CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baca Mesej Dalam Telefon Suami Tanpa Izin, Isteri Kena Bayar Denda Hampir RM10 Ribu!

11-8-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1745| Komen: 6

Description: RAS AL KHAIMAH, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Seorang wanita diperintahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan berjumlah 8,100 dirham UAE (RM9,326) kepada suaminya selepas didapati bersalah mengint ...
RAS AL KHAIMAH, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Seorang wanita diperintahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan berjumlah 8,100 dirham UAE (RM9,326) kepada suaminya selepas didapati bersalah mengintip perbualan peribadi lelaki berkenaan, lapor akhbar Khaleej Times baru-baru ini.


Wanita tersebut yang merupakan seorang isteri kedua turut bersalah kerana berkongsi perbualan peribadi antara suaminya dan isteri pertamanya dengan anak perempuan lelaki itu.

Perbuatan tersebut seterusnya membawa kepada perbalahan antara suaminya dengan isteri pertamanya, sekali gus menyebabkan mereka bercerai.


Gambar Hiasan, Foto: Unsplash

Sebelum ini, Mahkamah Kesalahan RAK menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap wanita itu kerana melanggar hak peribadi suaminya, membuka e-mel lelaki itu tanpa pengetahuannya serta berkongsi perbualannya.


Suaminya mengemukakan tuntutan di sebuah mahkamah sivil, di mana dia memberitahu bahawa isteri keduanya mengakses telefon bimbit tanpa pengetahuannya.

Selain itu, wanita tersebut didakwa berkongsi perbualan antara dirinya dan isteri pertamanya dengan anaknya, yang kedua-duanya tinggal di luar negara.

Lelaki itu mendakwa tindakan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan kerana perlu pergi ke luar negara untuk memujuk isteri pertamanya. 

Mangsa turut memberitahu bahawa dia kehilangan pekerjaan disebabkan masalah itu, justeru, meminta wang pampasan berjumlah 25,000 dirham UAE (RM28,784) untuk kerugian kewangan, kerosakan moral serta pelanggaran privasi.

Mahkamah mendapati wanita itu bersalah dan memaklumkan bahawa mangsa terpaksa membayar yuran guaman sebanyak 2,100 dirham UAE (RM2,418) disebabkan olehnya.

Jadi, dia perlu membayar pampasan kepada lelaki itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan wang ganti rugi lelaki itu yang disebabkan oleh kemusnahan pelbagai perkara termasuk kehilangan pekerjaan serta perbelanjaan keluar dan dalam negara disebabkan kekurangan bukti. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 11-8-2021 11:01 AM
dah jadi family problem lak bila g share gini watpe.
Quote Bunga88 11-8-2021 11:26 AM
Kalau dah tahap ni nak stay lagi ke dalam marriage?
Quote Burong_Hantuk 11-8-2021 11:27 AM
zaman gadet...mcm2 isu
Quote chinta89 11-8-2021 11:29 AM
angkat kaki je lahhhhhhhhhhh blah
Quote Rdizz 11-8-2021 12:08 PM
Tajuk mengelirukan. Patut kena denda bukan sbb baca hp somi tapi sebab telah menyebabkan pergaduhan dan kerugian, dah baca mesej, gi sebar pulak, adu domba. Tajuk tu bias mcm isteri x boleh nk selidik hal suami sendiri. Sebenarnya kalau isteri ke2 ni pndai bwk diri, tentu lebih aman, dah tau dtg kemudian, pandai2 lah bwk diri, jgn melebih2 pulak. Apapun byk cabaran berpoligami.
Quote TuntungReturn 11-8-2021 12:49 PM
suami x da pun nk cek2 henpon bini
yg bini plak dok sibuk nk cek tepon suami

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.140037 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top