CARI Infonet

Forgot password?
Register

ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bersiar-siar Katanya, Melayang RM5,000 Sebab Potong Gelang Pink

3-8-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1998| Komen: 6

Description: Tindakan remaja perempuan menanggalkan gelang merah jambu untuk keluar bersiar-siar membawa padah apabila dia dikompaun polis sebanyak RM5,000.
Tindakan remaja perempuan menanggalkan gelang merah jambu untuk keluar bersiar-siar membawa padah apabila dia dikompaun polis sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tindakan kompaun dikeluarkan selepas video remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting di sini.

"Selepas mengenalpasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.

"Difahamkan ketika kejadian itu, dia dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kompaun dikenakan kerana remaja itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

"Polis menasihatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19.

"Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Semalam tular di TikTok video berdurasi 31 saat yang memaparkan seorang remaja yang memakai topi keledar menanggalkan gelang merah jambu di sebuah kediaman.

Difahamkan remaja itu berbuat demikian berikutan mahu keluar bersiar-siar.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 3-8-2021 01:37 PM
Edited by nakkomenjugak at 3-8-2021 01:41 PM

yang aku mampu kata

- padan muka
- cashhhhh
- berani buat berani bayar

terlepas pandang.
- mak ayahnya tak nasihat keee jangan keluar time2 pinky tuuu
Quote R2D2 3-8-2021 02:31 PM
dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1262986
Quote merrissa 3-8-2021 09:22 PM
Kaki rayau xleh duk diam

Aku xde gelang pink pon okkkk je duk diam2
Quote poka727 4-8-2021 07:27 AM
This is an incredible work. This website has been very helpful to me in the past 6 days. I can clearly see why my cousin sent me here.
We sell quality cannabis at affordable prices. We also offer discrete and overnight shipping to many countries across the globe. We just need to know your location. CONTACT DETAILS
Website....http://meridianbuds.shop/
Email....meridianbudsshop@gmail.com
Whatsapp....+12162363562
Moonrock Cannabis For Sale
Buy Icecapz online
Buy Jungle Boys Online
Jungle Boys For Sale
Buy Jungle Boys Online
Buy Moonrock Marijuana Online
Icecapz For Sale
Order Icecapz Online
Order Icecapz Online
Quote akuman1981 4-8-2021 09:51 AM
yg rekod video and upload tu kawan/beradik dia ke? abih la putus sudah kasih hubungan
Quote NekNgah 4-8-2021 08:58 PM
Ni jenis bodoh tak boleh diajar..

Lihat semua komen(6)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.202483 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top