CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Semakin Berisi-" Nampak Lain Bentuk Badan Walaupun Baju Itu Besar"

31-7-2021 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14520| Komen: 78

Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.

Terbaharu, pengikutnya dalam Instagram sekali lagi meneka bahawa Neelofa sedang hamil anak sulung apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi menerusi sebuah video promosi yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.


Dalam video berdurasi selama hampir empat minit itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, itu seperti membiarkan videonya berbicara apabila menjadi tumpuan mata netizen ‘tajam’ memperhatikan bentuk badannya yang kelihatan agak berisi termasuk pada bahagian perutnya walaupun Neelofa memakai jubah potongan longgar.


Kredit foto: IG

Perubahan fizikal itu sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa selebriti kesayangan mereka itu kini sedang berbadan dua.


Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya menitipkan ucapan tahniah walaupun tidak pasti sama ada bekas pengacara rancangan MeleTOP itu sedang hamil atau tidak.

“Tahniah Lofa dan Haris. Jaga kandungan baik-baik. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.

“Hamil ke Neelofa? Nampak lain bentuk badan walaupun baju itu besar. Nampak sangat (jelas),” komen seorang lagi pengguna Instagram.



Sebelum ini, Neelofa atau mesra disapa Lofa pernah beberapa kali di duga sedang hamil oleh peminatnya selepas dilihat kerap memegang dan mengusap perutnya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram baru-baru ini.

Paling ketara, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu dilihat memegang dan mengusap perutnya berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri.



Selain itu, Neelofa juga pernah disangkakan hamil selepas netizen mendakwa melihat bentuk ‘baby bump’ pada sekeping foto yang dimuat naiknya dalam Instagram.



Sekadar info, Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama pengacara Next To Neelofa itu. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 31-7-2021 02:56 PM
Kalau btl pregnant, dia announce lah jap lagi..
Quote awenda507 31-7-2021 02:59 PM
Biar la dia
Quote SherryZass 31-7-2021 03:00 PM
Ya ampun, berapa banyak thread la nak dibuka utk berteka teki dia pregnant ke tak. Adoi
Quote Beribear 31-7-2021 03:02 PM
Tak fahamlah.. Banyak betul bukak thread yg sama
Quote 3chanceno 31-7-2021 03:07 PM
Banyak benang pasal benda yg sama, untuk jana perhatian & stay relevant..macam nak kawin pun sama, kejap2 up infor walaupun cuma hints sana sini..
Tunggu kalau perkara ini benar akan pasti dicanang
Quote JDT 31-7-2021 03:07 PM
Reporter cari tak buat survey dulu ke sebelum buka thread atau janji cukup kuota belasah je?
Quote irvene 31-7-2021 03:07 PM
rimasss gila, benda yg sama je duk up hari2. makin galak dia menunjuk dah org bagi attention
Quote Olumis 31-7-2021 03:08 PM
Banyak betul thread... hmmm
Quote haruslah 31-7-2021 03:11 PM
Mmg kalau retis mengandung kena update 9bln ekkkkk
Eh silap....mula dr kawen
Eh silap lg....dr zaman lom kawen

Quote MrsFrogGirl1 31-7-2021 03:15 PM
Hahaha,ni MMG saja nak kasi hint,kalau betul nk cover mesti tau ke da update beranak kat hospital
Quote mawarkhayalan99 31-7-2021 03:16 PM
ye tahu dia pregnant, takyah la bukak thread banyak kali yihhhhhh
Quote Tunan 31-7-2021 03:17 PM
JDT replied at 31-7-2021 03:07 PM
Reporter cari tak buat survey dulu ke sebelum buka thread atau janji cukup kuota belasah je?

diorg nak kejar KPI.. bukak tred banyak2 dpt 3000 sebulan..
Quote JDT 31-7-2021 03:24 PM
Tunan replied at 31-7-2021 03:17 PM
diorg nak kejar KPI.. bukak tred banyak2 dpt 3000 sebulan..

Patutlah....tapi tak pasal-pasal Neelofa yang kena kecaman nanti.
Quote slyfynx 31-7-2021 03:37 PM
Wartawan cari ketinggalan ketapi bukak thread yang dah ade
Quote bluebutter 31-7-2021 03:37 PM
Tgk tgn dia yg pakai cincin tu cantik kan. Kurus runcing dan putih. Selalu pergi manicure kut kan. Lawa lah tgn dia.
Quote kotakominami 31-7-2021 03:52 PM
Adoi..mcam nk kuor lagu kpop pulak...byak benor teaser nye
Quote Ayda89 31-7-2021 04:23 PM
Boringnya setiap inci perbuatan & perubahan dia nak kena ada thread
Quote Afifi82 31-7-2021 04:24 PM
So… preggy betui ke Idak?
Quote minahmanja 31-7-2021 04:25 PM
So kita patut buat apa skang ni? Lompat bintang ke cane..

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.127827 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top