View: 2424|Reply: 9
|
[Dunia]
Lelaki tertelan berus gigi akibat mengantuk
[Copy link]
|
|
Lelaki tertelan berus gigi akibat mengantuk
https://www.utusan.com.my/luar-n ... i-akibat-mengantuk/
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
5 Ogos 2021, 9:30 am
BERUS gigi berjaya dikeluarkan dari perut seorang lelaki selepas pembedahan dilakukan. -AGENSI
BEIJING: Seorang lelaki China terpaksa melalui pembedahan gastroskopi bagi membuang berus gigi sepanjang 15 sentimeter dalam perutnya.
Lelaki yang berasal dari Taizhou, wilayah Jiangsu itu secara tidak sengaja tertelan berus gigi itu semasa melakukan rutin pada setiap pagi, lapor Oddity Central.
Katanya, dia yang berasa mengantuk pada waktu itu memberus gigi di bahagian belakang dan tiba-tiba berus itu tergelincir ke dalam tekaknya.
Dia berusaha menarik semula berus itu tetapi disebabkan pemegang plastik yang licin menyebabkan berus itu pergi lebih jauh.
Disebabkan rasa tidak selesa, lelaki itu memandu sendiri ke hospital dan selepas melakukan ujian imbasan x-ray, doktor mengarahkan supaya pembedahan kecemasan dilakukan segera.
Ketua Bahagian Gastroenterologi di Hospital Taizhou Fourth, Wang Jianrong berkata, pesakit itu mengambil tindakan yang betul dengan berjumpa pakar perubatan.
Katanya, menggunakan kaedah tradisional seperti menelan nasi atau cuka hanya menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti merosakkan esofagus.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yang aneh2 je china ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kena cari yg pemegangnya tak licin.
Dia berusaha menarik semula berus itu tetapi disebabkan pemegang plastik yang licin menyebabkan berus itu pergi lebih jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Berus gigi kecik mcm budak punya.. kalau adult punya mau terjulur keluar dr mulut.. |
|
|
|
|
|
|
|
berfikir terus otak aku howwwww... |
|
|
|
|
|
|
|
Yer yer ohhh je ko ni leluhur.
Apa ke lohong nye tokak kau?? |
|
|
|
|
|
|
|
ni punya beso pn boleh terrrrtelan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku membygkan betapa luasnya dia buka mulut sampai blh gelongsor toothbrush tu |
|
|
|
|
|
|
|
aneh bethol..xdpt i nk imagine camna toothbrush tu blh gelunsur masuk ke perut..kalau tersangkut kt tekak blh lg imagine
i pernah sekali ngntuk sgt..tertukar cuci muka ngn ubt gg jer..pahit giler pencuci muka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|