CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Shuib Melutut Depan Saya Beritahu," - Raissuddin Hilang Kata-Kata, Sepi Kehilangan Sarah

11-8-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9661| Komen: 60

Description: Mendengar perkhabaran anak perempuan kesayangan terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya cukup membuatkan Raissuddin Hamzah kelu dan hilang kata-kata.
Mendengar perkhabaran anak perempuan kesayangan terlebih dahulu pergi buat selama-lamanya cukup membuatkan Raissuddin Hamzah kelu dan hilang kata-kata.

Bagaimanapun menurut Raisuddin yang juga penyanyi era 80-an, dia reda dengan pemergian Siti Sarah sungguhpun masih belum bersedia dengan kehilangan itu.

Foto: IG

"Malam tu (awal pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya, dengan senyum dia kata... abah orang nak pegi hospital.

"Dia melutut depan saya dan dia kata... Siti dah tak ada, abah.

"Saya rasa dunia ni macam sangat sepi," katanya sambil menahan sebak.

Raisuddin mengimbau kembali saat itu pada majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada malam Selasa.



Foto: IG

Dalam pada itu, Raisuddin, 65, turut berkongsi keperibadian Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang taat dan manja.

"Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.

"Arwah juga seorang yang manja dengan saya....banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.

"Sehari sebelum dia pergi ke hospital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa," ujarnya.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.


Foto: iG

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.-CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-8-2021 10:38 AM
Takziah kpd keluarga.

Quote SherryZass 11-8-2021 10:39 AM
Banyaknya thread pasai keluarga ni.
Quote prettyuglybabe 11-8-2021 10:51 AM
i ingat lagi rancangan wa kena beb kot yang dorang kenakan sarah..
suruh dia menyanyi tapi dorang tukar key ke apa..
pastu mic dorang rendahkan sampai kena bongkok..
menggelabah beliau asyik kena stop..
dia cakap bapak dia sangat strict pasal menyanyi ni..
siap cakap habis la aku kena maki nanti..
memang muka dia macam pucat takut kena marah dengan bapak dia..
Quote Burong_Hantuk 11-8-2021 10:55 AM
[youtube]XHUHGYR6Uv0[/youtube]
baru first time pegi check youtube pasal apaknya arwah nih
Quote grouper 11-8-2021 10:55 AM
Gosip pasal pakcik ni betul ke x..
Quote boojaat 11-8-2021 10:57 AM
Bkn bapa dia +ve juga ke kena kuarantin? Mcm mn shuib dpt jumpa dia? Ke dr jarak jauh jer
Quote reddots 11-8-2021 11:00 AM
Japp. Klu sebelm pegi hosp sempat pegang tgn, so skng dia positive jugak kh?
Quote ecahaha 11-8-2021 11:18 AM
al fatihah kehilangan siti sarah amat dirasai.. aku rengsa mostly artikel shuib reda pemergian siti sarah... ni pun ayahnya reda pemergian anaknya.. redha lah!!! bukan reda... reda tu oh tuhan kau redakan lah wabak covid 19 ni oh tuhan... redha tu redha pemergian arwah.. yihhhhh
Quote ina_na 11-8-2021 11:21 AM
boojaat replied at 11-8-2021 10:57 AM
Bkn bapa dia +ve juga ke kena kuarantin? Mcm mn shuib dpt jumpa dia? Ke dr jarak jauh jer

Berlutut katanye..lps Tu p hospital..bygkan Kalo bapak mertua dia positive..dia p hospital..berapa ramai berpotensi leh terjangkit..
Quote Lula2 11-8-2021 11:24 AM
ecahaha: al fatihah kehilangan siti sarah amat dirasai.. aku rengsa mostly artikel shuib reda pemergian siti sarah... ni pun ayahnya reda pemergian anaknya.. r ...


Ejaan yg betul adalah reda.
Sama dengan ramadan.
Dalam bm takde sebutan huruf do, kalau redha bm dibaca sbg red-ha.
Ni i tgk cikgu bm ajar kt twitter
Quote kakakko 11-8-2021 11:28 AM
ecahaha replied at 11-8-2021 03:18 AM
al fatihah kehilangan siti sarah amat dirasai.. aku rengsa mostly artikel shuib reda pemergian siti  ...

Dari segi ejaan memang reda sis......
Quote lalangkering 11-8-2021 11:28 AM
ecahaha replied at 11-8-2021 11:18 AM
al fatihah kehilangan siti sarah amat dirasai.. aku rengsa mostly artikel shuib reda pemergian siti  ...

Sebenarnya ramai yg keliru. Dalam daftar Dewan Bahasa Pustaka istilah yang tepat adalah reda.

Kita banyak terpengaruh dgn sebutan jawi sbb tu banyak yg guna ‘redha’ sbb ambil dari huruf ‘dhod’.

Wartawan guna reda utk pemergian tu mmg tepat.

Rasa macam cikgu bahasa melayu pulak iolss

Quote miss_perfect 11-8-2021 11:39 AM
ecahaha replied at 11-8-2021 11:18 AM
al fatihah kehilangan siti sarah amat dirasai.. aku rengsa mostly artikel shuib reda pemergian siti  ...

Dalam kamus mmg ejaan BM utk redha tu reda. Macam ejaan utk Ramadhan tu Ramadan. Tapi i pun tak setuju DBP buat ejaan dia reda sebab kita dah ada perkataan reda. Kenapa ejaan redha pun nak eja reda jugak. Tau dlm bm tak ada huruf dhod tapi bukan ke redha ni pun kita pinjam bahasa arab?
Quote slyfynx 11-8-2021 11:41 AM
REDA

Definisi : (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup; meredakan merelakan; keredaan kerelaan: terhasil sebuah masya-rakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

REDA - DBP


Tp... persoalannya, perlu ke buka terlalu byk thread untuk isu ni.
Yes, semua sedih.
Tp kalau tgk setiap thread, mende yang dibincangkan akhirnya akan jadi sama.
Reply pun akan jadi sama.

Melainkan ada isu baru mcm abg arwah dijangkiti ke, atau semua ahli keluarga bebas jangkitan ke.
Quote miss_perfect 11-8-2021 11:43 AM
Bapak arwah sarah ni tinggal sekali dengan diorang ke..
Quote che-cikL 11-8-2021 11:45 AM
ecahaha replied at 11-8-2021 11:18 AM
al fatihah kehilangan siti sarah amat dirasai.. aku rengsa mostly artikel shuib reda pemergian siti  ...

Iols sama setuju sis... Dah lama bertahun lamanya iols meronta2 sakit hati baca org tulis 'redha' dgn ejaan 'reda'. Sampai iols buka PRPM DBP, malangnya di situ pun tulis 'reda' juga.

Maka iols terpaksa belajar reda perkataan redha ditulis reda.

Tapi iols macam sis, masih tak puas hati sepenuhnya.
Quote ecahaha 11-8-2021 11:46 AM
lalangkering replied at 11-8-2021 11:28 AM
Sebenarnya ramai yg keliru. Dalam daftar Dewan Bahasa Pustaka istilah yang tepat adalah reda.

K ...

alamak hahaha so aku la ni yg salah.. sorry2.. asyik baca as reda bukan reda version redha.. kena luaskan sikit ruang otak yg sempit utk terima bebenda mcm ejaan double meaning mcm ni.. sobs..
Quote ecahaha 11-8-2021 11:48 AM
che-cikL replied at 11-8-2021 11:45 AM
Iols sama setuju sis... Dah lama bertahun lamanya iols meronta2 sakit hati baca org tulis 'redha'  ...

tu la kan.. rasa mcm susah nk terima, walaupun penggunaan dia x la meluas mana.. sebab ejaan tu bila baca x bunyi mcm reda yg kita maksudkan..
Quote MelahJanda 11-8-2021 11:49 AM
so masa melutut ni ke bapaknya dahpun positif ye?

pastu pelawak pun pegi hosp?

yaamlun bijaknya seluruh keluarga yinnew... i kenot

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062450 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top