CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makin Kurus, Muka Cengkung-Hafiz Suip Dituduh Makan Dadah

31-7-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13856| Komen: 63

Description: Gara-gara tubuh semakin kurus dan wajah mencengkung, Hafiz Suip menerima pelbagai tohmahan negatif termasuklah dituduh mengambil bahan terlarang (dadah).
Gara-gara tubuh semakin kurus dan wajah mencengkung, Hafiz Suip menerima pelbagai tohmahan negatif termasuklah dituduh mengambil bahan terlarang (dadah).

Hafiz bagaimanapun memilih untuk tidak mengambil pusing perkara tersebut kerana sedar lumrah hidup sebagai seorang selebriti.


Foto: IG

“Kalau benda tidak betul, kenapa perlu layan? Jika dilayan maknanya benda itu betullah. Kita tidak buat, kenapa perlu layan (gosip). Jika saya bercakap lebih nanti kedengaran seperti saya marah orang pula.

“Sebagai selebriti memang kita tidak boleh bercakap apa, hanya mampu terima dan kemam. Jika kita buka mulut nanti dipandang serong pula. Sebab ini lumrah hidup, seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan saya kita (selebriti) adalah milik netizen dan peminat.


“Saya kena terima hakikat tersebut dan orang di luar sana pun perlu menerima hakikat bahawa saya juga manusia biasa,” ujar Hafiz mohon dimengerti.




Sementara itu, Hafiz mengakui dia cukup tertekan apabila tahap kesihatannya kerap menjadi persoalan orang ramai.

Meskipun sedar ramai yang berasa bimbang dan mengambil berat tentang dirinya selepas perubahan tubuhnya secara mendadak namun, bagi Hafiz lebih baik merujuk atau bertanya langsung kepada dirinya terlebih dahulu daripada terus menghakimi tanpa usul periksa.

“Jika kerap ditanya, kau sakit ke? Lama-lama kita akan betul-betul sakit kerana soalan yang sama diulang-ulang. Setiap apa yang keluar daripada mulut kita adalah satu doa. Jika benar-benar mengambil berat, kita akan jumpa atau hubungi terus orang itu secara peribadi.

“Janganlah terus membuat tuduhan seperti mengambil dadah, keluarga tidak beri makan dan pelbagai lagi tuduhan lain yang saya terima. Memanglah saya seorang artis, hakikatnya itu kerjaya saya sahaja. Saya pun manusia biasa, jika dilempar dengan perkara sebegini memang saya tertekan,” kata Hafiz jujur.



Sungguhpun tubuhnya dilihat semakin susut, Hafiz menjelaskan, dia berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Alhamdulillah, apa yang boleh dikatakan, saya sihat. Sihat dan sakit kita semua urusan Allah. Saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan apabila ada orang kata saya adalah masalah perlu jumpa ustaz (rawatan islam) saya pergi semua, mana-mana sahaja.

“Syukur, semua tempat yang saya pergi mengatakan saya berada dalam keadaan okey,” jelasnya yang ditemubual pada sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran lagu duet terbaharunya bersama Ernie Zakri berjudul Berakhirlah Pencarianku sebentar tadi.

Dalam pada itu, Hafiz dan Ernie buat pertama kalinya berduet di dalam sebuah lagu berjudul Berakhirlah Pencarianku yang juga akan akan diangkat menjadi runut bunyi sebuah drama bersiri di Astro.





Terdahulu Hafiz telah berduet dengan ramai penyanyi popular antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Misha Omar, Faizal Tahir dan Adira.

“Alhamdulillah, bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Ernie seorang guru vokal dan memiliki suara yang luar biasa. Kami telah cuba sehabis baik dan berharap peminat akan menerima lagu ini dengan hati yang terbuka,” luah Hafiz.

Video muzik lirik lagu single Berakhirlah Pencarianku yang merupakan kerjasama antara, Nova Music dan Rocketfuel Entertainment itu boleh ditonton di YouTube bermula 4.30 petang hari ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bebba 31-7-2021 03:01 PM
Okay.. next
Quote pooh~key 31-7-2021 03:08 PM
Hisap la apa kau nak hisap dekkkkk…..
Quote samperit 31-7-2021 03:28 PM
Mkn dadah??
Ape kau ingat dadah tu kne kunyah lps tu baru telan?
Quote ninnamina 31-7-2021 03:36 PM
Kenapa makan dadah.. x cukup ke voucher mcdonal yg dia memang kat ajl tu buat makan..
Quote applecomel 31-7-2021 03:51 PM
Lain mcm sungguh
Quote azirahs007 31-7-2021 04:02 PM
Kena sihir kot ni... Sbb hari tu dia ada minta maaf kalau dia menyakitkan hati sesiapa. Org kita ni bnyk kepandaian. Kalau isap dadah moga cepat berhenti sian anak isteri. Kalau sakit moga cepat sembuh.
Quote Ayda89 31-7-2021 04:21 PM
Kurusnya apizzz
Quote caca_eric 31-7-2021 04:21 PM
Lagu baru dgn Erni sedap giler
Quote I.K.A888990 31-7-2021 04:30 PM
stress sgt ke apiz
go go fighting. bertabah ya
Quote auntyonion 31-7-2021 04:54 PM
omakkk aiii memang kurus nauu ni {:hooray
Quote slyfynx 31-7-2021 05:19 PM
thread Raline

Thread dah ade
Quote nakkomenjugak 31-7-2021 06:09 PM
wan nano dah kuruzzz
Quote ilhamazalea 31-7-2021 07:24 PM
Nmpk muda plk kurus
Quote gorjeous 31-7-2021 07:41 PM
Diet kee...
Quote sleepandream 31-7-2021 08:05 PM
bila heols kurus ni nampak kepala heols besar pulak...
kne senaman upper body ni bg bidang dada heols
Quote woven11 31-7-2021 08:18 PM
Hafiz ni sayang… dia boleh jadi meletop lagi, or next nuar zen, tapi entah lah nampak kepam je. Nasib sore sedap lemak berkrim
Quote toynme 31-7-2021 08:34 PM
wife dia cantik sgt........mata iolss
Quote sabundettol 31-7-2021 09:50 PM
Lain rupanya
Quote jijilaaa 31-7-2021 10:09 PM
Kurus betul smpai berubah rupa.. Dah xde rup hafiz dulu. Ni klu jump peminat mesti tak cam.  Moga kembali sihat

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.116638 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top