View: 61803|Reply: 383
|
Kasi Up Lagi! Nana Tuntut 5 Sekawan Bayar RM2.5 Juta, Mohon Maaf Di Media
[Copy link]
|
|
Kemelut antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.
Kredit foto: IG Nana
Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
"Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin)," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.
"Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.
"Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.
"Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh," katanya.
Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Pehhhhhh.... Dari sejuta up ke 1.5 juta ke ? Mmg nana nak fight abes2 an ni. Gooo nana go ! |
|
|
|
|
|
|
|
Erm geng Siti kasim ke Alan ni? Rambut sepesen jah |
|
|
|
|
|
|
|
patut macam kenal nama alan razak
yang blonde tu rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 3-8-2021 02:14 PM
Erm geng Siti kasim ke Alan ni? Rambut sepesen jah
Yup..heshe anak didik siti kassim |
|
|
|
|
|
|
|
Lawyer nana dgn lawyer geng 5, sape lagi power ? I xkenal lawyer2 ni melainkan SK hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Nana buat mcm ni. Ramai mulut takde insurans kat luar sana. Lain kali nak ckp pasal org kat public kena fikir 2 3 kali. |
|
|
|
|
|
|
|
asma87: Erm geng Siti kasim ke Alan ni? Rambut sepesen jah
Iols follow efbi dia.. dia bukan geng siti kassim |
|
|
|
|
|
|
|
missmeornot replied at 3-8-2021 02:34 PM
Yup..heshe anak didik siti kassim
Tak la.. dorg selalu je gaduh dan x sependapat ..lagi2 di media sosial..
rambut sama karat..pendirian lain2..
|
|
|
|
|
|
|
|
.. banyak bunyi sgt kan, nana terus up lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ieqa140388 replied at 3-8-2021 02:35 PM
Lawyer nana dgn lawyer geng 5, sape lagi power ? I xkenal lawyer2 ni melainkan SK hehe
Lawyer geng 5 ni power jugak budak Alan ni. Tapi tak tahulah kalau lawyer Nana lagi power. Tapi susah juga nak buktikan defamation case ni boleh je putar belit cakap nama yang diorang kutuk tu tak merujuk specific Nana ke apa. Aku rasa hujung hujung setel luar court ni Nana pun saja bagi warning je tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok ada artis saman fitnah sesama rakan artis, ada pihak yang pertikaikan kenapa benda kecik macam tu pun nak saman?
Kita kena faham, hati orang berbeza. Ada orang, hal-hal maruah ni dia betul-betul ambil berat. Jadi, dia nak pertahankan.
Ada orang, dia tak berapa ambil berat hal maruah sendiri. Jadi, bila orang fitnah dia, dia buat rileks saja.
Semua orang tak sama.
Bila sebut pasal fitnah, sebenarnya ianya sangat mudah nak dibawa ke Mahkamah. Lagi-lagi kalau fitnah itu bertulis. Bukti dah cukup, maka, samannnn.
Syarat-syarat fitnah yang boleh dibawa ke Mahkamah adalah:
i- Tulisan/Percakapan itu tidak benar, atau merendahkan maruah, atau menjatuhkan, atau membuatkan orang benci.
ii- Tulisan/Percakapan itu telah dibaca/didengar oleh orang lain (1 orang pun dah memadai).
Cukup 2 syarat ini, maka bolehlah bawa kes kita ke Mahkamah.
Berapa banyak ganti rugi yang boleh kita minta? Unlimited. Tapi lastnya, Mahkamah akan tentukan berapa banyak.
Minta 100 juta, tapi kalau mahkamah pertimbangkan yang 'nilai' kerosakan kita tu hanya 5k, maka 5k je lah kita dapat.
Kalau disebabkan fitnah itu bisnes drop, pendapatan terjejas serta kehormatan di mata awam menurun, lebih banyak lah yang mahkamah boleh bagi.
Selain ganti rugi duit, kita juga mohon kepada Mahkamah supaya perintahkan orang tersebut buat permohonan maaf secara umum dan delete posting/video/berhenti sebarkan cerita. Kalau tak buat, boleh kena penjara sebab hina mahkamah.
Kalaulah kata, kita pulak yang kena saman. Ye lah, sedap-sedap mengumpat pasal orang, tiba-tiba terima surat saman. Orang tu mintak sampai 100juta. Macam mana?
Carilah peguam. Minta pendapat peguam, apakah jalan terbaikterbaik. Walaupun kita disaman, tak semestinya saman itu akan masuk mahkamah. Banyak saja kes saman fitnah settle luar mahkamah, atau settle di bilik mediasi.
Peguam akan check dulu, betul ke apa yang kita tulis/cakap tu merupakan fitnah? Ingat ya.. Kita sindir tanpa sebut nama pun, kalau penulisan/percakapan kita tu diketahui umum ditujukan kepada siapa, itu pun dah dikira fitnah...
Kalau betul ada unsur fitnah, peguam akan check pula, ada tak defence yang boleh digunakan?
Defence yang boleh digunakan untok melepaskan kita daripada kesalahan fitnah itu antaranya:
(Sebelum tu, ingat ya, 'fitnah' bukanlah bermaksud perkara yang tidak betul semata-mata. Rujuk poin (i) di atas)
i- Fitnah itu dibuat demi kebaikan awam (Reynold's Privilege)
ii- Fitnah itu perkara yang betul dan ada justifikasi
iii- Fitnah itu dibenarkan dalam undang-undang seperti repot polis, sidang Parlimen atau testimoni saksi terhadap Polis (Absolute Privilege)
iv- Fitnah itu dibuat oleh kita yang mempunyai tugas untok melaporkan fitnah itu seperti supervisor yang melaporkan prestasi pekerja kepada majikan (Qualified Privilege)
v- Ia sebuah komen yang adil terhadap satu fakta berkenaan kesejahteraan awam (Fair Comment)
.
Nasihat untok diri saya dan anda semua, berhati-hati ketika menulis dan bercakap di media sosial. Elakkan daripada mengata, memburukkan dan fitnah orang lain.
Kesannya, persaudaraan putus, kehormatan kita menjadi rendah, berpotensi disaman dan paling penting, menambahkan dosa.
.
.
.
CP: MUFARWA FARID - search kt FB
Too good, good knowledge.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaa
ko lawan je laaaa 5 org lantik 1 lawyer sudeyyyy.. Dr byr terus 500k apoooo.. Tahik je si nana felda ni |
|
|
|
|
|
|
|
agak agak la oii busuknya hati..lagi busuk dari 4 ekor yg buat fitnah tu. aataupon dia ada game lain..lps ni dia nak maafkan then dia jadi hero |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu sapa ke nama lawyer anju hafizah tuh,
aku tanya dia kat live dia,
klo ada potensi untuk kalah dia nak teruskan tak amik case tu,
dia cakap dia akan explain pada client dia,
klo client dia tetap nak teruskan, dia on jer... |
|
|
|
|
|
|
|
aqua_marine replied at 3-8-2021 02:48 PM
Bila tengok ada artis saman fitnah sesama rakan artis, ada pihak yang pertikaikan kenapa benda kecik ...
Good info.. kes ni 1 mesia taw ditujukan utk nana sendayan. Bukan nana bini brian mahupon nana nurgayahhh |
|
|
|
|
|
|
|
errrr u ols ni tak dengar ker live itttewwww??!!! di hujung2 itteww pengurus artis FMC tu mentioned yer nama penuh Nana.
mula2 konon tak sebut nama artis tp last2 sebut. siap ckp jgn save video live tu, dari situ dah tau ketidakwarasan pengurus artis tu
yg lain2 tu terjebak sbb ikut perasaan, terpaling kesian mekap artis tu.. tak pasal2 kena korek duit nk byr peguam nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
alang2 dah x kawan tu nana, better teruskan jer saman,
klo mintak2 maaf ni nnt dorang wat mintak maap nganjing2 lagi sakit hati... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau 5 sekwn tu x bersalah.. nana x dpt apa2 la kan? Ke nana kena byr apa2 balik? |
|
|
|
|
|
|
| |
|