CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sijil Digital Vaksin Palsu Mula Dijual, RM15 Je

11-8-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10717| Komen: 134

Description: Sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 dikesan mula dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.
Sijil digital pengesahan individu telah lengkap disuntik vaksin Covid-19 dikesan mula dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Menerusi perkongsian Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr. Mohd. Rushdan Mohd. Noor di Facebook, sijil digital tersebut dijual pada harga RM15 dan memaparkan maklumat penerima sijil berkenaan.

Antara maklumat tersebut termasuklah gambar pemilik sijil digital serta tarikh dan lokasi dos vaksin diberikan.


Foto: Kosmo

“Sudah mula dijual di atas talian. Kalau orang ramai dibenarkan buat kad pengenalan sijil vaksin ataupun mencetak sendiri sijil vaksinasi, macam mana pihak berkuasa nak kenal antara yang tulen dan palsu?,” katanya dalam hantaran tersebut.


Pada masa sama, beliau berkata, pihak berkuasa perlu melakukan semakan ketulenan sijil digital tersebut dengan mengimbas kod QR yang tertera padanya.

Bagaimanapun, Mohd. Rushdan berkata, masalah yang akan timbul adalah kesukaran bagi pihak berkuasa untuk melakukan semakan terperinci.

“Takut tak menang tangan,” katanya bagi membalas komen seorang pengguna Facebook di ruang hantarannya tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu melakukan persiapan mencukupi dan melaksanakan kelonggaran yang dicadang diberikan kepada individu yang telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook. Md. Adhanizam Buyong berkata, penjualan sijil digital palsu itu berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu yang pertama adalah ekoran permintaan tinggi.

“Kedua, permintaan tinggi sebab kerajaan janjikan boleh rentas daerah, dine-in, boleh pergi kerja dan boleh bercuti serta duduk di hotel.

“Jika tiada permintaan, penipuan sijil vaksinasi ini pasti tiada sebab tak ada keistimewan selepas terima dua dos vaksin,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-8-2021 11:38 AM
Lorr cetakan ka?
Ingatkan deme masukkan dlm mysejahtera..
Quote eyansss 11-8-2021 11:41 AM
boleh countercheck dalam mysejahtera kan
Quote dua_chzy 11-8-2021 11:42 AM
Sedangkan IC pun boleh jual.
Quote MsKathryn 11-8-2021 11:44 AM
Lebih baik check kat MySejahtera je...
Quote Skuau 11-8-2021 11:45 AM
kena....perketatkan....selain drp yg kat mysejahtera... 'tidak diterima/tidak sah'.
Quote slyfynx 11-8-2021 11:45 AM
eyansss replied at 11-8-2021 11:41 AM
boleh countercheck dalam mysejahtera kan

Die akan jadi lebih jenuh la.
Esp kalau orng yang x berapa tau teknologi, or yang mmg xde mysejahtera.
Quote white_musk 11-8-2021 11:46 AM
MsKathryn replied at 11-8-2021 11:44 AM
Lebih baik check kat MySejahtera je...

Kalau dah berbondong bondong macam nak raya kereta di jalan raya, mungkin adik pula boleh ambil tugas polis yang mmeriksa itu
Quote white_musk 11-8-2021 11:47 AM
dua_chzy replied at 11-8-2021 11:42 AM
Sedangkan IC pun boleh jual.

Surat kebenaran bekerja pun tiada yang check selama ini

Quote lurve82 11-8-2021 11:47 AM
Polis check dlm mysejahtera je.. xdenye yg cetak2 ni..
Quote dua_chzy 11-8-2021 11:50 AM
white_musk replied at 11-8-2021 11:47 AM
Surat kebenaran bekerja pun tiada yang check selama ini

Kan. Tu lagik senang nak buat.
Quote meteorspeed 11-8-2021 11:50 AM
Tak payah check yg cetak tue.. Check mysejahtera depan depan.. Start dari mula.. Jgn bagi deme godek sendiri tetiba tunjuk
. Takut dia printscreen yg kawan deme punya.
Quote airfilterkotor 11-8-2021 11:57 AM
-Gambaq muka dari photo booth siap placard.
-QR code takdak.

Dah kantoi, sila semak lagi tarikh dan batch #.
Kantoi kuasa dua.
Quote aku_blur 11-8-2021 11:58 AM
Mysejahtera pun ada risiko penipuan juga.. Sbb takde gambo.. Org tu boleh je sediakan screenshot dari mysejahtera adik beradik (sbb nama ayah sama)

Org nak menipu ni ada je idea dia.. Melainkan bile polis nak cek kena bersama2 ic..
Quote ninnamina 11-8-2021 12:02 PM
Semalam jejalan pesbuk ada jugak yg pertikai kenapa x keluarkan kad macam tu, kalau hp habis bateri macam mana nak tunjuk.


Quote airfilterkotor 11-8-2021 12:03 PM
Screen shot mana maunyerrr.
Quote budaktua 11-8-2021 12:03 PM
mmg aku jangka...
aku anggap ini perbuatan org penakut yg jahat.. penakut nk g cucuk vaksin & jahat sb buat benda penipu...
Quote _blackbird 11-8-2021 12:05 PM
mohon gov berikan hukuman sula pada perpetrator. pastu kepada anti vaks yg beli sijil ni humban dia suruh buat hard labor
Quote doubleharmonic 11-8-2021 12:05 PM
check macam gitu jah ke? kata sijil digital so patutnya check online lah status tu kat database ke hapa?
Quote slavehunter 11-8-2021 12:12 PM
IC dan Passport pun boleh palsu, inikan pula Digital cert ni. Apa yang boleh mendatangkan duit dan keuntungan kann.

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.116801 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top