Kemelut antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.
Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan. "Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin)," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini. "Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan. "Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh," katanya. Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya. Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan. Sumber: mStar
|
asma87 replied at 3-8-2021 02:14 PM
Erm geng Siti kasim ke Alan ni? Rambut sepesen jah
asma87: Erm geng Siti kasim ke Alan ni? Rambut sepesen jah
missmeornot replied at 3-8-2021 02:34 PM
Yup..heshe anak didik siti kassim
Ieqa140388 replied at 3-8-2021 02:35 PM
Lawyer nana dgn lawyer geng 5, sape lagi power ? I xkenal lawyer2 ni melainkan SK hehe
aqua_marine replied at 3-8-2021 02:48 PM
Bila tengok ada artis saman fitnah sesama rakan artis, ada pihak yang pertikaikan kenapa benda kecik ...
izat123 replied at 3-8-2021 02:43 PM
Lawyer geng 5 ni power jugak budak Alan ni. Tapi tak tahulah kalau lawyer Nana lagi power. Tapi su ...
ADVERTISEMENT