang meminta untuk semua mendoakan urusannya dipermudahkan.

Berkongsi sedikit mengenai perkembangan terkini, Elisya memberitahu, naskhah terbaharunya, Hello, Jangan Tapau Cintaku kini sedang bersiaran menerusi slot Lestary TV3. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 13-8-2021 12:57 PM
well, weii, aku suka kau berbanding akak ko. pandai jaga diri dan lebih berbakat. tak bersuara doremon dan byk drama ko lebih sanggup akak tgk dek. pada mata akak, ko mmg glamer.
Quote fofuler 13-8-2021 01:00 PM
Eh dia dengan fasha bukan ke lain ayah? Awat binti hassan pulak
Quote Kurex 13-8-2021 01:19 PM
Nak gosip apa ni
Quote princessmiang 13-8-2021 01:24 PM
tbh lakonan dia way better than fasah.....tapi...bnyk amek job cte sendu.. cite production sis ketok yang cringe tu..skg cite kt tv3 minah tapau ke apa tah..incess tak tgk pon teman mak sambil main candy crush jah
Quote kalchi 13-8-2021 01:43 PM
Edited by kalchi at 13-8-2021 01:45 PM

Mmg lakonan dia lg ok dr fasha pun. Cuma mungkin dibandingkan kerana kakaknya mmg lawa dlu masa slim. Pastu banyak pulak gossp. Elisya pasni kawen dgn anak sis, semakin lah sendu
Quote scarflicious 13-8-2021 01:46 PM
Kakak byk gossip. Adiknya mmg berbakat. Jaga diri tau... Jgn gossip je lebih bakat entah ke mana.
Quote wirazam 13-8-2021 02:00 PM
Dia ni dulu bukan ke agak tinted..skrg nih dah putih..cuma kena cari drama or filem yg betui2 bagi impak la
Quote kucingitam 13-8-2021 02:02 PM
hebat je lakonan dia..takde la sendu mana, minat dedua. fasha pun berlakon hebat, sora ja gagal sket.
Quote aemon 13-8-2021 02:10 PM
elisya setakat ni xde gosip pelik2 mcm fasha remaja dulu...cuma dia dengan anak cyst jela.tp kakaknya mmg angel la sebab lawa dolukala.berlakon pon ok.suara tak aemon.

Pasha di awal kemunculan kaku juga berlakon. Rezeki dia sebab zaman tu dalam byk2 artis dia dgn kaka faz lawa. dan gosip dia x viral mcm netizen buat sekarang.
Quote umbut 13-8-2021 03:21 PM
Takpalah dikkkk.. Yg penting lakonan ko best mantap... Kakak ko kelebihan cantikkkk sampai jadi rebutan tapi suara doraemon lakonan pun biasa... Ko xda kontroversi dah nak kahwin. Bahagian masing2
Quote tembamgirl09 13-8-2021 03:30 PM
dah dapat anak penerbit nnt glemer la asyik muka yg sama je keluar kat drama2 tv
Quote ina_na 13-8-2021 03:43 PM
X glamour mcm kakak dia X pe..janji kau berlakon lg best dr kakak kau..perangai pun harap jgn berperangai mcm kakak kau zmn muda..puas kami ni membawang..hehehe..tapi aku suka lakonan adik dia ni dr kakak dia..
Quote kakakko 13-8-2021 03:47 PM
Berlakon memang best dia ni. Tak kaku. Bak kata forumer lain dari segi rupa tu pasya win lagilah.
Quote espritvin 13-8-2021 03:48 PM
walau tak glamour mcm fasha zaman dulu2, yg penting kau bagus berlakon dik...
Quote miracle_forever 13-8-2021 03:53 PM
fealefea replied at 13-8-2021 12:57 PM
well, weii, aku suka kau berbanding akak ko. pandai jaga diri dan lebih berbakat. tak bersuara dorem ...

sama ah.. dia berlakon lagi ok dari suara doraemon. 1st time tgk dia berlakon jadi kawan migha dlm drama pujaan hati kanda.. not bad. skrg bakal menantu cyst kan.. nnt byk la berlakon dgn production house mentua
Quote LadyCarefree 13-8-2021 03:54 PM
kalchi:    Edited by kalchi at 13-8-2021 01:45 PM  Mmg lakonan dia lg ok dr fasha pun. Cuma mungkin dibandingkan kerana kakaknya mmg lawa dlu masa slim. Pastu  ...


Bakal lakinya kerja apa?
Quote rayna_raynes 13-8-2021 03:55 PM
Dia ni rupa biasa2 tak macam fasha. Dlm adik beradik dia fasha je yg lawa gila
Quote Cik_jantung 13-8-2021 03:55 PM
Tak glemer takpe dikk.. yg penting job sentiasa ada. Zaman kakak ko dulu x ramai saingan mcm skrg. Medsos pun takdo..

Glemer meletop tapi takde job pastu merudum lagi sakit..  
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 04:22 PM
haihhhh genetik deme ni memang win sungguh

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045004 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top