CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengantuk Tahap 'Gaban' Sampai Tertelan Berus Gigi

5-8-2021 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3044| Komen: 9

BEIJING – Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan gastroskopi yang rumit selepas tertelan sebatang berus gigi sepanjang 15 sentimeter, lapor laman Oddity Central semalam.


Lelaki berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu itu memberitahu doktor dia bangun pagi untuk menjalani rutin hariannya termasuk memberus gigi sebelum bersarapan namun berasa lebih ngantuk daripada biasa.

Ketika memberus gigi yang terletak di bahagian belakang mulutnya, berus gigi tersebut telah terlepas daripada pegangannya dan meluncur masuk ke dalam tekak lelaki itu.


Foto: Oddity Central

Dia cuba untuk menarik berus gigi itu keluar namun pemegang plastik pada bahagian berus gigi itu sangat licin hingga menyebabkan lelaki tersebut menolaknya jauh ke dalam.


Sebaik sahaja tersedar dia telah tertelan berus gigi dan mula berasa tidak selesa, lelaki terbabit bergegas ke sebuah hospital tempatan di mana doktor membuat imbasan X-ray dan mencadangkan dia menjalani pembedahan gastroskopi kecemasan.

Ketua Jabatan Gastroenterologi di Hospital Taizhou Fourth People, Wang Jianrong berkata mangsa mengambil tindakan tepat dengan datang ke hospital kerana ‘rawatan tradisional’ seperti menelan nasi atau cuka boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serisu seperti kerosakan pada oesofagus. -CARI

Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sue_liah 5-8-2021 11:25 AM
yang aneh2 je china ni
Quote Tinot7 5-8-2021 11:36 AM
Kena cari yg pemegangnya tak licin.

Dia berusaha menarik semula berus itu tetapi disebabkan pemegang plastik yang licin menyebabkan berus itu pergi lebih jauh.
Quote biskutraya 5-8-2021 11:41 AM
Berus gigi kecik mcm budak punya.. kalau adult punya mau terjulur keluar dr mulut..
Quote nakkomenjugak 5-8-2021 01:29 PM
berfikir terus otak aku howwwww...
Quote Carcosa 5-8-2021 01:39 PM
Yer yer ohhh je ko ni leluhur.
Apa ke lohong nye tokak kau??
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:37 PM
ni punya beso pn boleh terrrrtelan.
Quote norawestallen 6-8-2021 12:00 AM
What the 😮
Quote Queenmastani 6-8-2021 04:02 AM
Aku membygkan betapa luasnya dia buka mulut sampai blh gelongsor toothbrush tu
Quote edayildiz 6-8-2021 04:26 AM
aneh bethol..xdpt i nk imagine camna toothbrush tu blh gelunsur masuk ke perut..kalau tersangkut kt tekak blh lg imagine
i pernah sekali ngntuk sgt..tertukar cuci muka ngn ubt gg jer..pahit giler pencuci muka.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052875 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top