CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sedar Selepas Pembedahan Otak, Kini Izuan Fitri Dah Boleh Buka Mata

11-8-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2813| Komen: 13

“Adik sudah ada perkembangan positif.”

Itu perkhabaran gembira yang dikongsikan ibu pelakon Izuan Fitri yang sebelum ini tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan otak pada 5 Ogos lalu.


Nor Abdul Rani berkata, selepas empat hari, anak bongsunya itu sudah mula membuka mata dan memberi respons apabila disentuh namun masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Foto: Kosmo

“Alhamdulillah, adik (Izuan) dah boleh membuka mata dan bergerak sendiri tapi masih mamai macam tak faham apabila doktor suruh angkat tangan.

“Dia masih menggunakan topeng oksigen. Baru ambil darah untuk tengok tahap oksigen. Kalau okey doktor akan kurangkan oksigen, hari ini.


“Ujian imbasan juga tunjukkan bahagian otaknya semakin baik berbanding ketika mua-mula dimasukkan ke hospital. Sebelum ini anak mata sebelah besar, tetapi sekarang sudah sama,” kongsinya menerusi Facebook.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan bintang One Two Jaga dan Munafik itu bertarung nyawa di Hospital Selayang setelah tidak sedarkan diri sejak 31 Julai lalu selepas diserang sawan berikutan penyakit batuk kering yang dihidapi.

Abang kembarnya, Izuan Fikri, 19, memaklumkan adiknya dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan dan tidak sedarkan diri seperti orang tidur namun masih memberi reaksi jika disentuh.

Keadaan dialami pelakon itu disebabkan kuman tibi atau batuk kering yang dideritai sejak dua tahun lalu sudah merebak sehingga menyerang bahagian otaknya.

Izuan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan.

Ketika itu, abang pelakon berkenaan mendedahkan keputusan doktor sama ada meneruskan pembedahan yang berisiko tinggi atau sekadar meneruskan ubat bergantung kepada imbasan CT-Scan.

Sementara itu, ibunya turut memaklumkan bahawa doktor akan memaklumkan sebarang perkembangan terbaharu kepada keluarganya jika terdapat sebarang isu berbangkit.

Pada masa sama, Nor turut menzahirkan terima kasih atas doa orang ramai yang tidak putus memberikan kata semangat kepada mereka.

“Saya mama kepada Izuan mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan adik. Kami sangat terhutang budi pada anda semua. Semoga kebaikan berbalik kepada kalian.

“Mohon tetaplah berdoa kerana banyak lagi rintangan yang bakal ditempuhinya, bukan setakat ini sahaja,” katanya.

Buat masa ini kongsinya lagi, rawatan untuk Izuan masih diteruskan dengan ubat-ubatan yang sama iaitu ubat tibi, anti radang dan anti sawan.

Sepanjang pembabitan dalam arena lakonan, pelakon filem Butak yang berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak itu dihormati dan dipuji pelakon lain berikutan bakat luar biasanya.

Sebelum ini dia pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-8-2021 11:51 AM
Get well soon and moga dipermudahkan semua urusan.

Tp... maybe sbb aku sgt jrg tgk filem melayu, aku sgt sgt x tau adik ni siapa.
Quote Tinot7 11-8-2021 12:06 PM
Semoga cepat sembuh..
Quote primarikey 11-8-2021 01:30 PM
Alhamdulillah...gws adik
Quote nakkomenjugak 11-8-2021 02:09 PM
Moga cepat sembuh dekkkk
Quote woven11 11-8-2021 02:16 PM
Alhamdulillah. Cept sembuh dik. Semoga di permudahkan segala urusan.
Quote dekmieDandy 11-8-2021 02:33 PM
ouu baru tengok berlakon dengan khatijah tan haritu... semoga sipermudahkan sembuh ya
Quote imanjannah 11-8-2021 03:11 PM
tak kenal adik ni, moga cepat sembuh ye dik
Quote biozipstar 11-8-2021 04:50 PM
moga cepat sembuh dik. muda lagi...
Quote Ayda89 11-8-2021 07:35 PM
Alhamdulillah. Gws ya..
Quote I.K.A888990 12-8-2021 01:24 AM
alhamdulillah
stay strong adik
Quote chekacheku 12-8-2021 06:11 AM
Ya Allah kurniakanlah kesembuhan pd adik ini..aminn..
Quote NekNgah 12-8-2021 03:26 PM
Alhamdulillah, semoga cepat sembuh Fitri.
Quote Zaien 12-8-2021 03:46 PM
smoga cpt sembuh dek.. muda lgi tu dah kena tibi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073556 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top