View: 1090|Reply: 6
|
Baca Mesej Dalam Telefon Suami Tanpa Izin, Isteri Kena Bayar Denda Hampir RM10 R
[Copy link]
|
|
RAS AL KHAIMAH, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Seorang wanita diperintahkan mahkamah untuk membayar wang pampasan berjumlah 8,100 dirham UAE (RM9,326) kepada suaminya selepas didapati bersalah mengintip perbualan peribadi lelaki berkenaan, lapor akhbar Khaleej Times baru-baru ini.
Wanita tersebut yang merupakan seorang isteri kedua turut bersalah kerana berkongsi perbualan peribadi antara suaminya dan isteri pertamanya dengan anak perempuan lelaki itu.
Perbuatan tersebut seterusnya membawa kepada perbalahan antara suaminya dengan isteri pertamanya, sekali gus menyebabkan mereka bercerai.
Gambar Hiasan, Foto: Unsplash
Sebelum ini, Mahkamah Kesalahan RAK menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap wanita itu kerana melanggar hak peribadi suaminya, membuka e-mel lelaki itu tanpa pengetahuannya serta berkongsi perbualannya.
Suaminya mengemukakan tuntutan di sebuah mahkamah sivil, di mana dia memberitahu bahawa isteri keduanya mengakses telefon bimbit tanpa pengetahuannya.
Selain itu, wanita tersebut didakwa berkongsi perbualan antara dirinya dan isteri pertamanya dengan anaknya, yang kedua-duanya tinggal di luar negara.
Lelaki itu mendakwa tindakan tersebut menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan kerana perlu pergi ke luar negara untuk memujuk isteri pertamanya.
Mangsa turut memberitahu bahawa dia kehilangan pekerjaan disebabkan masalah itu, justeru, meminta wang pampasan berjumlah 25,000 dirham UAE (RM28,784) untuk kerugian kewangan, kerosakan moral serta pelanggaran privasi.
Mahkamah mendapati wanita itu bersalah dan memaklumkan bahawa mangsa terpaksa membayar yuran guaman sebanyak 2,100 dirham UAE (RM2,418) disebabkan olehnya.
Jadi, dia perlu membayar pampasan kepada lelaki itu.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan wang ganti rugi lelaki itu yang disebabkan oleh kemusnahan pelbagai perkara termasuk kehilangan pekerjaan serta perbelanjaan keluar dan dalam negara disebabkan kekurangan bukti. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi family problem lak bila g share gini watpe. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah tahap ni nak stay lagi ke dalam marriage? |
|
|
|
|
|
|
|
zaman gadet...mcm2 isu |
|
|
|
|
|
|
|
angkat kaki je lahhhhhhhhhhh blah |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk mengelirukan. Patut kena denda bukan sbb baca hp somi tapi sebab telah menyebabkan pergaduhan dan kerugian, dah baca mesej, gi sebar pulak, adu domba. Tajuk tu bias mcm isteri x boleh nk selidik hal suami sendiri. Sebenarnya kalau isteri ke2 ni pndai bwk diri, tentu lebih aman, dah tau dtg kemudian, pandai2 lah bwk diri, jgn melebih2 pulak. Apapun byk cabaran berpoligami. |
|
|
|
|
|
|
|
suami x da pun nk cek2 henpon bini
yg bini plak dok sibuk nk cek tepon suami |
|
|
|
|
|
|
| |
|