CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mereka Fikir Ambulans Kami Bawa Virus'

11-8-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1530| Komen: 1

Description: Seorang sami Buddha dan bekas pelaut adalah antara 'orang terbuang' yang terpaksa tinggal di bangunan terbiar di Myanmar dan dalam masa sama terus menabur bakti menguruskan jasad mangsa Covid-19.
Seorang sami Buddha dan bekas pelaut adalah antara 'orang terbuang' yang terpaksa tinggal di bangunan terbiar di Myanmar dan dalam masa sama terus menabur bakti menguruskan jasad mangsa Covid-19.

Bagaimanapun, keluarga mereka meminta mereka kekal di lokasi itu dan tidak mahu mereka pulang ke rumah.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 dikeruhkan dengan masalah penjagaan kesihatan yang serba kekurangan serta kebanyakan hospital kosong selepas kakitangan kesihatan menyertai protes besar-besaran terhadap junta tentera Februari lalu.

Thar Gyi, seorang daripada sukarelawan yang tinggal di bangunan itu, tidak pulang ke pangkuan keluarganya sejak hampir tiga bulan lalu selepas seorang pesakit yang dibawa menggunakan ambulans yang dipandunya dijangkiti Covid-19.


Kredit foto: AFP

"Sejak itu, keluarga meminta saya untuk tidak pulang ke rumah. Mereka menghantar beg ke sini," katanya kepada AFP di Taungoo yang terletak beberapa jam perjalanan dari Yangon.


Pasukannya mengendalikan perkhidmatan ambulans yang membawa pesakit dan jasad mangsa Covid-19 untuk proses pengebumian atau kremasi.

Pada waktu malam, mereka kembali ke bangunan terbiar itu untuk makan bersama, berehat dan bermain telefon bimbit.

Thar Gyi sepatutnya berada di laut atau membuat persiapan untuk berlayar di mana dia berjaya mendapat pekerjaan di firma perkapalan barat, namun pandemik menyebabkan pekerjaan itu terpaksa ditangguh.

Seperti kebanyakan anggota kumpulan lain, dia turut dijangkiti virus berkenaan dan sembuh, namun keluarganya masih enggan menerima kepulangannya dan memintanya meneruskan kerja menguruskan jasad mangsa Covid-19.

"Jika saya pulang, kami hanya akan berbual di pintu dan tidak akan masuk ke rumah.

"Mereka akan masak makanan yang saya mahu, namun mereka akan letakkan di pintu. Mereka tidak benarkan saya masuk ke rumah," katanya.

Kumara, yang menjadi sami selama 17 tahun, meninggalkan kuil untuk menubuhkan kumpulan sukarelawan ketika negara berkenaan dilanda gelombang ketiga Mei lalu.

Dia juga pernah dijangkiti Covid-19 dan terpaksa menjauhkan diri dari rakan-rakan di kuil.

"Orang tidak suka melihat ambulans diletakkan di hadapan rumah mereka. Mereka larikan diri dan menutup hidup. Mereka fikir ambulans kami membawa virus," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NekNgah 12-8-2021 03:19 PM
Stigma negative bila kurang pengetahuan.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.344204 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top