Seorang penagih dadah yang marah kerana ibunya lambat memberi pemetik api bertindak membakar rumah sendiri di Kampung Selengkoh Tengah di sini semalam. Penagih yang juga duda pada mulanya membakar sehelai kain yang kemudian dimasukkan ke dalam almari pakaian sehingga mengakibatkan rumahnya terbakar dalam kejadian pukul 8.30 malam.
Ibu lelaki itu, Che Som Hashim, 71, berkata, anak kedua daripada lima beradik berusia 51 tahun itu tinggal berasingan di sebuah rumah di depan rumahnya yang dibina pada 2004. Katanya, anak lelakinya itu mengalami kemurungan. Dia dikatakan mengambil dadah setelah bercerai dengan isterinya pada Mac lalu. Dia yang mempunyai empat anak tinggal seorang diri di rumahnya itu.
“Sebelum kejadian, anak saya berada dalam rumah saya telah menjerit meminta pemetik api, namun saya tidak peduli kerana sedang membaca al-Quran bersama suami, Ibrahim Derani, 77. “Anak saya itu kemudian keluar dari rumah saya dan balik ke rumahnya dan sekali lagi dia menjerit meminta pemetik api menyebabkan saya bergegas ke rumahnya untuk menyerahkan bahan bakar itu. “Sebaik mendapat pemetik api itu, dia mengunci pintu rumah dua tingkat tersebut dan naik ke tingkat atas sebelum membakar sehelai kain buruk dan memasukkannya ke dalam almari yang berisi pakaian,” katanya. Che Som memberitahu, dia kemudiaan melihat api merebak membakar almari dan dinding rumah sebelum memanggil suaminya. “Ketika itu anak saya masih berada di tingkat atas dan selepas dirayu berulang kali, anak kami membuka pintu dan meluru keluar serta melarikan diri ke kawasan semak di belakang rumah. “Beberapa minit kemudian api semakin marak membakar rumah tersebut sebalum anak saya ditahan penduduk,” katanya. Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba, Pegawai Bomba Kanan Md Radzi Abd.Talib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada pukul 9.18 malam dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 45 minit. “Sebanyak 70 peratus rumah separuh batu dan kayu itu musnah,” ujarnya. Ketua polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api. Sumber: UTUSAN |
harizs replied at 7-8-2021 11:14 PM
yg ni trick member aku bagi utk kawal ahli keluarga yg penagih & gedebe. apa yg dia buat ialah setia ...
harizs replied at 7-8-2021 11:14 PM
yg ni trick member aku bagi utk kawal ahli keluarga yg penagih & gedebe. apa yg dia buat ialah setia ...
anony-mous replied at 7-8-2021 11:51 PM
Xpasti nasihat ni sarcastic atau pon uols serius tp ianya nasihat yg sgt berguna kalau x ...
ADVERTISEMENT