Seorang pramugari tanpa rasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia untuk mempromosi Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK).
Lapor Daily Mail, pramugari yang mengenakan pakaian seragam syarikat penerbangan Emirates Airlines itu sempat mengukir senyuman sambil berdiri atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai. Pramugari itu sebenarnya merupakan penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial, Nicole Smith-Ludvik memegang beberapa plakad tertera ‘UAE dimasukkan dalam senarai hijau UK membuatkan kami berasa seperti berada di puncak dunia.. Fly Emirates.. terbang lebih baik’. Perjalanan ke Dubai bagi rakyat Britain ditangguhkan sejak awal tahun ini namun disambung semula selepas Pejabat Luar UK mengeluarkan UAE daripada senarai merah dan memasukkan negara itu ke senarai hijau pada Ahad lalu.
Ini bermakna pengunjung yang sudah menerima vaksin Covid-19 lengkap tidak perlu menjalani kuarantin selepas pulang bercuti dari UAE. Emirates Airlines berkongsi video promosi itu yang dirakam menggunakan dron dan memaklumkan perjalanan ke UK kini menjadi mudah selepas 8 Ogos. Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu Gulf Today, penggambaran di atas puncak menara itu sudah mendapat kebenaran dan dijayakan oleh beberapa organisasi tempatan. Sumber: Utusan
|
Scheherazade replied at 11-8-2021 12:31 PM
Heol! Mmg berani minah ni. Aku tgk klip making of tu pun dah rasa anxious, gayat. Dahla amik masa se ...
imanda: ya allah rs gayat smp nk gigil pdhal tgk video je pon. i is gayat wpon dr tgkat 1.. eiiii xgigil ke kaki dia, adoiii ngerinya.
ADVERTISEMENT