CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Rosakkan Bilik Sebelum Pulang, 'Emu Dan Kangaro' Pun Hilang

3-8-2021 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4899| Komen: 23

Description: Segelintir atlet Australia menyebabkan kerosakan di bilik Perkampungan Olimpik sebelum mereka pulang manakala maskot pasukan - emu dan kangaro - hilang tetapi kemudian ditemui semula, kata ketua konti ...
Segelintir atlet Australia menyebabkan kerosakan di bilik Perkampungan Olimpik sebelum mereka pulang manakala maskot pasukan - emu dan kangaro - hilang tetapi kemudian ditemui semula, kata ketua kontinjen Ian Chesterman.


Atlet-atlet berkenaan merosakkan katil dan dinding, tetapi tiada tindakan disiplin diambil selepas mereka memohon maaf.


Pemandangan di dalam bilik di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo. - Foto AGENSI

"Sebahagian daripada mereka melakukan kesilapan, mereka meninggalkan bilik dalam keadaan yang tidak boleh diterima.

"Bilik-bilik tidak rosak teruk," kata Chesterman yang menganggap kerosakan adalah kecil dan katil kadbod begitu mudah rosak.

Chesterman mendedahkan maskot-maskot juga dikeluarkan daripada penginapan pasukan Australia tetapi dikembalikan selepas beberapa hari.

"Maskot Kangaru dan emu hilang tetapi kami gembira apabila ia kembali. Ia sedikit misteri, puas kami cari tetapi tidak ditemui.


"Nampaknya seperti mereka menikmati percutian di Deutschland (penginapan pasukan Jerman). Maskot berkenaan memang suka berjalan, mujur ia kembali," katanya. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 02:18 PM
Low class ada di mana2 yach!
Quote kikyou 3-8-2021 02:28 PM
Perangaiiiii
Quote temah8 3-8-2021 02:31 PM
Ishhh perangai la diorg ni...
Quote sambaldurian 3-8-2021 02:33 PM
wardina x nk ckp ape2 ke warga Australia hak ni.
Quote Artemesiaa 3-8-2021 02:34 PM
Tak kira bangsa apa dan dari negara mana pasti ada je perangai buruk macam tu
Quote kucingitam 3-8-2021 02:37 PM
peghak nya lahai..
Quote printercomel 3-8-2021 02:43 PM
haritu negara yahudi. now negara kristian.
waiting for negara Islam ada tak kes merosakkan harta benda awam.

memalukan tunjuk perangai buruk kat orang jepun. mereka tu dahla disiplin dan moral tinggi. inilah caucasian dambaan sesetengah andartu forever.
Quote MoonRise 3-8-2021 02:50 PM
buruk perangai masing2
Quote nazzse 3-8-2021 04:17 PM
Blok australia paling meriah..siap ada cafe & outdoor lounge lagi
Quote edayildiz 3-8-2021 04:19 PM
sibaik australia..kalau bangsa yindia msti teruk kena hencap
Quote Chessman 3-8-2021 05:22 PM
Harap malaysia tak ada isu macam ni lah
Quote cikmouse 3-8-2021 06:27 PM
Sakaiii sungguh perangai...
Quote MadameOnion 3-8-2021 07:44 PM
Selesa ke katil kadbod tu?
Quote darkness 3-8-2021 08:51 PM
First country belum tentu bawak sekali minda kelas pertama
Quote Decaffeinated 3-8-2021 08:57 PM
Ari tu bila kes athlet israel, melayu forum salahkan zionis. Yang ini tengah google sejarah OZ la ni.
Quote oni313 3-8-2021 09:10 PM
Decaffeinated replied at 3-8-2021 08:57 PM
Ari tu bila kes athlet israel, melayu forum salahkan zionis. Yang ini tengah google sejarah OZ la ni ...

leluhur Aussie skrg ni majority dari ex convict yg mendarat botany bay sydney ratusan tahun lalu...

dari pemerhatian, jauh beza perangai org aussie dan NZ's.......
Quote merrissa 3-8-2021 09:20 PM
bertaraf international tapi perangai jakun x senonoh juga
Quote acikhan 3-8-2021 09:39 PM
haku ade tgk vlog azizulhasni awang pasal kirin punyer tempat best jugak vlog die walaupun x byk mungkin baru lg kot vlognyer...yg baru nie die wat tour perkamoungan olimpik n paling kelakar pasal katil cardboard yg viral tu...
Quote hinata_holic 3-8-2021 10:53 PM
Perangai xsemenggah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054654 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top