CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Rebut Durian Sampai Kepala Dikapak Di Mexico Bukan Rembau

7-8-2021 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5025| Komen: 15

Polis menafikan video pergaduhan melibatkan dua individu didakwa berebut durian yang tular di aplikasi WhatsApp sejak petang Jumaat itu berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil di Rembau.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pergaduhan itu dikesan berlaku di Mexico dan bukannya di daerah ini seperti mana yang tular sekali gus menimbulkan kegusaran kepada penduduk setempat.



Video tular memaparkan pergaduhan dua individu didakwa disebabkan berebut durian yang dikatakan berlaku di Rembau.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih dan tindakan itu boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Video tular di WhatsApp itu memaparkan pergaduhan dua lelaki yang diakhiri dengan kepala salah seorang daripada lelaki berkenaan ditetak dengan kapak.


Turut disertakan dalam video berkenaan dua audio berdurasi 12 saat dan lima saat yang mendakwa kejadian itu berlaku di Kampung Chembong Halt Kecil pada petang Jumaat.

“Ini kes terbaru ya... yang berlaku di Rembau tadi di Chembong Halt Kecil. Dihentaknya orang itu menggunakan kapak atau cangkul... Pecah kepalanya rebutkan durian," kata audio tersebut.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 7-8-2021 03:33 PM
yg kt mexico tu gaduh psl apa. rebut durian gak ke
Quote whimsicalmusic 7-8-2021 04:04 PM
helicornia: yg kt mexico tu gaduh psl apa. rebut durian gak ke
rebut cocaine maybe
Quote nakkomenjugak 7-8-2021 05:51 PM
rebut doyan? haritu beria kata doyan still banyak berbakul2 sampai kena proses buat tempoyak
sape laa yang pergi buat cerita dok kapak2 ni
Quote jiwasemangat 7-8-2021 05:59 PM
Sodap kah durian rombau?
Sodap laei durian jolobu..
Quote imanjannah 7-8-2021 06:33 PM
aduhaiii.. lari nau.. mcm2 org eksploitasi berita ye
Quote sambaldurian 7-8-2021 09:03 PM
klu ak baca tajuk, ikut pemahaman awal ak, durian pun ada tanam kt mexico rupanya rupanya  berita psl org buat rekaan cerita kt video tu.
Quote Fortiori02 7-8-2021 09:05 PM
Awat ganas sgt ni ...
Quote budaktua 7-8-2021 10:13 PM
yg berebut tu.. kebun sendiri ka kebun org punya..?
Quote supernaturalee 8-8-2021 01:28 AM
sambaldurian replied at 7-8-2021 09:03 PM
klu ak baca tajuk, ikut pemahaman awal ak, durian pun ada tanam kt mexico rupanya  rupanya  ber ...

Tu lh kn
Iols igtkn durian Malaysia import ke Mexico
Sedap sgt2 x cukup plk smpi berkapak2

Anyway, mati x org tu
Bapak panjang gile handle kapak
Ni utk kapak pokok2 besar rsnya
Quote I.K.A888990 8-8-2021 02:06 AM
keranamu durian
kepala manusia sggp ku tetak
Quote heythere123 8-8-2021 01:55 PM
dekat mexico memang ganas lain macam ye
Quote edayildiz 8-8-2021 02:24 PM
nape belah2 mexico sana ganas bethol... perempuan sana cantik2 jugak kan..
masa sekolah dulu..ptg2 suka tgk telenovela..gabriela spanic..atuk marco duran tu pun handsome yach..rindunya
skrg nape tb 3 xtyg dh cite mexico..ke ada tyg dh lama xbkk tb 3.
Quote DARSITA 9-8-2021 05:15 AM

Di Mexico mmg ada durian. Durian dia orang ada di jual di US.
Quote nononcrux 9-8-2021 10:29 AM
dasyat bonar sampai dikapak kepala..
Quote Adrif 10-8-2021 07:33 PM
sedara jauh aku ada dusun durian. time musim dapat ler kami merasa kalau dia hulur. bukan sikit-sikit ye dia hulur. sekali dia longgok penuh belakang dapur, berhuhu nak makan. jawapannya jadi tempoyak

mula2 best. lama2 tak lalu dah nak telan. overdose.
dia kata terpulang. nak bagi orang ke, nak jual ke, suka hati.
so kami pun kongsi dengan jiran-jiran sekeliling.

tapi tu la. dusun dia, tapi sedara mara sepupu sepapat pakcik makcik dia dengki
tiba2 claim tanah tu ada hak diorang, so diorang nak durian dan juga hasil pendapatan durian.
ngko sapoooo

bergaduh berantakan bersihir berdengki hantar orang tebang pokok bagai
seriau dengor

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.105417 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top