CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Lelaki Tua Bertongkat Ceroboh Rumah Orang Terjawab

31-7-2021 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3727| Komen: 12

Description: Sungai Petani: Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.
Sungai Petani: Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogel di hadapan pasukan polis.

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.


"Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.

"Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.


Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.

Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar.

Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.

Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 31-7-2021 02:45 PM
Misteri terjawab.. so siapa mamat tuh?
Quote umbut 31-7-2021 02:59 PM
Knp ramai ckp dia hantu.. Aku tgk cam mat dadih tak pun mental.. Kan kaki jejak tanah tu
Quote mzsnam 31-7-2021 04:01 PM
misteri sgt ke. ke kes pukau. mohon dijauhkan{:laugh
Quote Punat_button 31-7-2021 04:47 PM
umbut replied at 31-7-2021 02:59 PM
Knp ramai ckp dia hantu.. Aku tgk cam mat dadih tak pun mental.. Kan kaki jejak tanah tu

sebab ramai tu melayu bodoh penakut

benda boleh siasat pun suka jalan mudah blame hantu


Quote diss69 31-7-2021 05:00 PM
Nmpk terang2 mcm org,hantu celah mana...
Quote matjerk 31-7-2021 05:03 PM
So mcm mana dia kerabat pagar tu? Nampak tua benar.. dgn ada tiub di pinggang lagi
Quote kotakbaju 31-7-2021 05:10 PM
matjerk replied at 31-7-2021 05:03 PM
So mcm mana dia kerabat pagar tu? Nampak tua benar.. dgn ada tiub di pinggang lagi

Ntahnya. Pastu ada kata yang dia dok main dengan anjing lagi siap anjing tu tak nyalak bila tengok dia. Pelik betoi.
Quote Russell592 31-7-2021 05:22 PM
Edited by Russell592 at 2-8-2021 12:49 PM

When I worked for USFS, there was one week I'd been flown in with a wildland fire crew by helicopter to this super remote mountaintop way out in the backwoods of Idaho. We were miles and miles away from anything. (In fact, when one of our guys went through his boot with a chainsaw, it took like six hours to get him out and that was with a medevac.)
Omegle Chat



Quote NaomiFNatasha 31-7-2021 06:14 PM
matjerk: So mcm mana dia kerabat pagar tu? Nampak tua benar.. dgn ada tiub di pinggang lagi

Kannnn. Tak masuk akal
Quote LadyCarefree 31-7-2021 06:26 PM
Russell592: When I worked for USFS, there was one week I'd been flown in with a wildland fire crew by helicopter to this super remote mountaintop way out in the b ...


Ko ni laki lana ke sesat?
Quote mongoose_kidz 31-7-2021 06:44 PM
aku mula2 baca n tgk mcm seram...
tp bila baca sorg ni komen muka mcm nazim othman aku terus tergelak weh....hilang terus rase seram ,{:smile
Quote chahippo 1-8-2021 11:31 PM
kalau pakcik ni muncul dalam pagar rumah iols, seram jugek

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.102463 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top