CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lekaki Tikam Dan Bunuh 9 Ekor Kucing

31-7-2021 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2585| Komen: 21

Description: Seorang lelaki Britain dipenjara lebih lima tahun hari ini kerana melakukan kempen pembunuhan kucing selama beberapa bulan di sebuah bandar tepi laut.
Seorang lelaki Britain dipenjara lebih lima tahun hari ini kerana melakukan kempen pembunuhan kucing selama beberapa bulan di sebuah bandar tepi laut.

Seorang hakim Mahkamah Diraja Hove Crown, selatan England menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga bulan terhadap Steve Bouquet yang merupakan seorang bekas pengawal keselamatan berusia 54 tahun.

Dia didapati bersalah membunuh sembilan ekor kucing dan mencederakan tujuh yang lain di bandar peranginan Brighton, demikian menurut Perkhidmatan Pendakwaan Diraja (CPS).

Sebilangan pemilik haiwan  berkenaan menghadiri sesi pembacaan hukuman tersebut.


Foto: AFP

Pemilik-pemilik tersebut menemui  kucing mereka dalam keadaan berdarah di depan pintu kediaman masing-masing akibat serangan pisau.


Hakim Jeremy Gold berkata, pembunuhan yang dilakukan Bouquet antara Oktober 2018 hingga Jun 2019 itu adalah kejam dan berterusan.

Bouquet  didapati melakukan kesalahan jenayah dan memiliki pisau.

Dia berdepan pertuduhan melakukan jenayah kerosakan dan bukan kekejaman terhadap haiwan kerana Bouquet tidak memiliki haiwan tersebut.

“Pertuduhan ini  juga membawa hukuman yang lebih serius,”  kata CPS.

Bouquet beroperasi pada waktu malam dan polis pada mulanya sukar mencari petunjuk.

Namun, dia kemudian dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  setelah pemilik kucing pertama yang dibunuh memasang kamera di luar rumahnya.

Rakaman CCTV menunjukkan Bouquet pergi kepada seekor kucing dan menikam haiwan itu dengan pisaunya.

Kucing itu berlari pulang ke rumah pemiliknya  dan kemudian mati. Pemilik haiwan itu kemudian menjejaki kesan darah dan melihat terdapat kamera CCTV, lapor akhbar The Times.

Dua hari kemudian, pemilik rakaman itu melihat Bouquet dan menghubungi  polis.

Motif serangan kejam itu masih tidak jelas walaupun polis mendapati dia telah melakukan carian internet untuk video anjing menyerang kucing. -CARI

Sumber" Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kakalongmu 31-7-2021 03:23 PM
Mental ker ape??
Quote La_Quica07 31-7-2021 03:47 PM
Patut hukuman mati terus bagi
Quote Ayda89 31-7-2021 04:22 PM
Perangai & muka sama setan nya
Quote I.K.A888990 31-7-2021 05:08 PM
"Kucing itu berlari pulang ke rumah pemiliknya  dan kemudian mati"
Ya Allah sedihnya baca part ni
kejam.kau ni botak. apasal x tikam.diri sendiri je
Quote Raline 31-7-2021 05:39 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php ... mp;highlight=kucing


sula alaaa oooo
Quote BlousePutih 31-7-2021 05:51 PM
Tgk kepala pun nampak bad vibes dah
Quote edayildiz 31-7-2021 06:00 PM
muka dia ada iras putin ..tp putin hensem dia buruk..
kau knp bunuh kucing..kucing tu salah apa
Quote Fortiori02 31-7-2021 06:48 PM
Napela kejam sgt
Quote Amanduuuhh 31-7-2021 06:59 PM
Sekali pandang macam dobby harry potter
Quote JDT 31-7-2021 07:03 PM
Semuga dia rasakan sesuatu di dalam penjara nanti sepertimana rasa sakit yang kucing2 tu rasakan...
Quote sabundettol 31-7-2021 09:43 PM
Psychopath ni. Teringat cite korea MOUSE. Dia bunuh kucing suka suka. Cabut gigi buat keychain. Org mcm ni jgn dibawak kluar msyrkt. Bahaya
Quote Adrif 1-8-2021 12:02 AM
BlousePutih replied at 31-7-2021 05:51 PM
Tgk kepala pun nampak bad vibes dah

kerna botet setitik, rosak botet sebelanga
Quote BlousePutih 1-8-2021 06:21 AM
Adrif replied at 1-8-2021 12:02 AM
kerna botet setitik, rosak botet sebelanga

Tidaklah pukul rata utk kesemua botet semesta alam
Khas untuk botet yg dituduh shj
U botet yg hensem lg sensitif
Good morning ya!!
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 12:57 PM
Kucing pun ko dengki.. Mental
Quote Artemesiaa 1-8-2021 01:00 PM
Bila dah hilang perasaan kesihan belas selayakmya dikenakan hukuman
Quote Mekpah 1-8-2021 01:02 PM
Hidung pon mcm hidung witch
Quote Rdizz 1-8-2021 02:29 PM
Sementara kucing nk mati, mesti sakit gila, kesiannya.
Quote Adrif 2-8-2021 12:58 PM
BlousePutih replied at 1-8-2021 06:21 AM
Tidaklah pukul rata utk kesemua botet semesta alam
Khas untuk botet yg dituduh shj
U botet yg he ...

sampai hati tuduh kita botet

see you in court, under body shaming and sexual harassment of global botet   
Quote BlousePutih 2-8-2021 01:01 PM
Adrif replied at 2-8-2021 12:58 PM
sampai hati tuduh kita botet

see you in court, under body shaming and sexual harassment of  ...

Hahaa bukan botet ke?
Pembela botet rupanya
Tidak, jgnlah begitu. Sy takde duit nak masuk mahkamah hahaa

Kesian kt meow sure confius kenapa ditikam
Selalu aman2 jer merayap merata!

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055360 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top