CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Petang Semalam Kata Isteri Dah Meninggal, Malam Tadi Kata Nazak Pula,"-Bad Keliru

11-8-2021 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7753| Komen: 37

Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Pada malam semalam pula, seorang doktor yang lain pula menghubungi saya dan memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia."


Itu kata pelakon, Bad atau Badrol Shah mengenai keadaan isterinya, Farah Shila Mazlan yang dikhabarkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Bad, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang berkata, dia juga keliru dengan tindakan pihak hospital sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.

"Saya tak faham apa yang dilakukan oleh pihak hospital. Apabila dimaklumkan bahawa isteri saya sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook kerana itu cara untuk maklumkan kepada kenalan-kenalannya.

"Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.

"Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham," katanya kepada Harian Metro.



Kredit foto: Harian Metro


Menurut Bad, apa yang berlaku membuatkannya trauma.

"Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.

"Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza," katanya.

Bad juga menegaskan bahawa isterinya tidak hamil seperti yang dihebohkan di media sosial.

"Ramai salah anggap dengan tulisan saya mengenai anak kami di syurga. Saya maksudkan anak kami yang keguguran ketika berusia lima bulan dalam kandungan pada 2018.

"Bukannya isteri saya sedang mengandung sekarang," katanya.

Difahamkan, Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat sudah sembilan hari dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 11-8-2021 11:08 AM
Jadi meninggal ke idok?
Quote Burong_Hantuk 11-8-2021 11:12 AM
haih.......
Quote little_sis 11-8-2021 11:13 AM
Cantik wife dia ni.. Takziah..
Quote Buritan 11-8-2021 11:13 AM
annadonna: Jadi meninggal ke idok?



Doc pun konpius.. penat keje.. nombor tipun pun salah nmpk..
Quote aechae 11-8-2021 11:15 AM
Allahuuu... doctor pn inform lh betul2.
Lama dh tu 9 hari dikomakan..smoga dipermudahkan urusan...sian anak2 kecik lg
Quote Suchi 11-8-2021 11:17 AM
Edited by Suchi at 11-8-2021 11:23 AM

Laaa dengan2 iols seklai igt bini dia pregnant. So bini dia masih hidup lagi ke cemana?

Harap sembuh la kembali kesian anak2 kecik lagi pompuan belaka lak tu.

Eh jap baca berita tadi isteri dia ni ibu tunggal masa kawen ngn dia.
So 3 org tu anak dgn suami sblmnya, sorang je anak ngn si Bad ni.
Sian susah gak dia keje bawa grab skrg ni.
Quote Suchi 11-8-2021 11:20 AM
aechae replied at 11-8-2021 11:15 AM
Allahuuu... doctor pn inform lh betul2.
Lama dh tu 9 hari dikomakan..smoga dipermudahkan urusan...s ...

Salah org ke cemana? Org dah viral kan dah pun. Tah2 dlm telegram antivax dah selamat di post. Maklumla isteri dia ada amik vaksin awal bulan 7 tu.
Quote Fly_over 11-8-2021 11:23 AM
masih ada harapan isteri dia kembali sembuh.
Quote Bunga88 11-8-2021 11:24 AM
Kesiannya…
Quote Tinot7 11-8-2021 11:28 AM
Get well soon
Quote naina 11-8-2021 11:31 AM
Laaa..viral dah kot semalam kes sama macam arwah sarah
Aku tengok eh eh cantiknya wife dia
Manis mukanya..
Menerima seadanya suami dia walau pun manusia kerdil
Baik sungguh hati..
Guru agama eh..
Quote bakingsoda 11-8-2021 11:42 AM
nampak muda lagi, sedihnya kalau betul2 meninggal. bertambah lagi anak2 yatim
Quote chinta89 11-8-2021 12:03 PM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote red_velvet 11-8-2021 12:06 PM
Sedih terbaca semalam. Kalau betul belum meninggal harap dapat sihat sepenuhnya. Kesian anak2 ramai n kecik2 lagi..
Quote Tunan 11-8-2021 12:06 PM
Kesian dia..
moga Allah panjangkan usia isterinya..
Quote midori_katana 11-8-2021 12:10 PM
kesian dia....apapun masih boleh berharap isteri kembali sembuh...
Quote sue_liah 11-8-2021 12:33 PM
semalam baca sambil lalu je..ingatkan berita dari negara seberang

semoga Allah berikan kesembuhan pada isterinya
Quote cheezel 11-8-2021 12:42 PM
last minit ada degupan jantung kot. doc pun penatla. igt saja2 ke. bersyukurla hidup
Quote zehra2 11-8-2021 12:45 PM
moga terselamat dari kuman covid. teruskn berdoa

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.043458 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top