CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syed Ali Disihir- “Ada Orang ‘Tabur Barang’ Dekat Kedai Saya”

30-7-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8743| Komen: 37

Pelakon dan usahawan Syed Ali mendedahkan bahawa terdapat cubaan sihir telah dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan rakan dipercayai akibat rasa cemburu dengan perniagaan yang dijalankan.


Menerusi laman Instagram nya pada Rabu, rata-rata peminat dan pengikutnya terkejut dengan perbuatan individu tersebut selepas Syed berkata ada pihak yang sering kali datang di hadapan kedainya dalam keadaan mencurigakan.


Kredit foto: IG


"Inilah akibatnya bila baik sangat dengan orang. Dipermainkan, dipijak kepala dan kena sihir pula kesudahannya. Masalahnya lagi kau sihir, lagi maju bisnes aku. Aku angin betullah. Tidak apalah abang cuba sabar lagi.

"Dulu abang tidak percaya fasal sihir ini. Tapi sekarang bila sudah terkena kena pekalah. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pun kau ganggu tabur-tabur barang.


"Orang macam ini tidak takut dosa barangkali. Patutlah kau muncul depan kedai aku banyak kali rupanya tabur barang syirik kau itu. Abang malas nak berdiam diri dah, makin menjadi pula," tulisnya.


Syed berkata dia mula menyedari akan perkara aneh tersebut sekitar April apabila rakan perniagaannya mengalami penyakit misteri. Malah dirinya sendiri turut mengalami perubahan yang ketara apabila menjadi seorang yang panas baran serta turut berasa sakit di beberapa bahagian anggota badannya.

Namun, kerana sejak kebelakangan ini pelbagai kejadian aneh terus berlaku, pelakon Mat Rukun ini nekad menjalani rawatan perubatan secara Islam.



"Sebenarnya dah kena masa April lagi sewaktu saya menjalani penggambaran di Kota Kinabalu Sabah. Bila saya pulang ke Semenanjung berikutan pelaksanaan PKP berlakunya perkara pelik."

"Minggu ini baru saya sedar sebab rakan bisnes saya asyik muntah-muntah, ulang-alik ke hospital tak jadi apa. Habis duit beribu pun masih tiada kesan.Jadi saya minta tolong pengamal perubatan secara Islam dan beritahu perkara yang terjadi."

"Sebenarnya saya dah jangka perkara seumpama ini pasti akan berlaku. Saya mula-mula ikhtiar secara moden dahulu kerana enggan berprasangka buruk namun apabila saya pun terkesan apabila sering kali marah dan berasa serba tak kena saya dapatkan rawatan susulan secara Islam."



"Ustaz itu kata mungkin ada yang berdengki melihat perniagaan saya semakin berkembang dan dia sendiri cakap ‘benda’ ini ada di kedai saya bukan di rumah.Jadi bila dah ‘terkena’ di kedai ia berlarutan sampai ke rumah. Sakit tulang, bengkak sana sini dan rasa terhuyung-hayang, yang peliknya bila dah keluar seperti duduk di hospital tiada pula simptom seperti itu," katanya kepada Murai.my

Dalam perkembangan lain, Syed bersyukur kerana perniagaan produk berasaskan sabun pewangi fabrik miliknya, Be Fresh bertambah baik. Jelas Syed, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, syarikatnya tidak terlalu terkesan berikutan mempunyai wang simpanan yang mencukupi selama ini.

Berpesan kepada orang ramai serta rakan-rakan selebriti yang lain agar sediakan payung sebelum hujan, Syed mengharapkan agar perniagaannya ini mampu memberi inspirasi serta peluang kepada orang ramai untuk mencari sumber pendapatan sampingan.



"Tidak naik dan tidak turun. Saya bersyukur kerana hasil promosi dan kerjasama pasukan saya mampu menjadikan produk kami relevan ketika PKP."

“Pada saya simpanan itu sangat penting. Sebagai seorang selebriti apa yang saya buat, saya simpan duit saya itu dan kawalan kewangan memang kena jaga dan berhati-hati” katanya.

Mengenai karier seni nya, ujar Syed dia bukanlah berundur secara total di dalam industri sebaliknya hanya menerima tawaran tertentu mengikut kesesuaian watak yang diperolehi selain memfokuskan perniagaan tersebut.



Kongsinya lagi, dia masih terikat dalam penggambaran sebuah filem namun terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi mematuhi pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sekadar info, Syed merupakan pelakon asal yang dicadangkan membintangi drama Ayahanda terbitan Zeel Productions yang kini hangat ditayangkan di TV3. Namun, kerana terikat dengan penggambaran lain dia terpaksa menolak tawaran tersebut. -CARI

Sumber: Murai.my
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 266799eMkaY 30-7-2021 02:29 PM
Hmmm.. Semoga Allah lorongkan jalan penyelesaian dan kemudahan buat kau bro
Quote Buritan 30-7-2021 02:29 PM
Kdg kdg bkn sihir.. mgkin ain
Quote white_musk 30-7-2021 02:34 PM
Bagitau la siapa yang sihir itu. Orang malayu sememangnya begini suka assume
Quote cikgojesss 30-7-2021 02:37 PM
sheols ni yang bff ngan kak senduk kan. lama tak dgr citer kak senduk
Quote Ayda89 30-7-2021 02:38 PM
Gws …org plg laknat sekali adalah org yg guna sihir nak jatuhkan org lain
Quote laksmanabentan 30-7-2021 02:42 PM
white_musk replied at 30-7-2021 02:34 PM
Bagitau la siapa yang sihir itu. Orang malayu sememangnya begini suka assume

kannn... sikit2 nak buruk sangka dan mula nak salahkan orang lain....
Quote nakkomenjugak 30-7-2021 03:19 PM
kawan lagi tak dengan kak sendukzz?
Quote AnnaSendin 30-7-2021 03:45 PM
Sapa heols ni noks? Adakah aku pun terkena bahana sihir?
Quote Sambalberapi 30-7-2021 03:49 PM
Bisnes apa dia ni smpi org nk sihir? Sikit2 sihir, sikit2 sihir.
Quote jijilaaa 30-7-2021 03:56 PM
dah 3x jumaat i jumpa beberapa jarum dalam pencil box iols. jarum warna silver, kepala dia warna gold. i amik simpan dalam quran je. kalau jumaat depan ada lagi, iols nak bakaq ja

btw rumah i xde anak kecik..me and husband duduk berdua je. tak taulah kot husb nak ajak melawak
Quote matbad 30-7-2021 04:21 PM
siapakah beliau? mamat ni yg kurus selalu belakon jd pendadih tu ka dulu ni ke salah org
Quote auntyonion 30-7-2021 06:53 PM
Blh x sapa2 bgtaw onty siapa dia ni..dtg dr mana {:dot
Quote kiah_mai_pulak 30-7-2021 06:57 PM
sapa pulak ni??? adik bdik ali puteh ke apa??
Quote supernaturalee 31-7-2021 12:28 AM
Maintain hensem syed Ali ni
Last time jumpa 2010 ke 11
Quote hyie 31-7-2021 01:01 AM
automatik meols teringat kat kak senduk talk to my hand katanya nak tanya, azam pitt tu geng theyols jugak kan? heshe gegayah jugak ke? sebab ada tengok heshe jadi hos rancangan kat tv1 pasal Sabah, nampak tasty lah. Tau je heshe dah kawen.
Quote Perils 31-7-2021 01:21 AM
hyie replied at 31-7-2021 01:01 AM
automatik meols teringat kat kak senduk talk to my hand katanya  nak tanya, azam pitt tu geng t ...

Terus i gugel jumpa thread lama . Ha5 . Rupanya dr dulu kelly azman dah wujud . Ktinggalan i

https://mforum.cari.com.my/forum ... ertype=1&page=3
Quote 7doors 31-7-2021 01:40 AM
hyie replied at 31-7-2021 01:01 AM
automatik meols teringat kat kak senduk talk to my hand katanya  nak tanya, azam pitt tu geng t ...

Dngar2 dia ni pun sesuatu kan
Quote limesherbet 31-7-2021 02:16 AM
dah kenapa pulak syed ni tak percaya sihir...ish tu macam tak beriman pada al-quran pulak dan menidakkan ayat2 Allah ayat 102 al-baqarah dan banyak lagi ayat dalam surah lain cakap mengenai sihir. nampak sangat syed tak baca quran dan tak faham quran
Quote cha-cha 31-7-2021 02:20 AM
Siapalaaaah dia ni, nak sihir pun tak kenal

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.129096 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top