Di media sosial, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berpakaian mencolok mata ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Tindakannya membuka baju sehingga menampakkan pakaian dalam itu mengundang kecaman netizen kerana tidak wajar dilakukan di hadapan petugas kesihatan. Menerusi satu posting video yang dikongsikan melalui pengguna Twitter Jamal The Rabel, video yang diambil daripada IG Stories seorang influencer itu menunjukkan wanita berkenaan terus membuka butang baju kemeja separuh sebaik memasuki ke ruang suntikan.
Rata-rata netizen menyifatkan dia kelihatan gedik lebih-lebih lagi apabila kedengaran jeritan manjanya ketika disuntik. Mereka juga mempersoalkan tindakannya yang membuka pakaiannya sehingga mempamerkan sebahagian tubuh di bahagian atas di hadapan seorang petugas lelaki. Adakah ia dikategorikan sebagai gangguan seksual di tempat kerja? Sumber: OhBulan
|
shamsadis replied at 3-8-2021 01:55 PM
sarung tangan tak pakai? ni cucuk vaksin COVID-19 ke atau cucuk suntikan perancangan keluarga?
ADVERTISEMENT